Sunday, December 1, 2013

RG2011... Fw: Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013

 



 

Tahniah Piya!

telokbakong.blogspot
mountdweller.blogspot
 
Piya singkir Matyo!
 
MOHD FIRDAUS HASHIM & FOTO: ZULFADHLI ZAKI

KETUA pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Piya, dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) serta turut menggondol Anugerah Pemain Tengah Terbaik pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM 100Plus-Astro Arena 2013 yang berlangsung di Shah Alam, semalam.

Kemenangan itu sekali gus menidakkan hajat Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dari JDT daripada memenangi buat kali ke empat serta menenggelamkan nama ketua pasukan Lions XII, Shahril Ishak yang disebut-sebut sebagai calon pilihan.

Kelantan kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
 
sinarharian.com.my
  • Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Afandi Hamzah (tiga, kanan) menyampaikan Anugerah Pemain Paling Bernilai 2013 kepada Pemain Kelantan Mohd Badhri Radzi (dua, kiri) semasa Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 di Shah Alam hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Finalis Piala Malaysia, Kelantan berjaya membolot lima daripada 13 anugerah yang dipertandingkan pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2013.
    
Kapten skuad 'The Red Warriors', Mohd Badhri Radzi dipilih sebagai Pemain Tengah Terbaik selain merangkul anugerah Pemain Paling Bernilai.
    
Sementara teman-teman sepasukannya iaitu Mohd Norfarhan Muhammad meraih anugerah Penyerang Terbaik dan Khairul Fahmi Che Mat pula anugerah Penjaga Gol Terbaik dan pasukan itu juga turut menerima anugerah Kelab Penyokong Terbaik.
    
Bagi Khairul Fahmi, yang juga penjaga gol kebangsaan, anugerah tersebut dimenanginya empat tahun berturut-turut sejak 2010.
    
Sementara itu, pemain tengah Sarawak, Junior Edstal dan pertahanan pasukan Lions XII dari Singapura, Baihakki Khaizan masing-masing dipilih selaku Pemain Harapan dan Pertahanan Terbaik.
    
Penyerang Angkatan Tentera Malaysia, Marlon Alex James pula mengekalkan anugerah Pemain Asing Terbaik untuk tahun kedua berturut-turut selepas memenanginya pada musim lepas.
    
Naib juara Liga Perdana 2013, Sime Darby FC pula mengekalkan anugerah Kelab Bola Sepak Terbaik untuk kali kedua selepas meraihnya pada 2012 manakala Terengganu menggondol anugerah Persatuan Negeri Terbaik.
    
Dollah Salleh yang membantu Pahang menamatkan kemarau selama 21 tahun untuk bergelar juara Piala Malaysia, musim ini pula menerima anugerah Jurulatih Terbaik.
    
Nagor Amir Noor Mohamed dan Mohd Sabri Mat Daud masing-masing dipilih selaku Pengadil dan Penolong Pengadil Terbaik.
    
Pada majlis itu, FAM turut memberikan anugerah khas, sebuah trofi kepada empat bekas setiausaha agungnya bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka.
    
Mereka terdiri daripada

Datuk Seri Paul Mony Samuel yang berkhidmat dari tahun 1980-1999;

Datuk Dell Akhbar Khan (2000-2005);

Datuk Seri Dr Ibrahim Saad (2005-2007) dan

Datuk Azzuddin Ahmad (2007-Mei 2013) yang kini berkhidmat selaku Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).
    
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan merupakan acara tahunan yang dianjurkan  syarikat pengeluar minuman ringan, F&N Beverages (M) Sdn Bhd bagi mengiktiraf sumbangan pemain bola sepak dalam mengharumkan nama pasukan masing-masing dalam kancah bola sepak tempatan.
    
Keputusan anugerah berkenaan berdasarkan undian yang dijalankan para jurulatih dan pengurus pasukan Liga Super dan Perdana yang mengundi calon yang layak.
    
Turut hadir pada majlis berkenaan, Naib Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah dan Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.
    
Sementara itu, Mohd Badhri, yang lebih dikenali sebagai Piya di kalangan rakan sepasukan semasa ditemui pemberita beliau tidak menyangka terpilih sebagai pemenang kerana berpandangan terdapat calon lain yang lebih layak.
    
"Kemenangan berganda ini memberi semangat tambahan kepada Piya untuk  menghadapi Liga Malaysia musim depan dan hadiah ini Piya tujukan untuk kedua-dua ibu dan bapa, para pemain serta pengurusan pasukan Kelantan," katanya.
- Bernama

 

Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013

infotaip.blogspot.
Posted by i in
 

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013 akan diadakan di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam pada 30 November ini. Anugerah ini dicipta untuk mengiktirafkan mereka yang telah berjaya menyajikan persembahan terbaik didalam arena sukan bolasepak.

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013
100 PLUS-Astro Arena-FAM Football Award
Tarikh Anugerah: 30 November 2013
Venue: Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam

Panel pemilih terdiri dari jurulatih, wartawan sukan dan pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memilih senarai pendek calun. Para jurulatih dan pengurus pasukan Liga Super dan Liga Premier pula akan mengundi calun pilihan mereka.

Senarai Para Pemenang Majlis  Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013:
1. Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat
2. Pertahanan Terbaik: Baihakki Khaizan
3.Pemain Tengah Terbaik: Mohd Badhri Radzi
4. Penyerang Terbaik: Mohd Norfarhan Mohd
5. Pemain Harapan Terbaik: Junior Eldstal
6. Ketua Jurulatih Terbaik: Dollah Salleh
7. Pemain Import Terbaik: Marlon Alex James
8. Persatuan Bolasepak Terbaik: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu
9. Kelab Bolasepak Terbaik: KL Sime Darby
10. Kelab Penyokong Terbaik: Kelantan
11. Anugerah FAIRPLAY: PDRM
12. Pengadil Terbaik: Nagor Amir
13. Penolong Pengadil Terbaik: Sabri Mat Daud
14. Pemain Paling Bernilai: Mohd Bahdri Radzi


Senarai Calon Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013 

Kategori: Penjaga Gol Terbaik
Izwan Mahbub - Lions XII FC
Norazlan Ismail - Selangor
Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan
Mohd Khairul Azhan Khalid - Pahang
Mohd Faizal Harun - ATM
Mohd Farizal Marlias - Perak
Pemenang 2012 : Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan

Kategori: Pertahanan Terbaik
Baihakki Khaizan - Lions XII FC
Mahalli Jasuli - Selangor
Azizi Mat Rose - Kelantan
Razman Roslan - Pahang
Jalaluddin Jaafar - Pahang
Amiridzwan Taj Tajudin - ATM
Pemenang 2012 : Aidil Zafuan - ATM

Kategori: Pemain Tengah Terbaik
Nurul Azwan Roya - Johor Darul Takzim FC
Mohd Badhri Radzi - Kelantan
R.Gopinathan - Pahang
Amirul Hadi Zainal - Pahang
Christie Jayaseelan - ATM
Joseph Kallang Tie - Sarawak
Pemenang 2012 : Safiq Rahim

Kategori: Penyerang Terbaik
Shahril Ishak - Lions XII FC
Mohd Amri Yahyah - Selangor
Norshahrul Idlan Talaha - Johor Darul Takzim FC
Mohd Norfarhan Mohd - Kelantan
Mohd Azamuddin Akil - Pahang
Hairuddin Omar - ATM
Pemenang 2012 : Norshahrul Idlan Talaha - Kelantan

Kategori: Pemain Harapan Terbaik
Nik Shahrul Abdul Halim - Kelantan
S.Sivanesan - Negeri Sembilan
Junior Edstal - Sarawak
Mohd Nasir Basharudin - Perak
Nazmi Faiz Mansor - Selangor PKNS FC
K.Reuben - ATM
Pemenang 2012 : Rozaimi Abd Rahman - Sabah

Kategori: Ketua Jurulatih Terbaik
V.Sundramoorthy - Lions XII FC
Bojan Hodak - Kelantan
Dollah Salleh - Pahang
B.Sathianathan - ATM
Robert Alberts - Sarawak
Ismail Zakaria - KL Sime Darby FC
Pemenang 2012 : B.Sathianathan - ATM

Kategori: Pemain Asing Terbaik
Obinna Nwaneri - Kelantan
Dickson Nwamuso - Kelantan
Mathia Ruben Conti - Pahang
Marlon Alex James - ATM
Patrick Ronaldinho Wleh - Selangor PKNS FC
Karlo Primorac - KL Sime Darby FC
Pemenang 2012 : Marlon Alex James - ATM

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Pengguna motosikal sengsara dengan paking RM1.

 



ALOR SETAR - Pengguna motosikal sengsara dengan bayaran paking RM1.

kedahlanie.info
 
 Tempat parkir motosikal berkunci disediakan di hadapan bangunan sebuah bank dengan bayaran RM1.

ALOR SETAR - Kadar parkir yang dikenakan kepada pengguna motosikal di sekitar bandar raya Alor Setar dilihat menjadi rungutan dan bebanan berikutan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak Mei lalu.

Parkir berkunci yang disediakan PBT kini diperluas khususnya di kawasan-kawasan awam yang menjadi tumpuan orang ramai seperti stesen bas, bank dan pasar raya termasuk Pekan Rabu.

Kadar bayaran RM1 untuk sekali parkir dilihat tidak munasabah berikut pengguna motosikal meletakkan kenderaan mereka itu secara tidak berkala, contohnya untuk urusan mengeluarkan wang di bank hanya memerlukan masa yang singkat.

Langkah pihak berwajib mewujudkan tempat parkir berkunci itu satu langkah baik bagi menangani kes-kes kecurian motosikal yang semakin berleluasa.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati ramai pengguna tidak berpuas hati dan mendakwa kadar bayaran yang dikenakan sangat tinggi.

Penjaja, Ahmad Naim Shauki, 28, berkata, bayaran RM1 yang dikenakan kepada pengguna motosikal itu seolah-olah mencekik saku golongan berpendapatan rendah.

Katanya, kebanyakan pengguna motosikal terdiri daripada golongan rakyat berpendapatan rendah termasuk golongan muda dan pelajar.

"Caj RM1 ini tidak relevan dengan kepenggunaan motosikal, di mana caj yang sama juga dikenakan untuk parkir kereta. Tambah pula ia dikenakan di tempat-tempat orang ramai singgah sebentar untuk berurusan.

"Misalnya di bank dan stesen bas, biasanya kita ke bank untuk ambil duit atau bayar bil yang memakan masa lima hingga 10 minit. Jadi bayaran RM1 itu sangat tinggi," katanya.

Seorang lagi pengguna yang mahu dikenali sebagai Rasyidah, 24, berkata, motosikal merupakan kenderaan utama masyarakat di negeri Kedah yang berlatar belakang dari golongan petani, peniaga kecil dan nelayan.

"Jadi, kerajaan negeri sepatutnya melihat perkara ini dengan wajar. Pengguna yang berpendapatan tinggi pastinya jarang menggunakan motosikal untuk ke bandar.

"Kita boleh lihat motosikal tidak dikenakan bayaran tol sekiranya melalui lebuh raya, saya kira begitu juga dengan parkir motosikal sepatutnya," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berkata, pengurusan tempat letak kenderaan di bandar raya Alor Setar diswastakan kepada sebuah syarikat, manakala jumlah kadar bayaran itu ditetapkan MBAS.

Katanya, tujuan utama dikenakan caj itu adalah untuk keselamatan kenderaan yang dipertanggungjawabkan syarikat berkenaan.

"Sekiranya tempat parkir kenderaan ini tidak dijaga, akan ada pihak lain seperti penagih dadah atau kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan dengan menjadi pengawal dan kenakan bayaran.

"Manakala kawasan-kawasan yang terlibat adalah yang menjadi tumpuan kumpulan tersebut, termasuk untuk menangani kes kehilangan motosikal," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Cadar 3D -Year End Sale (YES) - untuk RG shj [10 Attachments]

 

Assalamualaikum wbt admin..mintak laluan untuk iklan..mohon dilepaskan email ini untuk semua ahli..

saya menawarkan harga murah Cadar 3D untuk semua ahli group yang berminat. untuk first batch, ada 10 jenis pattern yang akan dijual dengan harga yang sungguh bermunasabah. Cadar 3D terdiri:
1. 1pc Cadar (Flat sheet)
2. 1pc quilt/ Duvet cover (Sarung untuk comforter)
3. 2pcs Sarung bantal

harga RM230 shj

 
Hubungi saya untuk detail (SMS/Whatsapp/ Wechat/LINE)
    
poknik cadar 3D - 019-9009510 



gambar adalah seperti di bawah



__._,_.___
View attachments on the web
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Peringatan: Anak, Khairul, Isa, Abdulhamid, Fatiha, Sgerrard, Arazak dan Kapai Selam mengajak anda ke Twoo

 

Kami menemui cara yang eksklusif dan menyeronokkan untuk berkenalan dengan teman baru dalam talian: Twoo.com.

Baca mel ini dalam: , English, Tamil, ������, Espa��ol, dan 32 bahasa lain.

Anda menerima mel ini kerana Anak mahu disambungkan dengan respeks_group@yahoogroups.com di Twoo. Nyahlanggan.
Anak, Khairul, Isa, Abdulhamid, Fatiha, Sgerrard, Arazak dan Kapai Selam menambah anda sebagai kenalan di Twoo dan mahu disambungkan.
Lihat profil dan foto mereka
Aktiviti terbaru
Wahab, 41 dari Butterworth mengutip Mesej di dalam Botol.

Percutian yang Sempurna?



Pergi ke profil

Zull, 39 dari Kuala Lumpur mengemas kini teks pengenalan pada profil dia

hujannn oh hujannn .... pelangi, mentari setia menantimu.... sapa2 mau myk dhob ori punyaa bolehh pm....sy kat sini hem

Pergi ke profil

Nadir Yusoff, 51 dari Ampang mengemas kini teks peribadi pada profil dia

Looking for frenz who r interested to b Unit Trust Adviser, PRS Adviser, Takaful Adviser. Min age 21yrs young. Min qualification: Diploma. Self motivated, honesty, trustworthy, loyalty n working hard for your own future.

Pergi ke profil

Sgerrard, 28 dari Banting menukar foto profil dia

Pergi ke profil

Jamal, 52 dari Kuala Lumpur mengemas kini status hubungan dia.

Saya rapat dengan seseorang

Pergi ke profil

Rahim, 51 dari Kuala Lumpur menukar foto profil dia

Pergi ke profil

Zaimi, 40 dari Kampong Baharu Balakong menukar foto profil dia

Pergi ke profil

Fieda, 32 dari Johor Bahru menukar foto profil dia

Pergi ke profil

Fisal, 45 dari Kuala Lumpur meraikan hari lahir dia hari ini dan baru sahaja berada dalam talian.

Pergi ke profil

Amirrudin, 44 dari Alor Setar meraikan hari lahir dia hari ini dan baru sahaja berada dalam talian.

Pergi ke profil

Twoo
Tidak mahu menerima e-mel ini lagi? Klik di sini. Massive Media Match NV, Emile Braunplein 18, 9000 Ghent, Belgium BE0537240636. info-ms@twoo.com

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___