Thursday, November 1, 2012

Re: RG2011... Fw: SYABAS TOK MUFTI

kalau Chua Soi Lek hina hukum Islam kita nak ucap apa yea? syabas
jugak ke? atau pun senyap macam Najib ....tanda setuju....?

On 31/10/2012, Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com> wrote:
> kalau mufti kritik umno dikata syabas pada mufti. kalau mufti kritik PR di
> cela pula mufti tu. dh terang lagi bersuluh...org2 semacam ini kah yg kita
> mahukan???
>
> Pada 30 Oktober 2012 12:30 PG, malek hassan <amalek62@yahoo.com> menulis:
>
>> Salam semuaikit jer nak komen dari tulisan merah tu..
>> *Beliau turut membidas sikap sesetengah ahli politik yang dikategorikan
>> sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara. *
>> *Sewajibnya Mufti mesti berkata, pertahan dan tegakkan hukum menurut Al
>> Quran & Sunnah dan BUKAN pertahankan Perlembagaan negara.. Apa gunanya
>> perlembagaan negara ini dipertahankan. Kalau nak pon mestilah diubah
>> supaya
>> selari dan bertepatan serta berlandaskan Hukum Allah dan Sunah
>> Rasulnye..Jadi apa faedahnya untuk terus di pertahankan jika tidak selari
>> dengan ajaran dan syariat yang dibawa oleh Allah s.w.t*
>>
>> S
>>
>> ------------------------------
>> *From:* -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
>> *To:* zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
>> *Sent:* Sunday, October 28, 2012 8:34 AM
>> *Subject:* RG2011... Fw: SYABAS TOK MUFTI
>>
>>
>>
>>
>>
>> *SYABAS TOK MUFTI KERANA BERANI KRITIK PEMIMPIN AMENO! JANGAN U-TURN
>> PULAK!*
>> yongsukakuning.blogspot
>> Posted by Yong <http://www.blogger.com/profile/02615502530213178534>
>>
>> Yong tabik Tok Mufti Tan Sri Harussani kerana akhirnya berani menegur
>> pemimpin. Yong petik rencana itu sebiji sepeti ditulis dalam Sinar
>> Harian:
>>
>> *Mufti Perak: Jangan biadab hal agama*
>>
>> Wartawan Sinar Harian
>>
>> IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menganggap kelemahan
>> penguatkuasaan undang-undang sebagai faktor utama kelantangan beberapa
>> pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan negara. Katanya,
>> sebagai
>> negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak
>> dibicarakan
>> tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.
>>
>> "Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan
>> dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati
>> Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi," katanya.
>>
>> Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk
>> Seri
>> Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.
>>
>> Harussani berkata, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk
>> mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai
>> kepakaran dalam undang-undang Islam.
>>
>> "Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina
>> hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita
>> sahaja," katanya.
>>
>> *Beliau turut membidas sikap sesetengah ahli politik yang dikategorikan
>> sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara.*
>> *
>> *
>> *"Sekiranya kuasa politik digunakan hanya untuk menimbulkan perpecahan,
>> lebih baik tak usah duduk di kerusi itu," katanya.*
>>
>> Soi Lek sebelum ini dikritik apabila menyamakan ekonomi negara akan
>> terancam dengan pelaksanaan hudud.
>>
>> Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan
>> pekerjaan sekiranya undang-undang dilaksanakan selain mengatakan pelabur
>> asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dilaksanakan.(Sinar
>> Harian)<http://www.sinarharian.com.my/nasional/mufti-perak-jangan-biadab-hal-agama-1.97551>
>>
>> Yong tanda kenyataannya yang membidas pemimpin dengan warna merah dan
>> bergaris (bagi yang colour blind). Sudah tentu yang dimaksudkan Tok Mufti
>> ialah pemimpin UMNO kerana merekalah yang menguasai Parlimen sekarang!
>> Sikap pemimpin UMNO yang bisu terhadap kenyataan Soi Lek itu amat jelas
>> menunjukkan *kelemahan dan ketakutan* mereka dalam mempertahankan Islam!
>> Mereka juga yang bersifat perkauman melalui parti besar UMNO, MCA dan MIC
>> serta beberapa parti lain di Sabah dan Sarawak.
>>
>> Kita masih ingat kenyataan Tok Mufti tentang kehadiran pemimpin dalam
>> perayaan Thaipusan dahulu, seperti dipetik oleh Malaysian Insider, pada
>> 10
>> Februari 2012. Tok Mufti kemudiannya telah U-Turn selepas bekas Pengerusi
>> Majlis Fatwa bersuara.
>>
>>
>> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgU8bZtLI4hqtM1Sdr3gvFj-UHFDrPjgxn3qt-Akaz2c8ooBOUIpc30xtnW5GHVaXq3YfFD4isgztC2i6Qz3042KDP1RGyOXdJ5ECmgLmuS3WPoEzDBUe5zazbsWm2w5IV1NcokZ73pjzsv/s1600/Batu+Caves3.png>
>> NAJIB
>> 3 KALI HADIR THAIPUSAM
>> *Majlis Fatwa diminta respons 'fatwa' Harussani*
>>
>> Wartawan Sinar Harian
>>
>>
>> SHAH ALAM - Datuk Dr Ismail Ibrahim meminta Majlis Fatwa Kebangsaan
>> menyatakan pendiriannya .berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr
>> Harussani Zakaria yang berpandangan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak
>> telah
>> "menggadai akidah" apabila menghadiri sambutan Thaipusam, Selasa lalu.
>>
>> Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini berkata, jawapan rasmi
>> terhadap "fatwa" dibuat Harussani harus disegerakan kerana ia mungkin
>> mengelirukan umat Islam jika tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa
>> Kebangsaan dan seterusnya disahkan Majlis Raja-raja sendiri (Sinar Harian
>> ).<http://www.sinarharian.com.my/nasional/majlis-fatwa-diminta-respons-fatwa-harussani-1.23266>
>>
>> HARAP KALI INI TIDAK U-TURN LAGI
>>
>> Rencana 'Najib Gadai Akidah' ada di Malaysia
>> Insider<http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-gadai-akidah-hadir-upacara-thaipusam-di-batu-caves-tegas-harussani/>.
>> Ulasan dan komen ada dalam Blog
>> Greenboc.<http://greenboc.blogspot.com/2012/02/gadai-aqidah-ramai-terkejut-mufti-perak.html>
>>
>>
>> <http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8028-najib-gadai-akidah-hadir-thaipusam-harussani>
>>
>> Ada sesiapa dengor Nasharuddin Mat Isa cakap apa-apa bab Soi Lek ni?
>> Hassan Akidah seperti biasa merapu jer. Udah bankrap idea.
>>
>> JOM! TERUSKAN TOLAK BN DAN YANG SEJENAMA DENGANNYA!
>>
>> <http://www.blogger.com/email-post.g?blogID=5825175023956637862&postID=3900959482588807933>
>>
>> *comments:*
>>
>> 1. sizzly7761 <http://www.blogger.com/profile/14587011226232806925>
>> Salam,
>> Satu usaha yang baik bagi mereka yang buta warna.Pun begitu pencacai
>> UMNO ni lebih kepada 'buta mata hati' dan 'buta perut'.Apatah lagi
>> 'lembu'
>> UMNO ni 'allergic' dengan warna merah!teruk la nanti tok peti ni kena
>> TIBAI
>> dengan cai-cai UMNO! Walau camanapun rasanya komen dan bidasan Tok Peti
>> tu
>> macam suam-suam kuku dan lepaskan batuk ditangga jek! Gi la mengadap
>> Ketua
>> Agama Negeri yakni Tuanku Sultan dan nasihatkan Tuanku ambil tindakan
>> ke
>> atas pelakon Porno MCA yang secara wenang kutuk Agama Islam dengan
>> restu
>> PIEM pondan 1Malaysia. Satu lagi, janganlah harapkan asan akidah dan
>> Nasha
>> UG(Ustad Gaban) utk kutuk Pornoist MCA ni...mempedaah je!Jangan harap
>> pada
>> mereka yang berperangai munafik untuk bela Islam! Hancuss Islam nanti!
>> 1. Yong <http://www.blogger.com/profile/02615502530213178534>
>> Salam sizzly
>>
>> Sedih bila agama kita diperlekeh si kafir harbi. Dah tu pulak
>> pemmpin negara yang ada kuasa bisu pulak. Sama bisu macam ulama
>> demer dan
>> ulama yang bersekongkol dengan demer.
>>
>> otaistillkick <http://www.blogger.com/profile/05942685396229617710>
>> umat islam sepatutnya sedar akan kelemah pemimpin umno dalam isu ugama
>>
>> 1. Yong <http://www.blogger.com/profile/02615502530213178534>
>> Salam otaistillkick
>>
>> Kalau tahu pemimpin kurang ilnu agama, ulama umno kan ada. Demer udah
>> bisu ke?
>>
>>
>> *Tegur pemimpin Jihad paling besar - tetapi hanya untuk pemimpin parti
>> lawan.*
>> manjongmari.blogspot
>> Posted by Manjungmari
>> <http://www.blogger.com/profile/06711460236788765380>
>>
>> Seminggu dua ni rasanya adalah hari-hari yang memanaskan suhu badan atau
>> pun juga perasaan,, Bermacam-macam perkara yang berlaku dalam arena
>> politik
>> Malayisa sehingga menyentuh perasaan sentiviti umat Islam..
>>
>> Berita hari ini.. Nasihat dan teguran,,,boleh pakai atau tidak yang
>> diperkatakan,,,, bagi aku walaupun ia berlainan fikrah, tetapi apa yang
>> tak
>> menyalahi hukum,, maka boleh pakai...
>>
>> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPocIPISINFp_jCIG2tSJ0VHDpgG76ywBTUHRIQvB0Kl5EVTgDdNEwWJHRdB8GZ58NDzguZA0ZrYou4EOhf9HTjFiaUNZQ4X-rjb_cbPG_TiA3I0t0QKfV1mF43lp2jG4yg0eAxN4z3D8/s1600/tegur.jpg>
>>
>> Bila sebut atau bincang masaalah teguran kalau bahasa pedas dan pedih
>> disebut juga kritikan,,, namun tujuannya sama juga,, untuk memberi
>> kesedaran kepada yang kena tegur dan kritikan,,,
>>
>> Apa pun ada juga kumpulan pengikut atau penyokong,,, tegur pimpinan
>> kumpulan lawan memang dialu-alukan,, sama-sama memberi sokongan,,, tetapi
>> awas,, kumpulan sendiri tak boleh ditegur,, walaupun yang tukang tegur tu
>> sesama ahli kumpulan,,,
>>
>> Bila berlaku sedemikian,, tunggulah,, bersedialah,, tepislah..lawanlah
>> sesama sendiri kerana menegur pimpinan sendiri....
>>
>> Apakah yang boleh kita tegur hanya pemimpin parti lawan,,, pemimpin parti
>> sendiri ada cara lain..takut nanti musuh akan ambil kesempatan., tak
>> adillah,, kalau pimpinan hak lawan boleh guna tulisann,, pemimpin sendiri
>> pun tulisan jugalah,, kita tegur ikut kemampuan...
>>
>> Jadi betullah kata Tok Mufti tu,, tegur pemimpin Jihad paling besar,,,
>> besar risiko yang akan dihadapi walaupun benar apa yang dibuat
>> teguran......
>> ....
>>
>>
>>
>

------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Re: RG2011... ABIM selar tayangan filem "My Name Is KHAN"

Filem my name is Khan tu memang mengelirukan. Khan tu konon nya orang Islam tapi kahwin dengan perempuan Hindu. Sembah tuhan Hindu dan hidup dengan budaya Hindu. Pas tu watak Khan tu macam orang tak betul je...cam bingai2 je watak nya. Ia seolah2 menggambarkan perangai orang Islam ni cam tu juga.

Sekadar memberi pendapat setelah menonton filem tu.

2012/11/1 Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com>
 
 Sumber: Harakahdaily, 28 Okt 2012                                                                                                           

 KUALA LUMPUR:  Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya penayangan filem 'My Name Is Khan' di TV3 pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua.                                               

 Presiden Abim, Ahmad Saparudin Yusup berkata, filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar ditayangkan   

 oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia.                                                                                 

 Berikut ialah kenyataan penuh beliau mengenai perkara itu.                                                                    

 Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya penayangan filem 'My Name Is Khan' di TV3 pada Hari Raya Aidil

 Adha yang kedua. Filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama 

 Malaysia.                                                                                                                     

 Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan (Datuk) jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap        

 kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan.                                                

 Sebagai contoh, adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan      

 ajaran Islam. Menerima dan mencampur aduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah 

 dengan prinsip Islam.                                                                                                          

 Selain dari itu memberi zakat kepada mereka yang tidak beragama Islam juga adalah mengelirukan. Zakat hanya dibenarkan untuk  

 asnaf yang tertentu dan tidak boleh diberikan sesuka hati.                                                                    

 Penerbit filem ini jelas cuba menjawab persoalan 'Islamophobia' yang melanda Barat, tanpa memahami ajaran Islam dengan        

 mendalam serta menghayati pokok pangkal permasalahan ini mengheret wajah Islam ke dalam kancah yang memalukan. Ia secara jelas

 membawa mesej 'Islam Liberal'.                                                                                                

 Faham Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar.

 Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri.          

 Selain dari faham Islam Liberal itu, menyamakan kebaikan di sisi Islam dan agama lain adalah satu daripada teras aliran       

 'pluralisme agama'. Mesej ini juga terkandung dalam filem ini.                                                                

 Segala faham ini perlu diperhatikan secara dekat kerana ia boleh memesongkan fikiran umat Islam dan juga bukan islam dalam    

 memahami ajaran Islam yang sewajarnya.                                                                                        

 Faktor penayangan yang dibuat tatkala umat Islam menyambut hari Idil Adha juga menimbulkan persoalan ke mana hilangnya         

 keprihatinan dan tanggungjawab pihak media dalam bahan siaran mereka.                                                         

 Oleh itu Abim mendesak agar penayangan filem ini dihentikan pada masa akan datang. Abim juga mengingatkan kepada stesyen      

 penyiaran di negara ini agar lebih peka dan sensetif terhadap bahan kandungan dan masa penyiaran bagi mengelakkan kontroversi 

 di dalam masyarakat. Abim juga menggesa agar pengedaran CD filem ini dihalang serta merta.

p/s: Skarang ni, sumer rancangan TV pun kena pantau, belum tenet lagik

Menjelang raya AidilAdha aritu TV3 tayang citer "Ohhh.. Harammmmm!" – memang cam haram pun bila melabelkan seorang anak muda yg menjaga pandangan dan imannya seolah-olah sesat bila dia "nahi mungkar" @ mencegah kemungkaran.. Walaupun mesejnya watak itu seolah menyeru atau berdakwah secara keras/tegas.. tapi agak2 ar.. aku tengok tak ler tegas mana pun dia tegur! Lain ler dia heret anak org pehtu tarbiyah iya-iya. Dah dalam Islam ada istilah berlapang dada, kenalah terima cara teguran org mcm2 cara, tak suka perbetulkan.. bukan dakwa sesat!

Heran tol aku, kalo Erma bikin drama Islamik mesti ini macam, pak kiyai berserban itu jugak yg jahat..  

Erma; jangan bikin org sesat LOL !

With best regards,

fasriana_hashim

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Lebuh Raya Rakyat: Kutipan Derma Dah RM1Juta

kalau kasihan apakata dibantu saja??.. uhuk3.... tentu besar pahalanya ye dowk?

2012/11/1 shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
 
Lebuh Raya Rakyat: Kutipan Derma Dah RM1Juta. Tinggal RM1.799 Juta

Sinar Harian pada 24 Julai 2012 melaporkan jumlah sumbangan derma yang berjaya dikumpul untuk membina Lebuh Raya Rakyat telah mencecah RM1juta. Rakyat tentu gembira mendengar perkhabaran hebat yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Ini bermakna dalam tempoh kurang dua bulan kempen kutipan, jumlah RM1 juta yang berjaya dikutip atau dikumpul boleh dianggap berjaya. Namun, ini bukan usaha mengutip dua atau tiga juta. Kos membina Lebuh Raya Rakyat bukan RM10 juta. Tetapi, RM1.8 bilion atau jika disebut dalam juta adalah 1,800 juta.

Maka, mari kita belajar matematik untuk mengira berapa lama lagi masa diperlukan untuk mencukupkan jumlah RM1,800 juta itu.

Jika berdasarkan prestasi kutipan sekarang, RM1juta dalam tempoh dua bulan, ini bermakna jumlah RM1,800 juta akan berjaya dikumpul dalam masa 3,600 bulan atau 300 tahun 

Berapa tahun yang diperlukan oleh Kerajaan PAS Kelantan untuk kutip derma cecah 1.8 billion? Sehingga 2020? 2035? 2050? Pada masa itu, kereta dah boleh terbang kot dan Kelantan baru nak bina lebuh raya? OMG! Lembabnya pemikiran pemimpin PAS Kelantan!

Itu baru kutipan RM1 juta, belum ditambah lagi dengan kutipan derma ceramah, derma demonstrasi, derma himpunan hijau, oren hitam jingga bla..bla..bla.. Sudah tentu segala kutipan yang diterima itu digunakan sebagai Dana Pilihan Raya Pakatan Rakyat. Kesian rakyat ditipu.. 

Hentikan je la .. 300 tahun pun belum tentu dapat bina lebuh raya. Nak tunggu 300 tahun lagi, kos buat highway pun dah naik berkali ganda.. Solution untuk masalah PAS ni, tebang habis saja balak yang ada di negeri Kelantan tu untuk cover projek Lebuh Raya rakyat ni. Mudah, lagipun pemimpin Kelantan bukannya peduli dengan alam sekitar, pemanasan global etc. Yang penting bagi PAS hanyalah KUASA dan KUASA dan Kuasa.
(Dari Sumber) 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (6)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Wednesday, October 31, 2012

Re: RG2011... Lebuh Raya Rakyat: Kutipan Derma Dah RM1Juta

Belajarlah dari sejarah Nabi Allah Ibrahim bagaimana seekor burung kecil membawa air dari paruhnya untuk memadamkan api. Api gereti tak padam tetapi usaha memadamkan itu ada.
Jalantu sepatutnya pusat yang buat tapi tak buat-buat, terpaksalah rakyat yang simpati membantu.
 
From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>; "Idaman_Group@yahoogroups.co.uk" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, November 1, 2012 2:00 PM
Subject: RG2011... Lebuh Raya Rakyat: Kutipan Derma Dah RM1Juta
 
Lebuh Raya Rakyat: Kutipan Derma Dah RM1Juta. Tinggal RM1.799 Juta

Sinar Harian pada 24 Julai 2012 melaporkan jumlah sumbangan derma yang berjaya dikumpul untuk membina Lebuh Raya Rakyat telah mencecah RM1juta. Rakyat tentu gembira mendengar perkhabaran hebat yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Ini bermakna dalam tempoh kurang dua bulan kempen kutipan, jumlah RM1 juta yang berjaya dikutip atau dikumpul boleh dianggap berjaya. Namun, ini bukan usaha mengutip dua atau tiga juta. Kos membina Lebuh Raya Rakyat bukan RM10 juta. Tetapi, RM1.8 bilion atau jika disebut dalam juta adalah 1,800 juta.

Maka, mari kita belajar matematik untuk mengira berapa lama lagi masa diperlukan untuk mencukupkan jumlah RM1,800 juta itu.

Jika berdasarkan prestasi kutipan sekarang, RM1juta dalam tempoh dua bulan, ini bermakna jumlah RM1,800 juta akan berjaya dikumpul dalam masa 3,600 bulan atau 300 tahun 

Berapa tahun yang diperlukan oleh Kerajaan PAS Kelantan untuk kutip derma cecah 1.8 billion? Sehingga 2020? 2035? 2050? Pada masa itu, kereta dah boleh terbang kot dan Kelantan baru nak bina lebuh raya? OMG! Lembabnya pemikiran pemimpin PAS Kelantan!

Itu baru kutipan RM1 juta, belum ditambah lagi dengan kutipan derma ceramah, derma demonstrasi, derma himpunan hijau, oren hitam jingga bla..bla..bla.. Sudah tentu segala kutipan yang diterima itu digunakan sebagai Dana Pilihan Raya Pakatan Rakyat. Kesian rakyat ditipu.. 

Hentikan je la .. 300 tahun pun belum tentu dapat bina lebuh raya. Nak tunggu 300 tahun lagi, kos buat highway pun dah naik berkali ganda.. Solution untuk masalah PAS ni, tebang habis saja balak yang ada di negeri Kelantan tu untuk cover projek Lebuh Raya rakyat ni. Mudah, lagipun pemimpin Kelantan bukannya peduli dengan alam sekitar, pemanasan global etc. Yang penting bagi PAS hanyalah KUASA dan KUASA dan Kuasa.
(Dari Sumber) 

Re: RG2011... Lebuh Raya Rakyat: Kutipan Derma Dah RM1Juta

tak faham atau buat-buat tak faham?

ini adalah sumbangan rakyat...  Masjid pun buh tabung..  bukan pasal takde peruntukan...  tapi sumbangan jemaah dlm pelbagai bentuk samada derma/sedekah/sewa/dll....

MOHD HAMRI BIN SUPAR
Hp : 0135300900

From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>; "Idaman_Group@yahoogroups.co.uk" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 1 November 2012, 14:00
Subject: RG2011... Lebuh Raya Rakyat: Kutipan Derma Dah RM1Juta

Lebuh Raya Rakyat: Kutipan Derma Dah RM1Juta. Tinggal RM1.799 Juta

Sinar Harian pada 24 Julai 2012 melaporkan jumlah sumbangan derma yang berjaya dikumpul untuk membina Lebuh Raya Rakyat telah mencecah RM1juta. Rakyat tentu gembira mendengar perkhabaran hebat yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Ini bermakna dalam tempoh kurang dua bulan kempen kutipan, jumlah RM1 juta yang berjaya dikutip atau dikumpul boleh dianggap berjaya. Namun, ini bukan usaha mengutip dua atau tiga juta. Kos membina Lebuh Raya Rakyat bukan RM10 juta. Tetapi, RM1.8 bilion atau jika disebut dalam juta adalah 1,800 juta.

Maka, mari kita belajar matematik untuk mengira berapa lama lagi masa diperlukan untuk mencukupkan jumlah RM1,800 juta itu.

Jika berdasarkan prestasi kutipan sekarang, RM1juta dalam tempoh dua bulan, ini bermakna jumlah RM1,800 juta akan berjaya dikumpul dalam masa 3,600 bulan atau 300 tahun 

Berapa tahun yang diperlukan oleh Kerajaan PAS Kelantan untuk kutip derma cecah 1.8 billion? Sehingga 2020? 2035? 2050? Pada masa itu, kereta dah boleh terbang kot dan Kelantan baru nak bina lebuh raya? OMG! Lembabnya pemikiran pemimpin PAS Kelantan!

Itu baru kutipan RM1 juta, belum ditambah lagi dengan kutipan derma ceramah, derma demonstrasi, derma himpunan hijau, oren hitam jingga bla..bla..bla.. Sudah tentu segala kutipan yang diterima itu digunakan sebagai Dana Pilihan Raya Pakatan Rakyat. Kesian rakyat ditipu.. 

Hentikan je la .. 300 tahun pun belum tentu dapat bina lebuh raya. Nak tunggu 300 tahun lagi, kos buat highway pun dah naik berkali ganda.. Solution untuk masalah PAS ni, tebang habis saja balak yang ada di negeri Kelantan tu untuk cover projek Lebuh Raya rakyat ni. Mudah, lagipun pemimpin Kelantan bukannya peduli dengan alam sekitar, pemanasan global etc. Yang penting bagi PAS hanyalah KUASA dan KUASA dan Kuasa.
(Dari Sumber) 

Re: RG2011... Homestay Cameron Highlands - Need info

From: Khairul Izwan <izwansc@gmail.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 31 October 2012 9:09 AM
Subject: RG2011... Homestay Cameron Highlands - Need info

Salam semua :)

Nak mintak tolong sapa2 ada no phone atau blog untuk tempah homestay di cameron highlands :) 

Tq

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Cara untuk menghapuskan cicak di rumah

kata join dakwah. bunuh cicak dapat pahala.

--- 12/10/22 (월)에 surayati othman <datinsuraya@yahoo.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: surayati othman <datinsuraya@yahoo.com>
제목: Re: RG2011... Cara untuk menghapuskan cicak di rumah
받는 사람: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
날짜: 2012년 10월 22일 (월요일) 오후 3:50

Jazakallah brother for the good and helpful tips one of its kind......sya memang penggeli cicak....namum kesian tak sampai hati nak bunuh...sebab cicak pun bernyawa dan ingin hidup gek....serangga pun rezki bagi makhluk ini ......kalau tidak sape pulak nak perabiskan serangga yang menyorok celak batu....adoiii:-S worried

Suriati Othman

From: Daniena Hakimi <hdaniena@yahoo.com>
To: Daniena Hakimi <hdaniena@yahoo.com>
Sent: Sunday, October 21, 2012 8:32 PM
Subject: RG2011... Cara untuk menghapuskan cicak di rumah
 
Tips bagaimana nak hapuskan cicak di rumah. Saya akan cuba bantu sebab hapuskan cicak tu perkara bagus. Dalam agama pun digalakkan kita hapuskan cicak sebenarnya.

Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:

i. Dari Sa'id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).

ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)

iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: Dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as

iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: " Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. " (HR Ahmad dan Muslim)

PENJELASAN

Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan "Nabi saw menyuruh membunuh cicak " itu, disebut " fuwaisiq " (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia). Perkataan " dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as " itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia. Manakala membunuh cicak kalau boleh hendaklah dengan cara yang terus dapat membunuh cicak tersebut supaya binatang tersebut tidak terseksa akibat kesakitan. (Kepada yang lebih a'rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan… Wallahua'lam.)

Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak. Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya.

Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding.

Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir , situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya. Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas. Sekarang kedapatan spray untuk menghindari cicak daripada menghuni rumah, agak berkesan kerana saya pernah menggunakannya. Tapi pastikan jangan spray di atas sahaja, kerana selepas itu, cicak-cicak di rumah saya berjalan di atas lantai sama macam kami sekeluarga. Agaknya gayat dah bergayut kat atas siling.

Kenapa ada cicak di rumah?

Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Walaupun sekarang -apa yang pernah saya terserempak- ada cicak yang sudah pandai makan nasi, tapi masih lagi feberet dia makan serangga, sebab nasi putih tak enak dimakan begitu sahaja, berbeza dengan serangga.

TIP (1)
Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.

Kenapa ada serangga di rumah?
Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI, LALAT dan kalau time KELKATU keluar sarang, mereka akan berpesta makan sampai cirit-birit.

TIP (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KEBERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.

Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?

1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!!

TIP (3)
Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor.

TIP (4)
Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK.

3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.

TIP (5)
Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA.

4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.

TIP (6)
Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-pinak setelah kenyang hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.

Akhirkata
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.

Artikel disunting oleh : HAFIZ ANUAR BIN ABDULLAH
 
__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)