Sunday, December 1, 2013

RG2011... Fw: Lihat semula selepas buta 7 tahun

 



Lihat semula selepas buta 7 tahun

telokbakong.blogspot.
lagiberita.blogspot.
 

 
 

Allahhu Akbar... saya boleh lihat semula ... - Selepas 7 tahun buta

telokbakong.blogspot
mimpi-senja.blogspot

Madinah: "Allahu Akbar… saya boleh melihat semula," jerit seorang jemaah dari dalam Masjid Nabawi di sini beberapa hari lalu.

Apabila jemaah lain mengelilinginya, dia memberitahu mereka sambil menangis gembira, penglihatannya tiba-tiba pulih selepas buta sejak lebih tujuh tahun lalu.

Fatima al-Mahi yang berusia lewat 60-an berkata, dia hilang penglihatan tujuh tahun lalu dan meskipun menjalani beberapa pembedahan, semuanya gagal untuk membantunya melihat semula.

Fatima tidak menjelaskan bagaimana dia buta tetapi ternyata kelihatan amat bersyukur kepada Allah kerana membenarkan dia melihat semula.

"Saya berdoa bersungguh-sungguh dan ikhlas di Masjid Nabawi, memohon kepada Allah supaya saya dapat melihat. Sebaik habis berdoa, saya mula melihat cahaya. Saya toleh ke kiri dan kanan dan dapat melihat masjid ini dengan jelas. Saya tidak dapat hendak menggambarkan kegembiraan saya apabila melihat anak saya yang mengiringi saya," katanya.

Fatima berkata, dia kini dapat melihat semula wajahnya sendiri.

"Saya juga melihat anak lelaki saya yang turut menangis kerana gembira. Saya melihat jemaah Sudan lain dalam kumpulan kami. Kini saya dapat berjalan tanpa dibantu, seperti dulu," kata wanita itu.
- Agensi

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment