Sunday, April 6, 2014

RG2011... Selepas Tragedi Lahad Datu-Masih lagi tidak peka

 

Setiap bot memasuki perairan Semporna disaran diperiksa rapi

April 06, 2014

Seorang aktivis masyarakat pribumi Sabah mengesyorkan setiap kapal dan bot yang digunakan oleh orang Pala'u yang memasuki perairan Semporna diperiksa secara teliti dan menyeluruh bagi memastikan ia tidak membawa senjata api.

Salman Nurillah berkata sudah tiba masanya pasukan keselamatan melakukan transformasi dari segi kawalan keselamatan iaitu bukan sahaja memberi tumpuan "orang yang memasuki negeri itu secara haram" tetapi juga barangan yang dimuatkan dalam kapal atau bot.

"Kita tidak boleh leka dalam hal ini. Kes penculikan terbaru di sebuah pusat peranginan atas air, Singamata Adventures Reef and Resort oleh sekumpulan lelaki bersenjata sudah cukup memberi pengajaran kepada kita.

"Mungkin juga senjata api berkenaan diseludup terlebih dahulu menggunakan kapal atau bot biasa sebelum penculik melancarkan jenayah rentas sempadan itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini mengulas kes penculikan di resort Singamata, dekat pekan Semporna malam Rabu lepas.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, seorang pelancong wanita rakyat China, dari Shanghai, Gao Hua Yuan, 29, dan seorang pekerja wanita resort itu warga Filipina, Marcy Dayawan atau Mimi, 40, dilapor diculik tujuh lelaki bersenjata.

Salman turut menyokong cadangan supaya Peguam Negara segera mengkaji kemungkinan memberi kuasa tambahan yang sesuai kepada Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Beliau berkata langkah itu penting dalam usaha meningkatkan lagi keberkesanan Esscom dalam mempertahankan kedaulatan dan menjaga keselamatan rakyat negeri ini khususnya di Zon Keselamatan Khas Timur Sabah (Esszone).

Salman berkata penubuhan Esscom pada 1 April tahun lepas setakat ini berjaya memastikan tiada lagi pencerobohan pengganas Sulu yang baharu.

Esszone meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna. – Bernama, 6 April, 2014.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment