Filem my name is Khan tu memang mengelirukan. Khan tu konon nya orang Islam tapi kahwin dengan perempuan Hindu. Sembah tuhan Hindu dan hidup dengan budaya Hindu. Pas tu watak Khan tu macam orang tak betul je...cam bingai2 je watak nya. Ia seolah2 menggambarkan perangai orang Islam ni cam tu juga.
Sumber: Harakahdaily, 28 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya penayangan filem 'My Name Is Khan' di TV3 pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua.
Presiden Abim, Ahmad Saparudin Yusup berkata, filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar ditayangkan
oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau mengenai perkara itu.
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya penayangan filem 'My Name Is Khan' di TV3 pada Hari Raya Aidil
Adha yang kedua. Filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama
Malaysia.
Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan (Datuk) jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap
kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan.
Sebagai contoh, adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan
ajaran Islam. Menerima dan mencampur aduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah
dengan prinsip Islam.
Selain dari itu memberi zakat kepada mereka yang tidak beragama Islam juga adalah mengelirukan. Zakat hanya dibenarkan untuk
asnaf yang tertentu dan tidak boleh diberikan sesuka hati.
Penerbit filem ini jelas cuba menjawab persoalan 'Islamophobia' yang melanda Barat, tanpa memahami ajaran Islam dengan
mendalam serta menghayati pokok pangkal permasalahan ini mengheret wajah Islam ke dalam kancah yang memalukan. Ia secara jelas
membawa mesej 'Islam Liberal'.
Faham Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar.
Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri.
Selain dari faham Islam Liberal itu, menyamakan kebaikan di sisi Islam dan agama lain adalah satu daripada teras aliran
'pluralisme agama'. Mesej ini juga terkandung dalam filem ini.
Segala faham ini perlu diperhatikan secara dekat kerana ia boleh memesongkan fikiran umat Islam dan juga bukan islam dalam
memahami ajaran Islam yang sewajarnya.
Faktor penayangan yang dibuat tatkala umat Islam menyambut hari Idil Adha juga menimbulkan persoalan ke mana hilangnya
keprihatinan dan tanggungjawab pihak media dalam bahan siaran mereka.
Oleh itu Abim mendesak agar penayangan filem ini dihentikan pada masa akan datang. Abim juga mengingatkan kepada stesyen
penyiaran di negara ini agar lebih peka dan sensetif terhadap bahan kandungan dan masa penyiaran bagi mengelakkan kontroversi
di dalam masyarakat. Abim juga menggesa agar pengedaran CD filem ini dihalang serta merta.
p/s: Skarang ni, sumer rancangan TV pun kena pantau, belum tenet lagik
Menjelang raya AidilAdha aritu TV3 tayang citer "Ohhh.. Harammmmm!" – memang cam haram pun bila melabelkan seorang anak muda yg menjaga pandangan dan imannya seolah-olah sesat bila dia "nahi mungkar" @ mencegah kemungkaran.. Walaupun mesejnya watak itu seolah menyeru atau berdakwah secara keras/tegas.. tapi agak2 ar.. aku tengok tak ler tegas mana pun dia tegur! Lain ler dia heret anak org pehtu tarbiyah iya-iya. Dah dalam Islam ada istilah berlapang dada, kenalah terima cara teguran org mcm2 cara, tak suka perbetulkan.. bukan dakwa sesat!
Heran tol aku, kalo Erma bikin drama Islamik mesti ini macam, pak kiyai berserban itu jugak yg jahat..
Erma; jangan bikin org sesat LOL !
With best regards,
fasriana_hashim
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment