Thursday, April 17, 2014

RG2011... Dua Anggota Tentera Cedera Siling PWTC Runtuh

 

Dua Anggota Tentera Cedera Siling PWTC Runtuh

Dua anggota tentera cedera apabila sebahagian siling bumbung tingkat dua di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tiba-tiba runtuh, jam 4.45 petang tadi.

Penolong Penguatkuasa Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, runtuhan itu dipercayai berpunca daripada demostrasi letupan bom oleh pasukan tentera yang mengakibatkan sebahagian siling anjung PWTC di tingkat dua runtuh.

"Pihak bomba menerima panggilan awam pada jam 4.59 petang sebelum tiba tujuh minit kemudian bagi melakukan usaha operasi dan menyelamat," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita sebentar tadi.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan bumbung berkenaan sedang dilakukan membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Hang Tuah dan Sri Hartamas.

Difahamkan dua anggota tentera terbabit hanya mengalami cedera ringan.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment