Wednesday, April 9, 2014

Re: RG2011... RE: Rekaan Tudung Fareeda Diciplak, Isteri Fizo Omar Adakan Sidang Media Rampasan Produk Tiruan

 

sps hsk dia utk rampas?
undang2 apa dia guna......setakat iklan kat suratkhabar bukan bermakna ciptaan tu hak dia seorang?
 


 
2014-04-09 14:59 GMT+08:00 Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com>:
 

Ekslusif kat dunia je la tu..

Tgk saiz pun dah tau tak mengikuti kehendak syariat kan..

 

Melainkan yg pakai tudung ni bebudak bersaiz kanak2 6 tahun..

Hehehe

 

 

 

 

Rekaan Tudung Fareeda Diciplak, Isteri Fizo Omar Adakan Sidang Media Rampasan Produk Tiruan

April 8th, 2014 | by Noraniza

 | 66 comments

Share the post "Rekaan Tudung Fareeda Diciplak, Isteri Fizo Omar Adakan Sidang Media Rampasan Produk Tiruan"

ISU & KONTROVERSI

Tampil dengan rekaan yang eksklusif, tudung Fareeda sememangnya menjadi kegilaan apabila rata-rata wanita di luar sana merupakan pengguna setia produk ini.

Namun, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan di sebalik kemegahan nama produk tersebut dengan mengeluarkan tudung tiruan Fareeda.

Semalam, isteri kepada Fizo Omar, Mawar yang juga merupakan pengusaha kepada perniagaan itu telah mengadakan satu sidang media rampasan produk tiruan Fareeda.

Fizo Omar berkongsi foto di sidang media rampasan tudung tiruan Fareeda menerusi laman Facebooknya

Mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), usaha tersebut telah dijalankan untuk memberi kesedaran kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menciplak produk syarikat tersebut.

Namun, terdapat juga sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilaksanakan kerana berpendapat bahawa produk original keluaran syarikat tersebut adalah agak mahal dan golongan berpendapatan rendah hanya mampu membeli produk tiruan.

Malah, mereka turut menambah bahawa produk tiruan yang dikeluarkan langsung tidak menjejaskan jualan produk original kerana kualitinya yang jauh berbeza.

Selain itu, mereka turut berpendapat rampasan itu adalah dianggap tidak wajar kerana pengguna setia tudung Fareeda pasti tahu membezakan antara yang original dan produk ciplak.

Walauapapun pendapat orang ramai, rasanya lebih elok jika sesuatu produk itu mempunyai identiti tersendiri daripada dengan senang-lenang mendapat keuntungan daripada hasil rekaan syarikat lain bukan? Bagaimana pula dengan para pembaca OHBULAN! sekalian, ada sebarang komen?

pemakaitudung says:

April 8, 2014 at 11:53 am

Assalamualaikum.. saya rasa tertarik nk tulis pandangan saya ni.. semalam saya pegi ke jalan TAR dan masa tgh belek2 tudung dan borak2 dgn makcik2 ni..diorg cakap tudung diorg kene rampas dgn fareeda..sy rasa kecian jgk kt makcik2 ni..mmg betul fareeda dh keluarkan paten dlm surat khabar..tapi pandangan saya mungkin fareeda boleh bagi surat amaran dan denda berbanding merampas tudung tersebut. lepas rampas tudung2 nk letak mane? bakar ke? atau rebranding?? kemana tudung tu dibawa selepas dirampas? disedekahkan kepada badan2 kebajikan ke? kalo disedekahkan alhamdulilah..tapi kalo dibiarkan camtu kan tiada apa2 kebaikan.. satu lagi dalam banyak2 peniaga di jalan TAR ada juga peniaga tudung yg mereka ciplak tu sangat2 mirip dgn fareeda mmg puas hati tgk,labuh,lembut dan terletak..harga less than rm100! tudung yg fareeda buat ada keunikan terserdiri dan ada peminat tersendiri tapi kalo rekaan cantik camtu hanya utk golongan yang mampu(kaya) sahaja apa salahnya golongan sederhana nk mencuba/merasa tudung ala2 fareeda dgn harga yg murah.. xdapat yg ori yg ala2 pun ok la..kualiti pun sangat elok.. dan pandangan saya fareeda xperlu gusar sekiranya produk mereka betul2 berkualiti dan mendapat sokongan padu peminat mereka, peminat tetap akan cari tudung mereka dan mereka tetap akan gah dan tidak terjejas dgn peniaga ciplak ni..

(31)

REPLY

·         makcik jual tudung jenama patimah says:

April 8, 2014 at 4:31 pm

Kepada Puan Mawar…
Puan tahu x kenapa tudung rekaan puan mawar kena ciplak?
Kerana tudung rekaan puan tersangatlah mahal kalau untuk orang miskin harga tudung yg puan mawar jual boleh buat belanja dapur untuk 2minggu..
Memang la tudung rekaan fareeda eksklusif “hanya mak2 datin ja yg mampu beli sebab mahal gilerrrrr”
Yang ciplak ni walaupun xda brand tetapi lebih labuh dan menutup dada berbanding tudung yg puan mawar jual lagi pun sesuai la dengan orang2 kampung pendapatan pun xseberapa daripada nak beli tudung harga ratus2 lebih baik beli kat pasar malam baru 30ringgit save bajet…

(7)

REPLY

·         poen says:

April 8, 2014 at 3:47 pm

kalo fareeda redho jek diorg jual ciplak dpt gak pahala kan?
tp series mhl gila babas..ak x minat tdung ni tp akk ak minat…
mahal kot… skrg sume mahal lg2 muslimah pye baju tudung kain..tudung paling murah n busuk pon rm 30.. mak aihh…
kalo murah2 mmg aku beli…ni mahal ak pkir bepuluh kali dlu..huhuhu x sume org mampoo…

 


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment