Sunday, November 30, 2014

RG2014... Fw: Cara Pulihkan Mesej Whatsapp untuk Android

Cara Pulihkan Mesej Whatsapp untuk Telefon Android
 
selatanonline.net
Posted by ahmadi
 
Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa aplikasi permesejan Whatsapp ialah darah daging kepada telefon pintar. Ia menjadikan perhubungan sosial lebih cepat, mudah dan lebih peribadi berbanding perkhidmatan SMS dan media sosial. Maka, pasti banyak maklumat penting yang tersimpan di dalamnya.

Jadi, apakah yang perlu dilakukan jika sejarah perbualan Whatsapp anda tiba-tiba lesap?

Selalunya, isu mesej Whatsapp hilang terjadi akibat perkara-perkara berikut:

1.     Tidak sengaja memadam sebahagian atau semua perbualan

2.     Menyahpasang aplikasi Whatsapp daripada telefon

3.     Bertukar ke telefon pintar baru

4.     Reset telefon pintar

Bagi sebab-sebab 1-3, ada kemungkinan besar sejarah perbualan boleh didapatkan kembali. Secara lalai (default), aplikasi Whatsapp akan membuat backup pada pukul 4 pagi setiap hari. Namun begitu, anda juga boleh membuat backup secara manual dengan menekan Setting>Chat Settings>Backup Conversations. Malangnya, ia tidak boleh dilakukan sekiranya peranti di'reset' kerana semua aplikasi dan fail (termasuk fail backup) akan turut terpadam.

Cara restore untuk sebab 1 dan 2:

1.     Nyahpasang aplikasi Whatsapp daripada peranti anda.

2.     Muat turun dan pasang sekali lagi Whatsapp pada peranti.

3.     Buka aplikasi. Anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang sama seperti yang digunakan sebelum ini.

4.     Whatsapp akan mencari sekiranya terdapat backup kepada mesej anda. Jika ada, skrin anda akan memaparkan mesej "Message backup found! Would you like to restore your message history from backup?" Klik Restore.

5.     Mesej-mesej yang terkandung dalam backup terakhir Whatsapp anda akan dipaparkan semula.

Cara restore untuk sebab 3:

1.     Sebelum mengaktifkan Whatsapp pada telefon baru, pastikan anda membuat backup secara manual pada telefon lama.

2.     Hubungkan telefon lama anda kepada PC. Melalui PC, cari folder Whatsapp pada storan telefon, kemudian salin (copy) folder tersebut dan simpan di PC anda.

3.     Muat turun dan pasang aplikasi Whatsapp pada peranti baru. Jangan aktifkan dahulu.

4.     Pergi ke File Manager dan cari folder Whatsapp. Namakan semula folder tersebut kepada apa-apa nama lain.

5.     Melalui sambungan kepada PC, masukkan folder Whatsapp yang lama ke storan telefon baru anda.

6.     Kini anda boleh mengaktifkan Whatsapp pada telefon baru. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang sama dan tekan Restore apabila Whatsapp menjumpai fail backup anda.

Perlu diingat, langkah-langkah di atas hanya berkesan jika folder Whatsapp yang mengandungi fail backup masih wujud dan tidak ditindih oleh backup baharu yang tidak mengandungi sejarah perbualan lama. Proses backup sebenarnya sangat penting bukan sahaja untuk aplikasi Whatsapp, tetapi untuk keseluruhan peranti pintar anda. Maka, jadikan proses backup satu amalan rutin supaya anda tidak kehilangan maklumat penting jika perkara yang tidak diingini berlaku kepada peranti anda.

Lebih baik jika fail-fail backup anda turut disalin ke PC atau ke storan awan (cloud). Rasa leceh sedikit tak mengapa, lebih baik beringat sebelum kena!--majalahpc.karangkraf.com

Kini Anda Boleh Mematikan Fungsi "Tanda Biru" Pada WhatsApp
 
selatanonline.net
Posted by ahmadi
 
WhatsApp pada minggu lepas telah memperkenalkan sokongan "Bluetick", dimana memperlihatkan anda telah membaca sesuatu mesej daripada rakan anda. Perkara tersebut boleh dikatakan tidak disukai oleh kebanyakkan pengguna WhatsApp.

Hari ini, pihak WhatsApp memperkenalkan kemaskini baru untuk pengguna Android, membolehkan mereka mematikan fungsi tersebut.

Untuk menggunakan fungsi baru ini, pastikan anda menggunakan WhatsApp untuk Android yang terbaru (versi 2.11.444), dan ke halaman Settings > Privacy. Pada bahagian "Read Receipts" nyah-tandakannya, dan ia tidak lagi akan memaparkan kepada rakan-rakan anda yang lain sekiranya sesuatu mesej telah dilihat ataupun tidak.

Kemaskini baru ini ditawarkan melalui web rasmi WhatsApp sahaja buat masa ini, dan mungkin akan diterbitkan di Google Play Store tidak lama lagi.--amanz.my

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Test Campaign
subject line for test

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... Fw: PRINSIP BERJIMAT TIDAK PADA BN / UMNO

PR - PRINSIP BERJIMAT TIDAK PADA BN / UMNO

gajahmenta.blogspot
 
" Perbandingan Hasil Dan Tunai Mengikut Negeri.
 Cuba Lihat Negeri Ditadbir UMNO BN Duduk Bahagian Mana "

Sah duduk bahagian bawah semuanya. Berita yang sudah pasti tidak akan disiarkan di TV3, bukannya pembangkang yang mengeluarkan statistik tetapi Pejabat Audit Negara.

Laporan Audit Negara jelas menunjukkan negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang hasil dan rizab tunai meningkat. Tapi sayang penyokong UMNO BN tak baca semua keputusan ini, mereka akan terus taksub dan hanyut dengan kebodohan mereka yang terus membiarkan puak-puak UMNO menguruskan khazanah negeri dengan cara yang tidak betul.........."

Kerajaan Barisan Nasional memang pasti akan menghadapi jalan sukar untuk meneruskan pemerintahan nya. Hari ini segala maklumat berkenaan pemerintahan negara mudah diketahui oleh umum walaupun ianya secara tidak menyeluruh. 

Walaupun pemerintah cuba sedaya upaya menyorokkan kepincangan pentadbiran dengan cara mengawal media2 yang mereke boleh kawal, namun kepincangan ini pasti akan terdedah juga melalui media2 lain yang lebih cangeh.

Cara pemikiran rakyat hari ini sangat berbeza dengan cara rakyat berfikir 2 atau 3 puluh tahun yang lalu. Cara rakyat berfikir hari inilah yang letah menyebabkan Barisan Nasional semakin kurang diminati oleh rakyat.

Tidak boleh dinafikan, masih lagi ramai rakyat dalam gulungan warga emas yang masih lagi berfikiran secara kuno, gulungan ini sahaja lah yang masih lagi nampak ketaat-setiaan terhadap BN.............

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Test Campaign
subject line for test

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... Fw: 5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia

5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia

telokbakong.blogspot
blog-hangit.blogspot
 
Siapa sangka rupa-rupanya duit syiling Malaysia sebenarnya mahal. Selalu kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen keluaran 1971 di mana harganya mencecah ribuan ringgit.

Tetapi tahukah anda bahawa  sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling mahal di Malaysia yang telah terjual. Bayangkan duit 50 sen di jual dengan harga puluhan ribu ringgit. Mungkin duit tersebuat anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.

Kebanyak duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).

Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia.

5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.

4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253

Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55.

Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942

Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).

Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769

Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli.

Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.

Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.- Siakapkeli.com.my

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Test Campaign
subject line for test

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... Fw: Mekanik Kereta Perempuan Yang Cun Di Bangi

Mekanik Kereta Perempuan Yang Cun Di Bangi

Pasti anda tidak menyangkakan bahawa seorang mekanik kereta di sebuah bengkel kereta adalah seorang perempuan. Tapi sebenarnya ianya memang betul dimana seorang gadis cantik bekerja sebagai mekanik di German Garage yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Memang menakjubkan kerana admin sendiri tidak pernah melihat perempuan buat kerja ini dan kawan-kawan admin sendiri pun nak servis motosikal pun akan suruh keluarga lelaki tolong ataupun ke kedai je. Memang hebat cik adik ni.

Tapi kalau ini strategi pemasaran untuk menarik pelanggan daang ke bengkel ini berkesan ke? percaya ke orang ramai perempuan buat ker lelaki? itu adalah selalu bermain difikiran kitakan.

Untuk mengetahui perkara ini anda cuba dahulu dan berdasarkan maklum balas dilaman sosial mereka tiada lagi yang membari maklumat negatif tentang awek comel ini buat kerja.
 
__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Test Campaign
subject line for test

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... Fw: Khazanah Perikanan Sungai Perak..Sungguh Lumayan Sekali

Khazanah Perikanan Sungai Perak..Sungguh Lumayan Sekali

telokbakong.blogspot
Ini Anak Temoleh

Rohu Sungai Perak

Siakap Sungai

Tangkapan Sepagi..sungguh lumayan

Patin Daa...

Kembor Baung...sedap buat gulai Empoyak kome..

Udah Baye Budak Weh....Model..Irfan Mohd Noor

Ikan Antu pun ye..Belontok Gajah pun ye..Ikan Ubi pun ye..mahai ikan ni

Tongsan Roket....Tongsan Cap Keghrih Tak Ade..
Untuk tempahan ikan buat kenduri kendara,majlis social,majlis tahlil,majlis masuk jawi,majlis khatam atau untuk jamuan kenduri rakyat dan sebagainya,bolehlah hubungi Encik Mohd Noor Mansur Kg Telok Bakong Bota Kanan Perak di no 0135248446 /wassap.
 
----- Original Message -----
 
Sent: Sunday, November 09, 2014 11:15 PM
Subject: Fw: Rezeki Perairan Sungai Perak

Rezeki Perairan Sungai Perak

telokbakong.blogspot

Nelayan Sungai Saudara Muhammad Noor Mansur,Kg Telok Bakong Bota Perak.