ALOR SETAR - Pengguna motosikal sengsara dengan bayaran paking RM1.
kedahlanie.info
ALOR SETAR - Kadar parkir yang dikenakan kepada pengguna motosikal di sekitar bandar raya Alor Setar dilihat menjadi rungutan dan bebanan berikutan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak Mei lalu.
Parkir berkunci yang disediakan PBT kini diperluas khususnya di kawasan-kawasan awam yang menjadi tumpuan orang ramai seperti stesen bas, bank dan pasar raya termasuk Pekan Rabu.
Kadar bayaran RM1 untuk sekali parkir dilihat tidak munasabah berikut pengguna motosikal meletakkan kenderaan mereka itu secara tidak berkala, contohnya untuk urusan mengeluarkan wang di bank hanya memerlukan masa yang singkat.
Langkah pihak berwajib mewujudkan tempat parkir berkunci itu satu langkah baik bagi menangani kes-kes kecurian motosikal yang semakin berleluasa.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati ramai pengguna tidak berpuas hati dan mendakwa kadar bayaran yang dikenakan sangat tinggi.Parkir berkunci yang disediakan PBT kini diperluas khususnya di kawasan-kawasan awam yang menjadi tumpuan orang ramai seperti stesen bas, bank dan pasar raya termasuk Pekan Rabu.
Kadar bayaran RM1 untuk sekali parkir dilihat tidak munasabah berikut pengguna motosikal meletakkan kenderaan mereka itu secara tidak berkala, contohnya untuk urusan mengeluarkan wang di bank hanya memerlukan masa yang singkat.
Langkah pihak berwajib mewujudkan tempat parkir berkunci itu satu langkah baik bagi menangani kes-kes kecurian motosikal yang semakin berleluasa.
Penjaja, Ahmad Naim Shauki, 28, berkata, bayaran RM1 yang dikenakan kepada pengguna motosikal itu seolah-olah mencekik saku golongan berpendapatan rendah.
Katanya, kebanyakan pengguna motosikal terdiri daripada golongan rakyat berpendapatan rendah termasuk golongan muda dan pelajar.
"Caj RM1 ini tidak relevan dengan kepenggunaan motosikal, di mana caj yang sama juga dikenakan untuk parkir kereta. Tambah pula ia dikenakan di tempat-tempat orang ramai singgah sebentar untuk berurusan.
"Misalnya di bank dan stesen bas, biasanya kita ke bank untuk ambil duit atau bayar bil yang memakan masa lima hingga 10 minit. Jadi bayaran RM1 itu sangat tinggi," katanya.
Seorang lagi pengguna yang mahu dikenali sebagai Rasyidah, 24, berkata, motosikal merupakan kenderaan utama masyarakat di negeri Kedah yang berlatar belakang dari golongan petani, peniaga kecil dan nelayan.
"Jadi, kerajaan negeri sepatutnya melihat perkara ini dengan wajar. Pengguna yang berpendapatan tinggi pastinya jarang menggunakan motosikal untuk ke bandar.
"Kita boleh lihat motosikal tidak dikenakan bayaran tol sekiranya melalui lebuh raya, saya kira begitu juga dengan parkir motosikal sepatutnya," katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berkata, pengurusan tempat letak kenderaan di bandar raya Alor Setar diswastakan kepada sebuah syarikat, manakala jumlah kadar bayaran itu ditetapkan MBAS.
Katanya, tujuan utama dikenakan caj itu adalah untuk keselamatan kenderaan yang dipertanggungjawabkan syarikat berkenaan.
"Sekiranya tempat parkir kenderaan ini tidak dijaga, akan ada pihak lain seperti penagih dadah atau kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan dengan menjadi pengawal dan kenakan bayaran.
"Manakala kawasan-kawasan yang terlibat adalah yang menjadi tumpuan kumpulan tersebut, termasuk untuk menangani kes kehilangan motosikal," katanya.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment