Wednesday, April 9, 2014

RG2011... Fw: Kisah Pak “Aji” depan kedai judi

 



Kisah Pak "Aji" depan kedai judi

telokbakong.blogspot.
gigitankerengga.blogspot
rozmal
 
Ketika memandu di pekan Senawang yang terkenal dengan dua kedai judi sah yang berlesen yang sesak pada petang Ahad saya memerhatikan seorang pakcik usia emas yang memakai kopiah putih sedang duduk di hentian bas depan kedai judi. Pakcik tadi duduk mengadap kedai judi tersebut sedang berborak dengan seorang lelaki.

Saya beritahu pada isteri saya perhatikan gerak geri pakcik tadi, kerana jalan sesak pada waktu itu kereta kami bergerak amat perlahan. Naluri saya yang dah biasa dengan gelagat manusia di pekan Senawang pada hari judi kemungkinan pakcik tadi ada kaitan dengan kedai judi. Mungkin kaki judi akan mendapat khidmat nasihat pakcik tadi untuk meramalkan nombor ekor.

Isteri saya nampak lelaki dan pakcik tadi mengeluarkan kepingan kertas-kertas kecil. Kemudian pakcik tadi menghulurkan duit kepada lelaki tadi, lelaki tadi terus masuk ke kedai judi. Isteri saya amat terperanjat. Pada saya ini perkara biasa, itu belum lagi lelaki Melayu yang masuk kedai judi bawa anak-anak yang kecil, perempuan Melayu masuk kedai judi dan sebagainya.

Tak pasti samada pakcik tadi hendak lelaki tadi tukar duit di kedai judi atau sebaliknya.

Banyak kerja kita semua untuk menyedarkan orang Melayu untuk hindari judi, samada judi dengan lesen sah atau judi tanpa lesen, sama saja, kedua-duanya haram. Nak perang, perangi semua bentuk judi, bukan setakat judi internet.

Tangkapan bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Kedai judi berlesan di kawasan majoriti Melayu tak perlu, terutamanya di pekan Rembau. Masjid dan surau masih banyak yang kosong, mati, tiada majlis ilmu.

Marilah kita ajak keluarga dan jiran kita ke masjid untuk solat, majlis ilmu dan sebagainya. Doakanlah agar mereka yang ketagih judi ini, insaf. Doakanlah pemimpin Islam kita berani untuk tidak mengeluarkan lagi lesen judi dan menarik semula lesen judi di kawasan majoriti Melayu.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment