Hendak sekat media luar negara macam parti politik buat?
April 08, 2014
Ketika saya menghadiri satu majlis, saya curi-curi dengar seorang jurugambar media tempatan mainstream (arus perdana) yang mengeluh tentang berita negatif daripada media luar negara.
Bagaimana saya tahu si polan ini bekerja dengan media mainstream? Mudah sahaja, pas medianya berwarna biru, di kalangan pengamal media, kami sinonim tahu itu pas istimewa, boleh dikategorikan sebagai penjawat awam.Beliau mengeluh, "Kenapa tidak sekat sahaja media luar negara daripada masuk sidang media kalau mereka 'spin' berita, dengan media tempatan mereka boleh halang".
Bagi pengamal media alternatif, kami sudah biasa kalau dihalang masuk dalam sidang media, khususnya kalau berkenaan sidang media parti politik tertentu.
Saya tidak mahu terjun membuat kesimpulan tentang pihak media yang dimaksudkan jurugambar tersebut.
Berkobar-kobar semangat jurugambar ini marah dengan media luar negara, khususnya Daily Mail, yang dituduhnya seperti akhbar Metro di Malaysia.
Jurugambar ini terlupa satu perkara, bahasa penulisan Daily Mail adalah berbahasa Inggeris, bahasa yang dibaca majoriti penduduk dunia.
Metro, dibaca oleh pakcik dan makcik di kampung, mereka suka membaca tentang jenayah, ataupun misteri kemalangan, ataupun cerita tentang artis ditangkap khalwat.
Bukan mahu membela media luar negara, cuma ini adalah hakikat yang membezakan antara Daily Mail dan Metro.
Saya tidak katakan akhbar United Kingdom tersebut tepat beritanya, seperti kita tahu, terdapat banyak percanggahan dalam laporan mereka.
Adalah berbeza sama sekali, halangan membuat liputan dalam sidang media parti politik dan halangan membuat liputan sidang media ketika krisis.
Mungkin jurugambar ini lupa, laporan sidang media Umno dibaca oleh makcik dan pakcik kampung Felda, itupun kalau mereka minat.
Ketika krisis MH370, ia melibatkan penumpang serata dunia, banyak kewarganegaraan.
Cadangan menghalang media luar negara seperti yang dilakukan ke atas media tempatan adalah tidak praktikal sama sekali.
Baru-baru ini, Pengarah DCA juga mengambil sikap sama, menghalau pihak media daripada menghadiri taklimat yang diberikan pihak berkuasa.
Jika mahu memberi layanan sama kepada media luar negara, saya rasa kita patut pertimbangkan semula.
Malaysia bukan sebuah negara di mana tiada masyarakat dunia "yang ambil port", ramai rakyat kita bekerja di luar negara, ramai belajar di luar negara malah ramai juga wartawan biro yang bekerja di luar negara.
Pada 8 April, pusat sidang media MH370 akhirnya ditutup secara rasmi, riuh-rendah para pengamal media tidak akan kedengaran lagi.
Selepas ini, masalah kedua akan dihadapi media, bagaimana hendak menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan informasi terkini, memandangkan penjawat awam dan ahli politik di Malaysia bukannya jenis yang mengangkat telefon. – 8 April, 2014.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment