Belalang terbang Tinggi |
Rumah sewa termahal di Malaysia? Posted: 02 Apr 2014 01:53 AM PDT Mengikut analisis, bagi mereka yang tidak berkemampuan menyewa rumah apartment mahupun kondo perlu bersedia untuk menyewa di sebuah flat yang lebih sesak. GEORGETOWN, 2 April 2014 - Dalam tempoh kurang dua tahun, rata-rata pemilik rumah sewa di negeri ini menaikkan kadar harga sewa di antara RM100 hingga RM300. Laporan Michelle Brohier dari RinggitPlus.com sendiri mengukuhkan dakwaan berkenaan, malah dalam satu artikelnya, negeri ini menduduki tempat kedua dengan kadar sewa rumah paling mahal di Semenanjung Malaysia. Melalui laporan berkenaan, Batu Ferringhi dan Georgetown adalah di antara dua penempatan yang mempunyai sewa paling tinggi. Rumah teres di kedua-dua lokasi itu hanya boleh disewa sekiranya anda mampu membayar antara RM12,000 hingga RM15,000 sebulan. Sementara tidak ketinggalan di Tanjung Tokong sendiri harga rumah sewa bagi sebuah kondo mencecah RM9,000 hingga RM11,000 sebulan. Laporan itu turut menyebut rumah sewa yang murah masih ada namun perlu bersedia untuk tinggal di sebuah rumah flat yang kecil dan sesak serta kurang selesa. Namun, bagi golongan muda yang baru sahaja memulakan alam pekerjaan sudah pasti mereka tidak mempunyai pilihan lain. Itu yang diluahkan beberapa penyewa rumah di kawasan pulau negeri ini. Rumah flat cecah RM700 Bagi Norehan Zainuddin, 24, dia sendiri mengalami kesukaran mencari rumah sewa ketika baru mula bekerja di Pulau Pinang. Menurutnya, dia pada mulanya merancang tinggal sendirian dan tidak mahu menyewa bersama orang lain. "Jika itu yang saya lakukan mungkin duit gaji saya lebih banyak dihabiskan untuk membayar sewa bukannya digunakan untuk tujuan lain. Sudah tentu membazir walaupun dapat keselesaan yang diidamkan," katanya. Bekerja di Tanjung Tokong, Norehan berkata, rata-rata kadar sewa sebuah rumah mencecah di antara RM700 bagi flat biasa sehingga RM1,200 bagi sebuah apartmen. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,000 sebulan menyebabkan Norehan terpaksa menyewa bersama orang lain yang langsung tidak dikenalinya. "Apa boleh buat, terpaksa, duit pinjaman kereta RM550, kalau hendak makan dan sebagainya memang tidak cukup, jadi saya terpaksa menyewa bilik dengan kadar RM200 sebulan, walaupun bilik itu saja dunia saya. Jika tidak saya sendiri akan merana," katanya. Kadar sewa naik cepat Dilema harga sewa yang agak tinggi turut dirasai Mohd Noor Farid Mohd Alwi, 29. Menurutnya, mahu menjalani kehidupan yang lebih selesa, dia terpaksa menyewa sebuah apartmen. "Pada mulanya sewa rumah saya sebanyak RM550 sahaja, kemudiannya pada tahun lalu tuan rumah mahu naikkan kepada 600 kerana katanya rumah orang lain sudah dinaikkan sehingga RM750. "Saya tiada pilihan, jadi tuan rumah naikkan harga sewa rumah kami, lebih mengejutkan bila sekali lagi pada awal tahun ini dia mahu naikkan lagi kepada RM650, dalam masa singkat saja sewa naik dengan cepat," katanya. Dapat rumah murah, namun ada sebabnya, itu yang diceritakan Mohd Hilmi Mahmud, 29. Dia kini menyewa sebuah apartmen bersama tiga rakannya dengan harga RM600 sahaja, sedangkan rumah lain sudah mencecah kadar sewa sebanyak RM800 sebulan. "Rumah yang saya duduk sekarang mempunyai kisah sendiri, disebabkan itu harganya agak rendah. Difahamkan sebelum ini ada kejadian bunuh diri, jadi mungkin rumah tersebut agak menakutkan. "Tidak mengapalah, ia hanya dugaan kecil, biarlah bayar rumah sewa dengan harga murah asalkan kami semua selesa," katanya. Sewa rumah naik mendadak Kadar sewa rumah di kawasan pulau negeri ini naik mendadak memandangkan permintaan semakin tinggi dan kebanyakan pemilik rumah melihat harga semasa. Tinjauan Sinar Harian melalui laman web pencarian rumah sewa Mudah.my juga mendapati kadar harga sewa rumah dilihat agak tinggi. Harga sewa rumah di Sungai Ara, yang terletak jauh dari Bandaraya Georgetown antara RM800 hingga RM900 bagi sebuah apartmen. Sementara di Batu Uban yang boleh dianggap salah sebuah lokasi strategik kerana berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang pula RM900 hingga RM1,000 sebulan. Jika dilihat kadar sewa di kawasan yang lebih 'panas' iaitu Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah ia adalah lebih tinggi. Mungkin dek kerana lokasinya yang terletak berhampiran pantai serta kawasan pelancongan, maka kadar sewa diletakkan antara RM900 hingga RM2,000 sebulan. Kesemua harga berkenaan adalah bagi rumah flat, apartmen dan juga kondo, bukannya rumah teres yang mencecah harga ratusan ribu. Mengikut laporan Michelle lagi, selain Pulau Pinang, Selangor menduduki tempat pertama dengan kadar sewa rumah yang tinggi sementara Johor di tempat ketiga selepas Pulau Pinang. Kerajaan tak boleh kawal harga sewa Pengerusi Majlis Belia India Pulau Pinang, A. Kumaresan berkata, isu perumahan di negeri ini memang menjadi perbualan sejak beberapa tahun kebelakangan ini memandangkan harganya agak tinggi. Kadar harga sewa tidak boleh dikawal kerajaan mahupun majlis perbandaran dan ia tidak dinafikan adalah isu yang agak rumit. "Kadangkala sewa sudah terlalu tinggi, menyebabkan ada yang ingin membeli rumah, tapi apakan daya kerana saya sendiri mendapat tahu harga rumah apartmen sahaja sekarang bernilai antara RM200,000 hingga RM300,000. "Jadi kebanyakan bank susah hendak luluskan jika gaji golongan belia ini rendah," katanya. - Sinar Harian |
Memali : Musa dakwa Tun M ada di KL Posted: 01 Apr 2014 09:26 PM PDT Musa Hitam Musa ketika menjadi panel Diskusi Siri 3, 'Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang', kelmarin. KOTA BHARU, 29 Mac - Setelah hampir 30 tahun tragedi Memali berlaku, kelmarin bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menjelaskan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, berada di Kuala Lumpur, bukan di China seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini. Musa, yang ketika itu juga memegang jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, menjadi panel Diskusi Siri 3, 'Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang' anjuran kerajaan negeri. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan moderator, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff. Sebelum itu, Musa menegur Mohammad Agus, kerana menyifatkan soalannya itu sama ada perdana menteri berada di China secara kebetulan atau dirancang ketika peristiwa itu berlaku tanpa penyiasatan mendalam. "Siapa kata dia (Tun Mahathir) di China? Sebenarnya dia di Kuala Lumpur," kata Musa, sambil disambut sorakan dan tepukan orang ramai yang mengikuti diskusi itu, di sini, semalam. Musa berkata, beliau sendiri memaklumkan kepada perdana menteri tentang peristiwa 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang, manakala berpuluh yang lain cedera, walaupun menurutnya perdana menteri sudah mengetahuinya. "Malah setahu saya, dua atau tiga hari kemudian barulah beliau akan ke China. Bagaimanapun, saya sempat memaklumkan kepadanya bahawa peristiwa tersebut sangat serius dan beliau perlu berada dalam negara dengan menyertakan tiga alasan. "Saya katakan padanya, ini kerana ia melibatkan orang Melayu, dalam sebuah negeri (Kedah), dan jika beliau ke China, ia menunjukkan bagaimana perdana menteri mengambil mudah soal ini sedangkan dia sendiri perlu menanganinya," katanya. Dalam diskusi yang turut menampilkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai ahli panel itu, Musa berkata, tragedi Memali merupakan titik hitam dalam dunia politik beliau, malah terus terang katanya, itulah juga yang dinyatakan kepada rakan-rakan sealiran dengannya. Dalam tragedi Memali kira-kira 3,000 anggota keselamatan mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah, untuk menahan tokoh agama tempatan, Ustaz Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan mengancam keselamatan negara dan memecahbelahkan umat Islam. Selepas seminggu mengepung Memali melalui 'Operasi Angkara', pihak berkuasa memasuki kawasan itu menangkap Ibrahim. Berikutan itu, 14 penduduk kampung turut terbunuh, sementara berpuluh-puluh orang lagi tercedera. * Oleh SAPINAH AB GHANI & MURNI ABDUL RASHID, Sinar Harian, 29 Mac 2014 |
You are subscribed to email updates from Belalang terbang Tinggi | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (7) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment