Sunday, February 22, 2015

RG2014... Fw: Polis, Bagaimana Dengan Masalah Saya?

Polis, Bagaimana Dengan Masalah Saya? Kenapa Tak Siasat Macam Siasat Kes Liwat Saiful?

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Aku ada menerima satu email dan ini apa yang diluahkan.

Salam,

Apabila saya terbaca keputusan kes DSAI, hati saya berasa sedih dan geram. Geram kerana kes saya dianiayai sehingga mengakibatkan saya diistyiharkan muflis oleh Bank Simpanan Nasional(BSN) bank milik kerajaan oleh pinjaman yang saya TIDAK ambil walaupun beberapa laporan polis di buat namun tiada tindakan dari pihak Polis sehingga ke hari ini.

Berikut adalah kronologi berkenaan kes saya ;

1.       Pada Tahun 2011, saya mendapati nama saya telah disenarai hitamkan oleh bank2 tempatan akibat satu pinjaman yang tidak berbayar sejak Tahun 2009.

2.       Hasil siasatan mendapati ia adalah pinjaman perumahan dari Bank Simpanan Nasional(BSN) yang saya tidak pernah ambil. Saya membuat laporan polis pada Tahun 2011 di IPD Dang Wangi namun tiada tindakan dari pihak PDRM.

3.       Pada Tahun 2012, BSN memulakan tindakan saman kebankrapan terhadap saya. Saya mempunyai bukti kukuh bahawa saya tidak ambil pinjaman tersebut termasuk dokumen perjanjian di mana tandatangan daya dipalsukan. Namun BSN enggan menerima bukti tersebut dan mahkamah hanya akan menerima bukti dri Jabatan Forensik PDRM.

4.       Saya kemudian membuat aduan ke Bank Negara Malaysia (BNM) namun dimaklumkan bahawa BNM tidak dapat campur tangan berikutan kes ini telah sampai ke peringkat kebankrapan.

5.       Pada awal Tahun 2014, saya membuat laporan polis yang kedua di IPD Dang Wangi namun tiada tindakan/penyelesaian dari PDRM sehingga hari ini.

6.       Pada Jun 2014, saya telah diistyiharkan muflis. Saya telah kehilangan dua buah rumah milik saya dan kini tinggal sehelai sepinggang akibat kegagalan pihak PDRM melengkapkan siasatan walaupun bukti telah diberikan.

7.       Saya telah membuat aduan bertulis sebanyak DUA BELAS (12) KALI kepada Ketua Polis Negara, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis IPD Dang Wangi dan Biro Pengaduan Awam namun tiada sebarang maklumbalas. Malah saya telah menghantar pesanan melalui Tweeter kepada KPN namun tidak dijawab.

8.       Kehidupan saya kini amat tertekan akibat diistyiharkan muflis dari pinjaman yang saya tidak ambil dari BSN(bank milik kerajaan) dan pihak PDRM tidak menjalankan siasatan.  Saya pula terpaksa menyara keluarga seramai 5 orang.

Memandangkan saya ini hanya rakyat biasa dan tiada kepentingan politik, maka aduan saya tidak dipedulikan dan laporan polis saya tidak diendahkan. Kerajaan UMNO sanggup membuat apa saja termasuk mengambil peguam luar bagi membantu pendakwaan DSAI tapi bagi kes saya,saya hanya minta PDRM menghantar dokumen perjanjian untuk ujian Forensik pun tidak diendahkan. Saya tidak tahu siapa lagi yang saya boleh minta bantuan kecuali Allah swt. Inilah sistem "keadilan" di Malaysia. 

---------------------------

Dengar khabarnya polis kita begitu mahir menjaga keselamatan di twitter dan media sosial. Mungkin aduan di atas boleh ditanggani dengan polis kita dengan berhemah. Si pengadu pun telah memberitahu dia tulis surat sebanyak 12 kali. So tak susah nak cari butiran pengadu untuk semak ceritanya samada benar atau fitnah, kan?

Dan kalau terbukti benar maka apa tindakan polis pula?

Boleh tak bantu rakyat yang teraniaya macam layanan yang Saiful terima kononnya kerana teraniaya (la sangat)?

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post • Reply to sender • Reply to group • Start a New Topic • Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... Fw: TARIF ELEKTRIK TURUN MULAI 01 MAC.

TARIF ELEKTRIK TURUN MULAI 01 MAC.

bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot.
 
PUTRAJAYA 11 Feb. - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini mengumumkan penurunan tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWh) berkuat kuasa 1 Mac sehingga 30 Jun tahun ini selaras dengan penjimatan semakan semula kos bahan api dan kos penjanaan (ICPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Kabinet pagi ini dan pengurangan itu bakal memberi manfaat kepada pengguna yang menggunakan melebihi 300 kWh sebulan.

Beliau berkata, keputusan itu juga akan membolehkan pengguna-pengguna domestik bakal menikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 sebulan berdasarkan kadar penggunaan bulanan elektrik.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan mengenai semakan pelepasan kos bahan api dan penjanaan (ICPT) dan kesannya terhadap tarif elektrik di sini hari ini.

Untuk rekod purata kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia pada masa ini adalah sebanyak 38.53 sen per kWh. - UTUSAN ONLINE POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post • Reply to sender • Reply to group • Start a New Topic • Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... Fw: PENARI TIANG DENDA RM25. USTAZ MENGAJAR ILMU AGAMA RM1,500.

" PENARI TIANG DENDA RM25. USTAZ MENGAJAR ILMU AGAMA TANPA TAULIAH RM1,500. INILAH UNDANG2 KAFIR "

bloglist-malaysia.blogspot.
tikaqbuloh.blogspot
tikaq buloh 

Cakap banyak pun tak guna. Ada akal Tuhan bagi sendiri nilai, orang yang membawa agama, menyampaikan tentang Islam hanya kerana tidak mempunyai tauliah dikenakan denda RM1,500.

Orang yang membawa maksiat, lawan hukum Allah didenda hanya RM25 sahaja. Inilah undang-undang ciptaan manusia yang meletakkan Islam di bawah.Inipun ramai yang masih pertahankan.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post • Reply to sender • Reply to group • Start a New Topic • Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Monday, February 16, 2015

RG2014... Video: Helang Menerkam Bayi?

Tonton

__._,_.___

Posted by: "Ali Kanchan" <pirate_kl@yahoo.com>
Reply via web post • Reply to sender • Reply to group • Start a New Topic • Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... Fwd: IKLAN: RUMAH UTK DISEWA

Sila klik:

​Hubungi no. telefon yg diberi dlm iklan jika berminat.​

_______
AHMAD

__._,_.___

Posted by: amali <amali.my@gmail.com>
Reply via web post • Reply to sender • Reply to group • Start a New Topic • Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Sunday, February 15, 2015

RG2014... ‘Rambut Perang, Itu Cara Saya Tampil Awet Muda’ – Raja Ema

'Rambut Perang, Itu Cara Saya Tampil Awet Muda' – Raja Ema

Kemunculan semula pelakon dan penyanyi popular era 80-90 an ini sememangnya mendapat perhatian ramai khususnya peminat seni tempatan. Lebih-lebih apabila penampilannya kini tampak lebih anggun berbanding di awal kemunculannya dahulu.

Terbaharu, pelantun lagu Angan-Angan ini terus mencuri perhatian apabila muncul dengan rambut perang ketika menjalankan sesi fotografi bagi 'Raja Ema Sleep Wear Collection 2015′ yang diusahakannya sejak tahun lalu.

Malah dia turut disamakan dengan pelakon remaja, Eina Azman yang turut mewarnakan rambut dengan warna yang sama.

Mendapat respons negatif berkenaan imejnya menerusi sesi fotografi tersebut, Raja Ema berkata, dia tidak kisah jika masyarakat mahu menilainya dengan pandangan yang bagaimana sekalipun.
Akuinya, apa yang dilakukan semata-mata untuk tujuan sesi fotografi dan promosi produk tersebut.

"Memang ramai yang kritik saya apabila melihat gambar saya berambut perang di laman sosial Instagram dan Facebook. Sehinggakan ada yang kata saya dah tua, jadi tak perlu nak tampil dengan imej sebegitu.

"Bukan saya tak sedar dengan apa yang saya buat tetapi ia hanya untuk tujuan perniagaan sahaja.

"Lagipun saya sebenarnya memakai rambut palsu. Apa pun terpulanglah kepada kepada mereka, saya juga bukan manusia sempurna," katanya kepada Zass.

Tambah pelakon berusia 46 tahun ini, dia perlu tampak berbeza dan lebih bersifat antarabangsa untuk melancarkan koleksi barunya itu.

"Ia juga sebagai satu strategi untuk menarik perhatian pelanggan," katanya imej berkenaan juga adalah untuk sesi fotografi bagi produk Raja Ema OneFace Foundation yang akan dilancarkan olehnya tidak lama lagi.

Bercakap lanjut mengenai perkara ini, kata pelakon filem Sejati ini, dia yakin apa yang dilakukannya tidak salah sementelah ia adalah caranya untuk mengajak wanita di luar sana tampil cantik.

"Sebelum ini ramai yang tanya apa rahsia kecantikan dan awet muda saya. Bukan saya hendak mengajar mereka berambut perang, cuma ini cara saya.

"Dan mereka, boleh jadikan saya inspirasi dengan menggunakan cara mereka sendiri," katanya.

Berkongsi perkembangan terbarunya pula, Raja Ema baru sahaja muncul menerusi drama bersiri 60 episod berjudul Keluarga Karaoke yang baru sahaja bersiaran di Astro Prima 9 Februari lalu.

"Selain itu saya juga sedang sibuk dengan beberapa penggambaran drama lain. Bagaimanapun, kesibukan dengan perniagaan dan lakonan tidak membuatkan saya lupa tanggungjawab kepada keluarga," katanya anak seni kelahiran Pahang ini.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post • Reply to sender • Reply to group • Start a New Topic • Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... Pasangan bukan muhrim naik motosikal bersama akan dikenakan tindakan

Pasangan bukan muhrim naik motosikal bersama akan dikenakan tindakan

pasangan naik motor

Ketua Penguatkuasaan Syariahnya, Mokhtar Salleh berkata ketika ini ia bagaikan satu trend dengan kaum wanita sering dilihat membonceng motosikal dalam keadaan tidak sopan dengan lelaki yang tiada ikatan keluarga.

KUALA TERENGGANU, 15 Februari:

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan meningkatkan penguatkuasaan khusus di kalangan golongan remaja yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Ketua Penguatkuasaan Syariahnya, Mokhtar Salleh berkata antara tumpuan penguatkuasaan termasuk ke atas mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan muhrim, wanita berpakaian menjolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita.

Mokhtar berkata ketika ini ia bagaikan satu trend dengan kaum wanita sering dilihat membonceng motosikal dalam keadaan tidak sopan dengan lelaki yang tiada ikatan keluarga.

Katanya, MAIDAM akan bekerjasama dengan pihak penguat kuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika operasi bagi mengesan pesalah yang melakukan perbuatan seperti ini.

"Kita akan terus mencegah perbuatan berkenaan daripada terus berleluasa dari semasa ke semasa. Kita sebenarnya tiada kuasa untuk menahan mereka di jalan raya dan oleh sebab itu kita bekerjasama dengan agensi yang lain membanteras perbuatan tidak sopan ini.

"Jika kita kesan mereka tiada hubungan dan berkelakuan tidak senonoh, kita akan panggil untuk sesi kaunseling sebelum diberi amaran dan ditahan jika terus mengulangi perbuatan yang sama," katanya kepada pemberita selepas Ops Penguatkuasaan Tahun Baharu Cina dengan kerjasama JPJ dan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu melalui Ops Motosikal di Jalan Batu Buruk di sini malam tadi.

Dalam operasi yang bermula pukul 9 hingga 12 malam itu, MAIDAM turut mengesan enam pasangan berkelakuan dan berpakaian kurang sopan serta seorang lelaki berpakaian wanita.

Beliau berkata rata-rata mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 26 tahun yang menaiki motosikal dengan lelaki bukan mahram.

Mokhtar berkata ini merupakan penguatkuasaan kali pertama yang disertai pihaknya bersama agensi penguatkuasaan lain setelah menerima banyak aduan berhubung perkara ini yang dikhuatiri akan menjadi ikutan anak muda lain sekiranya tidak dicegah.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan golongan wanita Islam di negeri ini agar tidak mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan mereka didenda atau dipenjara selama enam bulan.