Sunday, December 1, 2013

RG2011... Pendaftaran Badal Haji (Upah Haji) 2014 / 2015 Kini Dibuka

.

Pendaftaran Badal Haji (Upah Haji) 2014 / 2015 Kini Dibuka

Assalamualaikum wbt

Sukacita dimaklumkan pihak Pengurusan RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES kini telah membuka urusan PENDAFTARAN BADAL HAJI ( UPAH HAJI ) UNTUK TAHUN 2014 / 2015. Kuota Upah Haji sangat terhad.

Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, orang tua yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

SIla hubungi 013-212 7799 atau Fax : 06-762 0817 lebih awal untuk tempahan.

Orang yang melaksanakan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH ini terdiri dari kalangan orang yang terpilih dan dipercayai iaitu pemastautin tetap Kota Makkah Al-Mukaramah yang mempunyai pengalaman luas dalam mengerjakan ibadah Haji dan Umrah setiap tahun.

Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

FIRMAN ALLAH S.W.T

Haji diwajibkan ke atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :

وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ

"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"

DALIL

Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi S.A.W berkata kepada wanita tersebut,

"Tunaikanlah Haji bagi pihak ayahmu". (Hadis riwayat An-Nasaie).

Syarat orang yang mengerjakan Upah Haji

Orang yang melaksanakan haji badal / upah haji disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak.

Dalil

Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahawa Rasulullah S.A.W. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."

Tunggu apa lagi wahai para muslimin / muslimat. Tunaikanlah Upah Haji  untuk arwah bonda, ayahanda, datuk nenek, moyang dan sesiapa sahaja yang masih tidak mengerjakan haji sama ada kerana uzur atau yang telah kembali ke rahmatullah.

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
 Sijil Badal Haji

Untuk makluman, anda boleh melayari laman web rasmi syarikat Raudhah Umrahajj Services adalah www.raudhah2u.my dan www.badalhaji1.blogspot.com serta www.badalhaji2u.blogspot.com. Laman web ini merupakan rujukan rasmi perniagaan syarikat kami.

Syarikat kami mengambil Badal Haji dan Umrah dengan menunjukkan bukti bahawa Upah Haji tersebut telah ditunaikan. Sijil Badal Haji dan Umrah akan diberikan kepada mereka yang telah mendaftarkan nama dengan syarikat ini untuk dilaksanakan Upah Haji dan Umrah bagi pihak waris mereka.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com

()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... File - Membina Folder ReSpeKs

File : Membina Folder ReSpeKs
Description : Cara untuk menerima e.mail ReSpeKs dalam folder khusus

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (187)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Suami sakit, isteri tuntut cerai

Suami sakit, isteri tuntut cerai

telokbakong.blogspot
lagiberita.blogspot.
 
PASIR PUTEH - Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah ungkapan yang menggambarkan nasib malang menimpa seorang pemuda yang terlantar sakit sejak enam bulan lalu, sebelum isterinya menuntut cerai tanpa alasan munasabah.

Abd Manas Mohamed Noor, 31, yang diserang penyakit jantung dan lumpuh kini bergantung harap kepada kedua orang tuanya yang dihimpit kemiskinan.

Akibat penyakit itu, dia pernah koma selama hampir sebulan kini mengalami kekejangan otot, selain tidak sedarkan diri untuk tempoh tertentu.

Lebih menyayat hati, apabila dalam keadaan begitu, isterinya yang berusia 40 tahun dikatakan tidak sanggup berkongsi derita lalu mengambil keputusan pulang ke negeri asal, Pulau Pinang bersama anak tunggal berusia lima tahun selepas menuntut cerai daripadanya.

Abd Manas dari Kampung Tualang Rendah dekat sini, pernah bekerja sebagai pemandu lori di kedai alat pembinaan tetapi terpaksa berhenti kerana penyakit yang ditanggungnya.

Dia dimasukkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ), Kota Bharu pada 16 Mei lalu, dalam keadaan koma untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selama 28 hari, tidak menampakkan tanda dia akan sembuh dan akhirnya pada 14 Jun lalu, Abd Manas `diminta' pulang ke rumah oleh pihak hospital dalam keadaan tengkuknya masih berlubang dibaluti tiup plastik.

Kini dia terlantar di rumah dengan hanya sekali sekala dikunjungi kakitangan perubatan untuk memberi rawatan susulan.

Ibunya, Semah Awang Deraman, 55, berkata, dia bersama suami, Mohamed Noor Ibrahim, 62, dan anak-anak lain terpaksa menjaganya walaupun mereka dihimpit kemiskinan.

Menurut Semah, tiada apa yang mampu dilakukan keluarganya sekarang bagi mengubati penyakit yang dialami Abd Manas, selain memberikan kasih sayang.

"Makcik dah tak tahu nak buat macam mana, hanya kasih sayang yang dapat makcik berikan, dia sepatutnya dijaga isteri tapi apa nak buat, nasib malang terus menimpanya.

"Kami pernah berikhtiar dengan mendapatkan khidmat pakar perubatan tradisional, selain tidak putus berdoa tapi ia juga belum menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh," katanya.

Katanya, walaupun Abd Manas menerima bantuan orang kelainan upaya RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia hanya meringankan sedikit bebanan ditanggung.

Semah berkata, selain perbelanjaan keluarga, mereka terpaksa menyediakan keperluan Abd Manas seperti bekalan susu, ubat-ubatan serta lampin pakai buang dan jika terdesak, mereka terpaksa meminjam duit jiran. - SH

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Sehingga September 16,306 orang diisytihar bankrap

Sehingga September 16,306 orang diisytihar bankrap

telokbakong.blogspot
warkahdaily.blogspot
Diterbitkan oleh: Admin

WarkahDaily -- Tahun ini sehingga September, seramai 16,306 orang diisytiharkan bankrap. Jumlah diisytiharkan bankrap dikatakan meningkat saban tahun. Golongan pertengahan dilaporkan golongan tertinggi diisytihar bankrap setiap hari di negara ini.

"Dari 2007 hingga September tahun ini pula, seramai 116,488 orang diisytiharkan bankrap," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri di sidang media pada Oktober lepas.

Menurut Nancy, golongan berumur 35 hingga 44 tahun menjadi kumpulan tertinggi diisytihar bankrap iaitu seramai 60 orang atau 34.31% dalam sehari.

Manakala kumpulan berumur 45 hingga 54 tahun mencatat kedua tertinggi iaitu 26.49% diisytiharkan bankrap. Bagi golongan muda berumur antara 25 hingga 34 tahun mencatat 20.09% diisytiharkan bankrap.

Golongan berumur 55 tahun dan ke atas 11.77%

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Lihat semula selepas buta 7 tahun

Lihat semula selepas buta 7 tahun

telokbakong.blogspot.
lagiberita.blogspot.
 
Allahhu Akbar... saya boleh lihat semula ... - Selepas 7 tahun buta

telokbakong.blogspot
mimpi-senja.blogspot

Madinah: "Allahu Akbar… saya boleh melihat semula," jerit seorang jemaah dari dalam Masjid Nabawi di sini beberapa hari lalu.

Apabila jemaah lain mengelilinginya, dia memberitahu mereka sambil menangis gembira, penglihatannya tiba-tiba pulih selepas buta sejak lebih tujuh tahun lalu.

Fatima al-Mahi yang berusia lewat 60-an berkata, dia hilang penglihatan tujuh tahun lalu dan meskipun menjalani beberapa pembedahan, semuanya gagal untuk membantunya melihat semula.

Fatima tidak menjelaskan bagaimana dia buta tetapi ternyata kelihatan amat bersyukur kepada Allah kerana membenarkan dia melihat semula.

"Saya berdoa bersungguh-sungguh dan ikhlas di Masjid Nabawi, memohon kepada Allah supaya saya dapat melihat. Sebaik habis berdoa, saya mula melihat cahaya. Saya toleh ke kiri dan kanan dan dapat melihat masjid ini dengan jelas. Saya tidak dapat hendak menggambarkan kegembiraan saya apabila melihat anak saya yang mengiringi saya," katanya.

Fatima berkata, dia kini dapat melihat semula wajahnya sendiri.

"Saya juga melihat anak lelaki saya yang turut menangis kerana gembira. Saya melihat jemaah Sudan lain dalam kumpulan kami. Kini saya dapat berjalan tanpa dibantu, seperti dulu," kata wanita itu.
- Agensi

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Hero “The Fast and the Furious” maut akibat kemalangan

Paul Walker, Hero "The Fast and the Furious" maut akibat kemalangan. 

telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot.

Pelakon Paul Walker, 40, yang terkenal dengan filem "The Fast and the Furious" maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu, lapor portal hiburan terkemuka TMZ.

Menurut laporan portal itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles, Amerika Syarikat.

Memetik sumber, laporan itu mendakwa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu.

Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.

Walker membintangi beberapa siri filem "The Fast and the Furious" bersama seorang lagi pelakon terkemuka Van Diesel.

Ni laporan dari Portal TMZ

Paul Walker Dead at 40 In Fiery Car Crash 

Paul Walker -- best known for his role in "The Fast and the Furious" movies -- died Saturday afternoon after a single-car accident and explosion in Southern California ... TMZ has learned.

The accident happened in Santa Clarita -- north of Los Angeles -- and according to multiple sources connected to Paul ... the actor was in a Porsche when the driver somehow lost control and slammed into a post or a tree ... and then the car burst into flames.

Several of our sources -- some who are still at the scene of the accident -- tell us Paul and another person in the car were killed.

Law enforcement is still on the scene, and we're told the L.A. County Coroner's Office is on the way.

At this point, it's unclear what caused the accident, or who was behind the wheel when it happened.

Paul was 40 years old.

Sources close to Paul tell us he was in Santa Clarita for a car show to support the Philippines typhoon relief effort, and had gone for a ride with a friend in a new Porsche GT. The accident happened during that test spin.

Paul took a pic with a fan at the charity event, and the guy posted it ... noting how happy Walker was just hours before the crash.

The fan added, "The world lost an angel in Paul. He dedicated so much of his life to helping disadvantaged kids and people who are in need. I'm gonna do whatever I can to keep Paul's goals for the charity alive."~ TMZ

Ni pulak gambar-gambar dari tempat kejadian..

Gambar terakhir Paul Walker

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Kisah Nyata Seorang Pemuda Arab Yang Menimba Ilmu Di Amerika.

----- Original Message -----
From:        Zusri Omar/ME/toshiba-tem

Date:        26/11/2013 07:53 PM
Subject:        Kisah Nyata Seorang Pemuda Arab Yang Menimba Ilmu Di Amerika.
Sent by:        Zusri Omar

Kisah Nyata Seorang Pemuda Arab Yang Menimba Ilmu Di Amerika

Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah SWT  berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Semula ia berkeberatan. Namun karena ia terus mendesak akhirnya pemuda itupun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.

Di saat itu si pendeta agak terbelalak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergeming dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergeming dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu ia bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun sang pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini, yaitu dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memojokkan pemuda tersebut dan sekaligus mengokohkan markasnya. Pemuda muslim itupun menerima tantangan debat tersebut.

Sang pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."
Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silahkan!

Sang pendeta pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.

Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah SWT namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah SWT dengan tanpa ayah dan ibu! Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah SWT dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut pemuda itu tersenyum dengan senyuman mengandung keyakinan kepada Allah SWT,Setelah membaca basmalah ia berkata,

  • Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
  • Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah SWT swt SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
  • Tiga yang tiada empatnya adalah kekhilafan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
  • Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
  • Lima yang tiada enamnya ialah shalat lima waktu.
  • Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah SWT  menciptakan makhluk.
  • Tujuh yang tiada delapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah SWT  berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
  • Delapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
  • Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa a.s yaitu tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
  • Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah SWT  berfirman, "Barangsiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
  • Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Yusuf a.s
  • Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mu'jizat Nabi Musa a.s yang terdapat dalam firman Allah SWT swt, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
  • Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
  • Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Shubuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).
  • Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
  • Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Yusuf a.s yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlomba-lomba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaaan terhadap kalian." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
  • Sesuatu yang diciptakan Allah SWT namun tidak Dia sukai adalah suara keledai. Allah SWT  berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara kele-dai." (Luqman: 19).
  • Makhluk yang diciptakan Allah SWT swt tanpa bapak dan ibu adalah Nabi Adam, malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.
  • Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT swt SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
  • Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashhabul Kahfi (penghuni gua).
  • Sesuatu yang diciptakan Allah SWT dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
  • Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah shalat yang lima waktu, tiga dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari.
Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawaban pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pamit dan beranjak hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh sang pendeta. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah sang pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rona wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekhawatirannya, namun hasilnya nihil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia berusaha mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberimu satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!" Pendeta tersebut berkata, "Sungguh aku mengetahui jawaban dari pertanyaan tersebut, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda." Sang pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah: "Asyhadu an La Ilaha IllAllah SWT  wa anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas sang pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu memeluk agama Islam. Sungguh Allah SWT telah menganugrahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.**

Oleh: Zaky el anshory http://www.himmahfm.com/