Thursday, April 17, 2014

RG2011... Fw: KEPIMPINAN UITM JGN BERSUBAHAT DGN KEBEJATAN...

 



MISTERI KAMPUS UITM BALING

telokbakong.blogspot
biaqpila.blogspot


APA HABAQ ORANG BALING?
MACAMANA DENGAN JANJI DATO AZEEZ NI?
DAH BERAPA BIJIK UITM DIA BINA KAT BALING,
SEJAK DIA MENANG PRU 13 TAHUN LEPAS???
KAH! KAH! KAH!

JANJI DICAPATI MAKAN DENGAN KUAH KARI
KAH! KAH! KAH!

PENSYARAH MIANG DAN PELAJAR NAKAL: KEPIMPINAN UITM JANGAN BERSUBAHAT DENGAN KEBEJATAN...

telokbakong.blogspot
yongsukakuning.blogspot
 
UiTM berjaya diiktiraf sebagai sebuah universiti terkenal antarabangsa adalah kerana jasa-jasa warganya.

Semua orang tahu 90% warga UiTM adalah bangsa Melayu yang beragama Islam.

Tetapi adakah semua 90% warga UiTM ini akur dan patuh kepada adab kesopanan Melayu dan amalan Islam?

Dulu timbul cerita tak sedap tentang seorang staff UiTM yang masih muda dan memegang jawatan penting. Berkali-kali Yong dapat sms tentang staff ini. Oleh kerana itu Yong tanya seorang rakan. Dan ini jawapannya:

BOLEHKAH KITA PERCAYA INTEGRITI SEORANG YANG DITANGKAP MENIRU DALAM PEPERIKSAAN?

Bukan hanya tindakan tidak diambil, UiTM juga telah mengambilnya sebagai staff! 

Ini bukan soal pelajar bergaduh sesama sendiri...Boleh maaf lagi. Tapi ini kes meniru dalam peperiksaan yang boleh disabitkan hukuman gantung pengajian atau dibuang dari universiti...

Seperti menjemput musang masuk ke kandang ayam...

Kini timbul pula kes pelajar yang membuat laporan polis terhadap pensyarahnya.

Ramai yang menulis mengenai pensyarah ini secara negatif, antaranya:

BOLEH BACA DI SINI

Yong tanya kenalan di Fakulti Sains Komputer Dan Matematik UiTM. Dia jawab dengan soalan:

"Agak-agak kenapa dia tidak diterima untuk ditempatkan di UiTM kampus Shah Alam?"

UiTM wajar bertindak secara tegas dalam hal yang berkaitan dengan salahlaku staff atau pelajar. Jangan sampai universiti ini diperlekehkan oleh bekas pelajarnya, atau staffnya sendiri kerana gagal bertindak dengan adil dan saksama.

Yong mengkritik UiTM kerana ingin UiTM menjadi universiti yang benar-benar Cemerlang, Gemilang  dan Terbilang - bukan hanya retorik untuk penyedap telinga orang kampung.

Mohon UiTM jangan bersubahat dengan kebejatan.

comments:

  1. Saya pun tertanya2 kenapa hingga sekarang pentabir UiTM amasih tidak bertindak terhadap pensyarah miang ni. Hebat benar ke dia ni? Kalau kerana pangkatnya professor, maka dia boleh terlepas dari tindakan melakukan jenayah seksual UiTM mengundang musibah di kemudian hari. Jangan biarkan individu2 yang mempunyai masaalah moral bebas dalam sesebuah institusi pengajian tinggi kerana risikonya tinggi. Mungkin nanti akan ada kes pelajar dirogol oleh pensyarah kerana diugut akan digagalkan dalam kursusnya!! (Atau sudah ada kes2 begini berlaku tapi didiamkan???)

  2. Tidak tahu kenapa, siswa/i UiTM yg menduduki exam, walaupun dibekalkan dgn formula masih tidak mampu menjawab soalan dgn baik. Tanpa bantuan markah 'carry mark' serta budi bicara pensyarah yg 'lembut hati', rasanya ramai student sudah pun kantoi seawal sem1 lagi. Pd thn 1970an dulu di IPTA yg lain, tiada sebarang formula dibenarkan untuk dibawa masuk dewan exam, serta tidak dibekalkan bersama kertas soalan. Semuanya mesti berada dlm kepala dan lulusan ketika itu jauh lebih bermutu berbanding lulusan sekarang. Ia mungkin kesan memberikan hand out berbanding dulu yg membuat nota sendiri. Namun begitu, hukuman kerana meniru tetap sama spt disebutkan itu.
    Mengenai disiplin pelajar pula, pelajar sekarang terlalu dimuakan sangat. Jika melakukan kesalahan, ada saja kaedah untuk menutup kesalahan mereka. Ada juga yg insaf tapi ramai pula masih tidak berubah. Ia diburukkan lagi oleh campur tangan pihak luar yg berkedudukan. Siswa/i sekarang kebanyakannya berlatarbelakang dgn kehidupan yg selesa, jadi bila menghadapi tekanan mereka seakan tidak mampu menanganinya. Jika nak dihuraikan panjang pula ceritanya.
    Menyentuh fasal staff dan pensyarah, kita juga pernah digegarkan dgn berita seorang pensyarah wanita di IPTA utara semenanjung berkhalwat dgn studentnya. Ia berlaku beberapa thn lepas dan kes tsbt telah didakwa di mahkamah. Pd asasnya memang terdapat sebilangan staff dan pensyarah yg juga ada melakukan kesalahan. Dlm isu Izuddin Ali, biarkan penyiasatan berjalan untuk membuat penentuan. Tidak layak bagi kita terus tuduh melulu hanya berdasarkan laporan siswi itu serta 'hear say' shj.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment