Tuesday, April 15, 2014

RG2011... Wardina Safiyyah Kritik Ustaz Don Daniyal Di Facebook [1 Attachment]

 

Wardina Safiyyah Kritik Ustaz Don Daniyal Di Facebook
Posted on Wednesday, April 16 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Berita

Wardina telah menyeru para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula kandungan ceramah oleh Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.

Sebelum itu Wardina ada berkongsi mengenai kompilasi video 'KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL' dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana dengan kapsyen:
Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama'..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don't need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran.

Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.
Perkongsian Wardina ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang menyokong dan ada yang menghentam tindakan beliau yang menegur Ustaz Don secara terbuka, dan Wardina telah memberi respon berikutnya:
We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz.. bolehkah ustaz terangkan lagi…?

Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. Saya sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)".

Bertanyalah. Dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi saw.-wanista.com

__._,_.___
View attachments on the web
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment