Saturday, April 5, 2014

RG2011... Fw: 150 PEKERJA KILANG BERPIKET TUNTUK KENAIKAN GAJI.

 



150 PEKERJA KILANG CENTRAL ELASTIC CORPORATION SDN BHD (CEC), PERAI BERPIKET TUNTUK KENAIKAN GAJI.

omakkau.blogspot
 

Seramai 150 pekerja kilang Central Elastic Corporation Sdn Bhd, Perai mengadakan piket membantah tindakan majikan tidak menaikkan gaji mereka serta bonus sebanyak dua bulan gaji sepertimana yang termaktub dalam perjanjian dengan pihak kesatuan.

Kesal dengan sikap majikan yang enggan mempedulikan suara mereka, piket yang bermula antara jam tiga hingga enam petang telah diadakan sejak empat hari lalu sehinggalah majikan bersetuju untuk menerima tuntutan para pekerja.

Salah seorang pekerja Mat Zaki Shaari yang telah berkhidmat sejak 29 tahun yang lalu, kesal dengan sikap majikan yang enggan menaikkan gaji mereka walaupun perkara itu termaktub di dalam perjanjian dengan pihak kesatuan.

"Kami menuntut supaya majikan mendengar rintihan kami yang terpaksa menanggung beban kos kenaikan harga barangan yang tinggi.

"Sedangkan gaji tahunan kami tidak dinaikkan walaupun telah berkhidmat hampir 30 tahun dengan kilang ini, " ujar beliau lagi.

Manakala Mohd Abd Manan yang telah berkhidmat selama 36 tahun sebagai pekerja mahir kesal apabila majikan cuba mempermainkan khidmat mereka.

"Kami setia dan berkhidmat sejak lebih 30 tahun yang lalu untuk memajukan syarikat.

"Sepatutnya mereka membela nasib mereka dengan tidak meminggirkan permohonan kami untuk kenaikan gaji dan juga pembayaran bonus sepertimana yang dijanjikan dalam perjanjian.

"Malah gaji minimum yang diberikan kepada kami pekerja tempatan adalah lebih rendah dari gaji minima yang diberikan kepada pekerja warga asing dengan bayaran minima mereka sebanyak RM900, " jelasnya lagi.

Dalam bantahan yang telah diadakan para pekerja juga meminta majikan supaya mengkaji semula gaji yang diterima oleh pekerja mahir dan senior kerana didakwa tidak adil jika dibandingkan dengan apa yang diterima oleh segelintir pekerja.

Pegawai Perhubungan Perusahaan Kanan, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengeluaran Syarikat-Syarikat Getah Kebangsaan, K.Veeriah yang ditemui berkata mereka telah berusaha untuk menemui majikan dalam beberapa siri pertemuan, tetapi tidak berjaya.

"Bagaimanapun, kes ini akan dibawa ke Jabatan Sumber Manusia supaya apa yang terkandung dalam perjanjian dengan kesatuan dapat dilaksanakan dengan segera oleh majikan.

"Sekiranya majikan gagal untuk membela nasib para pekerja tertlibat, kami tidak teragak-agak akan membawa kes ini ke Mahkamah Perusahaan supaya nasib kesemua 150 pekerja terlibat dibela.

"Dengan kos sara hidup yang meningkat, majikan seharusnya menyedari hakikat yang berlaku tanpa mengambil kesempatan diatas kekurangan yang ada pada majikan, lebih-lebih lagi ada antara mereka yang telah berkhidmat hampir 40 tahun dengan syarikat tersebut, " kata Veeriah lagi.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment