Friday, April 11, 2014

RG2011... Malaysia tak rugi apa-apa tanpa 'Pak Hitam' - Rozaman Ismail

 

Malaysia tak rugi apa-apa tanpa ‘Pak Hitam’ – Rozaman Ismail

April 12, 2014

Kalau nak bercerita mengenai warga Afrika yang berada di Malaysia, rasanya sudah tidak ada cerita baharu. Ceritanya sama sahaja. Dan tidak ada cerita baik pun. Hampir semua negatif.

Bila tengok sahaja Pak Hitam ini, persepsi pertama berlegar di depan mata ialah jenayah dan masalah sosial yang sinonim dengan mereka.

Oleh kerana banyak sangat kes jenayah yang dilakukan oleh kumpulan warga Afrika ini, mereka sering dipandang serong. Sehinggakan mereka yang jujur dan baik dari negara-negara di benua itu pun turut terkena tempias persepsi ini.

Tidak ada salahnya untuk beranggapan sedemikian. Persepsi sudah bertukar menjadi fakta. Dulu mereka bawa masuk jenayah Black Money.

Berapa ramai rakyat Malaysia yang kena tipu hidup-hidup. Yang kena kencing itu bukan calang-calang manusia. Oleh kerana warga sindiket ini meletakkan sasaran orang berduit, maka ramai yang terkena adalah golongan berduit.

Selepas terbongkar dan tidak laku lagi dengan Black Money, mereka tukar strategi baru jadi kasanova siber. Warga Afrika berkulit hitam ini menjual cinta di Internet.

Mereka menyamar menjadi lelaki Amerika atau Inggeris atau orang Eropah berkulit putih. Mereka memasang jerat berumpankan bahasa cinta. Sasaran mereka adalah wanita-wanita kesepian.

Ramai juga gadis yang masih solo, anak dara tua, janda, ibu tunggal menyahut panggilan cinta ini. Walaupun tak pernah bersua, mangsa yang kebanyakannya sedang angau disampuk cinta siber mudah termakan umpan.

Demi panggilan cinta juga mereka berbuat apa sahaja untuk kekasih yang entahkan wujud, entahkan tidak. Ramai yang tertipu, habis segala duit simpanan, duit pencen bulanan atau simpanan caruman KWSP.

Jumlah bukan sedikit ada kerugian berpuluh-puluh ribu malah ada yang beratus-ratus ribu ringgit. Itu kes yang dilaporkan kepada polis atau diadu kepada Biro Aduan MCA.

Yang malu atau takut diketahui keluarga dan rakan-rakan entah berapa banyak jumlahnya. Mereka ini adalah kumpulan yang sengsara dalam diam.

Selain kes cinta palsu, banyak lagi kes jenayah dilakukan pendatang asing warga Afrika ini. Semuanya berkaitan dengan pemalsuan dan dadah.

Pemalsuan pasport, pengeluaran pasport palsu, wang palsu, jam palsu, pengedaran dadah, penyeludupan dadah dan merekrut keldai dadah.

Yang peliknya pergilah ke ceruk mana sekalipun di Malaysia ini, pasti akan terjumpa dengan kumpulan ini. Perhatikan di tempat-tempat tumpuan orang ramai, pasti ada mereka. Paling kurang pun mereka menjaja jam Petaling Street atau menjual cakera padat digital (DVD) haram.

Barangkali kerana menyedari betapa makmurnya Malaysia, betapa mudahnya mencari rezeki di sini dan betapa baiknya rakyat Malaysia, warga Afrika sanggup meredah perjalanan berpuluh ribu kilometer untuk ke sini mencuba nasib.

Oleh kerana syarat imigresen yang ketat, mereka menggunakan strategi mendaftar sebagai pelajar asing di kolej-kolej swasta sebagai jalan mudah untuk memperoleh visa.

Bagaimanapun belum pun habis satu semester belajar, mereka sudah hilang. Visa pelajar yang diperoleh dijadikan tiket untuk memudahkan pergerakan.

Visa pelajar kerap kali menjadi perisai penyelamat ketika ditahan pihak berkuasa.

Sebahagiannya pula masuk sebagai pelancong. Setelah tamat tempoh permit lawatan sosial mereka tak keluar pun dari Malaysia.

Yang gagal masuk secara halal akan cuba masuk secara haram menerusi sempadan negara.

Menurut laman web rasmi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) jenayah melibatkan warga Afrika khususnya dari Nigeria bukan masalah baru tetapi telah mula dikesan sejak tahun 80-an dan banyak berlaku di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Agensi perisikan itu mengkategorikan jenayah melibatkan warga Afrika ini sebagai jenayah terancang yang perlu diberi perhatian. FBI juga mengesan kumpulan warga Nigeria itu turut aktif melakukan jenayah sama di 80 buah negara lain.

Kumpulan berkenaan yang digelar perusahaan jenayah Nigeria dipercayai mengumpul dana hasil jenayah penipuan dan dadah untuk membuka cawangan baru di negara lain.

Menurut satu lagi laporan, lelaki warga Nigeria yang terlibat dalam jenayah penipuan dipercayai menjalani latihan menipu di beberapa buah sekolah khas yang diwujudkan di kawasan terpencil.

Setelah tamat latihan mereka dihantar ke negara sasaran. Dengan kata lain yang datang di sini bukan sembarangan orang. Mereka sudah dibekalkan dengan ilmu.’

Selama ini dua bidang kepakaran yang dikuasai mereka ialah jenayah penipuan dan dadah.

Bagaimanapun insiden dua warga Afrika melepaskan tembakan ke arah dua anggota polis baru-baru ini satu kejadian yang sangat mengejutkan. Rasanya tidak pernah lagi ada kes Pak Hitam menembak polis sebelum ini.

Kejadian tersebut jika benar berlaku adalah satu ancaman baharu. Kalaupun tidak ada tembakan dilepaskan, adegan kejar mengejar dengan kereta peronda polis sudah dikira sangat berani.

Tanpa berselindung, mereka bukan sahaja ingkar tetapi sudah berani melawan polis secara terbuka.

Orang ramai sudah lama memerhatikan bagaimana beraninya warga Afrika menakluki satu-satu kawasan perumahan.

Mereka membina koloni dan menjajah kawasan yang diduduki. Kumpulan ini seringkali menimbulkan masalah sosial yang tidak disenangi penduduk setempat.

Mereka membuat bising, mabuk dan sampai ke satu peringkat secara terbuka mengusung gadis-gadis tempatan ke rumah-rumah sewaan mereka.

Oleh kerana jumlah mereka yang agak ramai ditambah dengan susuk fizikal dan perwatakan kasar, para penduduk tidak berani bersuara sehingga mereka semakin naik kepala.

Masyarakat setempat turut merasa tercabar dengan gelagat kumpulan pendatang asing ini.

Kemunculan warga Afrika sebagai pemain baru dalam jenayah kategori berat ini sudah tentu menambahkan rasa takut dan rasa tidak selamat masyarakat.

Sebelum ini pun jenayah tembak dan rompak sudah banyak kali dilaporkan dilakukan oleh warga asing negara lain.

Pihak berkuasa perlu berbuat sesuatu. Mereka datang untuk mencari rezeki dengan cara yang salah. Pendatang asing seperti ini tidak diperlukan di sini.

Malaysia tak akan rugi apa-apa tanpa Pak Hitam kategori ini. – www.utusan.com.my, 12 April, 2014.

p/s: Hehe..kenapa Kolej2 galak memberikan tempat pada mereka?

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment