Polis, Bagaimana Dengan Masalah Saya? Kenapa Tak Siasat Macam Siasat Kes Liwat Saiful?
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Aku ada menerima satu email dan ini apa yang diluahkan.
Salam,
Apabila saya terbaca keputusan kes DSAI, hati saya berasa sedih dan geram. Geram kerana kes saya dianiayai sehingga mengakibatkan saya diistyiharkan muflis oleh Bank Simpanan Nasional(BSN) bank milik kerajaan oleh pinjaman yang saya TIDAK ambil walaupun beberapa laporan polis di buat namun tiada tindakan dari pihak Polis sehingga ke hari ini.
Berikut adalah kronologi berkenaan kes saya ;
1. Pada Tahun 2011, saya mendapati nama saya telah disenarai hitamkan oleh bank2 tempatan akibat satu pinjaman yang tidak berbayar sejak Tahun 2009.
2. Hasil siasatan mendapati ia adalah pinjaman perumahan dari Bank Simpanan Nasional(BSN) yang saya tidak pernah ambil. Saya membuat laporan polis pada Tahun 2011 di IPD Dang Wangi namun tiada tindakan dari pihak PDRM.
3. Pada Tahun 2012, BSN memulakan tindakan saman kebankrapan terhadap saya. Saya mempunyai bukti kukuh bahawa saya tidak ambil pinjaman tersebut termasuk dokumen perjanjian di mana tandatangan daya dipalsukan. Namun BSN enggan menerima bukti tersebut dan mahkamah hanya akan menerima bukti dri Jabatan Forensik PDRM.
4. Saya kemudian membuat aduan ke Bank Negara Malaysia (BNM) namun dimaklumkan bahawa BNM tidak dapat campur tangan berikutan kes ini telah sampai ke peringkat kebankrapan.
5. Pada awal Tahun 2014, saya membuat laporan polis yang kedua di IPD Dang Wangi namun tiada tindakan/penyelesaian dari PDRM sehingga hari ini.
6. Pada Jun 2014, saya telah diistyiharkan muflis. Saya telah kehilangan dua buah rumah milik saya dan kini tinggal sehelai sepinggang akibat kegagalan pihak PDRM melengkapkan siasatan walaupun bukti telah diberikan.
7. Saya telah membuat aduan bertulis sebanyak DUA BELAS (12) KALI kepada Ketua Polis Negara, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis IPD Dang Wangi dan Biro Pengaduan Awam namun tiada sebarang maklumbalas. Malah saya telah menghantar pesanan melalui Tweeter kepada KPN namun tidak dijawab.
8. Kehidupan saya kini amat tertekan akibat diistyiharkan muflis dari pinjaman yang saya tidak ambil dari BSN(bank milik kerajaan) dan pihak PDRM tidak menjalankan siasatan. Saya pula terpaksa menyara keluarga seramai 5 orang.
Memandangkan saya ini hanya rakyat biasa dan tiada kepentingan politik, maka aduan saya tidak dipedulikan dan laporan polis saya tidak diendahkan. Kerajaan UMNO sanggup membuat apa saja termasuk mengambil peguam luar bagi membantu pendakwaan DSAI tapi bagi kes saya,saya hanya minta PDRM menghantar dokumen perjanjian untuk ujian Forensik pun tidak diendahkan. Saya tidak tahu siapa lagi yang saya boleh minta bantuan kecuali Allah swt. Inilah sistem "keadilan" di Malaysia.
---------------------------
Dengar khabarnya polis kita begitu mahir menjaga keselamatan di twitter dan media sosial. Mungkin aduan di atas boleh ditanggani dengan polis kita dengan berhemah. Si pengadu pun telah memberitahu dia tulis surat sebanyak 12 kali. So tak susah nak cari butiran pengadu untuk semak ceritanya samada benar atau fitnah, kan?
Boleh tak bantu rakyat yang teraniaya macam layanan yang Saiful terima kononnya kerana teraniaya (la sangat)?
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment