Selepas Mimpi Hari Kiamat, Diana Amir Pakai Hijab Sepenuhnya...
greenboc.blogspot
Sselepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat, gadis manis ini akhirnya melakukan perubahan mengejut apabila mula memakai hijab sepenuhnya sejak tiga tahun lalu.
Mengakui bukan mudah untuk membuat perubahan besar seperti itu, apatah lagi suatu ketika dulu, gadis lincah ini pernah dilabelkan sebagai pelakon seksi, namun itu semua bukanlah satu alasan buat Diana Amir.
Malah, ketika itu, pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim ini juga mengakui yang dirinya masih terlalu cetek dalam ilmu agama. "Saya mengambil keputusan ini setelah beberapa kali diberi petanda dan mimpi buruk mengenai hari kiamat.
"Ia mengingatkan saya mengenai kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya," katanya pada Zass. Mengambil masa selama empat bulan, Diana mengenakan tudung secara berperingkat bagi membiasakan dirinya dengan keadaan baharu.
Meskipun pada ketika itu, ada peminat yang menganggap dirinya hanyalah sekadar melakukan gimik demi memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai pelakon. Sejak mengambil keputusan untuk berhijrah dan tampil dengan bertudung litup serta menutup aurat, Diana Amir juga mengakui tawaran berlakon semakin berkurangan.
Meskipun begitu, dia memandang positif mengenai perkara itu dan menganggapnya sebagai satu ujian yang diterimanya daripada ALLAH SWT. Malah, katanya, walaupun tidak mempunyai tawaran berlakon dia menggunakan masa terluang yang ada dengan mendalami ilmu agama.
"Jika ada tawaran yang sesuai, InsyaALLAH, saya akan menerima dengan hati yang terbuka," kata pelakon filem Aku Masih Dara ini. Walaupun kurang tawaran lakonan, Diana kini bergelar penulis apabila bukunya, Titisan Mahabbah sudah pun berada di pasaran.
Kata Diana, Titisan Mahabbah adalah buku inspirasinya yang ditulis bersama-sama Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari. "Terdapat 19 kisah tauladan di dalamnya termasuklah kisah penghijrahan saya.
"Kisah-kisah ini berjaya membuka mata saya untuk menjadi Muslim yang lebih baik.
"Saya berharap agar buku ini menjadi tauladan dan inspirasi kepada mereka yang membacanya. "Seandainya buku saya ini memberi kebaikan, saya harap ia boleh menjadi saham akhirat untuk saya," katanya yang menulis dalam tempoh sebulan.
Jejak Islam di Nusantara
Tidak cukup dengan itu, Diana juga mengakui dia kini semakin sibuk menjadi pengacara. Kini, saya sibuk mengendalikan program bual bicara SIS bagi musim kedua untuk 26 episod di TV9," katanya.
Malah baru-baru ini, Diana menerima tawaran daripada TV Al-Hijrah untuk menjadi pengacara bagi rancangan dokumentari 13 episod, Titian Ombak yang dijadualkan akan bersiaran pada Ramadan nanti.
"Dokumentari ini berkisarkan mengenai menjejaki kedatangan Islam di Nusantara. Penggambarannya mengambil tempoh sebulan.
"Oleh itu, bagi menjayakannya, saya perlu turun sendiri ke lapangan dan membuat penyelidikan. Disebabkan itu saya perlu berulang alik lebih sebulan di antara Malaysia dan Indonesia.
"Saya menganggap mengacarakan program ini adalah satu benda baharu bagi saya kerana ia memberi pengalaman baharu buat saya," katanya yang mengimpikan ramai anak hasil perkahwinannya dengan Mohd Habibbullah A Rahman, Oktober lalu.
Duta BlinQ Beauty Drink
Selain itu, rezeki Diana juga semakin murah apabila dia ditawarkan untuk menjadi duta kepada produk kecantikan dan kesihatan, BlinQ Beauty Drink sejak tahun lalu. "Sebelum menerima tawaran menjadi duta, saya telah mencuba terlebih dahulu akan produk ini.
"Saya sangat gembira kerana ia sangat bagus dan berkesan dalam masa yang singkat. Secara peribadinya, produk ini sangat bagus, apatah lagi apabila ia adalah produk yang mengamalkan pemakanan sunnah seperti habbatus sauda, kurma, madu, kolagen dan ekstrak stevia," katanya.
Pada masa sama, graduan lepasan Universiti Sains Malaysia (USM) ini juga sering memberi ceramah tentang keterampilan wanita Muslimah. Dalam pada itu, Diana turut mempunyai beberapa perniagaan termasuklah label pakaiannya sendiri DA'e (Diana Amir Exclusive).
Dalam menguruskan perniagaannya itu, Diana ternyata tidak keseorangan sebaliknya dia dibantu oleh suaminya. Bukan itu saja, Diana juga telah melancarkan 12 koleksi tudungnya hasil kolaborasinya dengan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi di Festival Fesyen Islamik (IFF), tahun lalu.
Jelasnya, melalui hasil kerjasama itu, Diana bertindak sebagai pereka jemputan bagi koleksi selendang sempena Lebaran lalu, manakala Melinda Looi pula menghasilkan koleksi Baju Raya Eksklusif. "Koleksi tudung ini dinamakan x emel. Saya pilih nama itu kerana ia membawa maksud aman dalam bahasa Arab. "Setiap individu yang membeli koleksi tudung tersebut, mereka juga sebenarnya membuat kebajikan. Ini kerana sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada rumah kebajikan Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd (KBNA) yang melindungi anak-anak yatim mangsa HIV dan Aids," katanya. -SH
Kisah Marshanda hampir serupa

comments:
mohamad said...
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
yang lain tu turutlah pakai kalau mengaku islam. jangan tunggu mimpi kiamat, jangan tunggu kena campak dalam api neraka baru nak pakai. ada yang kata tunggu masa yang sesuai, tunggu sampai seru, tunggu sampai hidayah, macam macam lagi. kalau mati ada tentative date tak apa. kalau takut takut tak sempat mimpi , mati dulu.
Sebagai seorang yg berpelajaran, Diana Amir tentunya mampu membuat keputusan terbaik untuk diri dan keluarganya. Syabas, semoga Allah SWT sentiasa memberi berkat.
Alangkah indahnya jika Isteri2 Pembesar Negara alami mimpi yg sama Agar semua yg mengaku Islam berhijrah menutup aurat.
Alhamdulillah