Thursday, April 17, 2014

RG2011... Fw: Guru Sekolah Men Agama Labu, johan Tajwid

 



 

Guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan muncul johan kategori Tajwid Majlis Tilawah '5th Kuwait International Prize of the Holy Quran'.

telokbakong.blogspot.
jasindaily.blogspot.
 
Qari Malaysia, Amirahman Abas muncul johan kategori Tajwid Majlis Tilawah '5th Kuwait International Prize of the Holy Quran' yang berlangsung di Kuwait, mulai 31 Mac hingga semalam. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Amirahman, 31, menerima sijil kemenangan dari Amir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah pada upacara penutup majlis tilawah itu di Istana Bayan, semalam.
 
Guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan itu juga merupakan naib johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56, tahun 1434H/2013M. Selain Amirahman, Malaysia turut diwakili Mohammed Khairul Abdul Razaq, 24 dalam kategori Hafazan, menurut kenyataan itu.
 
Sebanyak 140 peserta dari 70 negara mengambil bahagian dalam majlis tilawah itu dengan setiap negara hanya boleh menyertai dua daripada tiga kategori disediakan iaitu tajwid, qira'at dan hafazan. Upacara perasmian majlis tilawah berkenaan disempurnakan Perdana Menteri Kuwait Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, pada 31 Mac lepas. -- BERNAMA

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment