As Salam Semua,
JJMK Hari buruh akan berlangsung pada Hari Sabtu 3hb May 2014 di daerah Gerik dari 7.00pagi hingga 6.00petang. Siapa yang berminat sila reservekan hari sabtu tersebut dan sila confirmkan kehadiran kepada Monier Mat Din 012-4128209 bagi memudahkan perkiraan aturcara konvoi kenderaan (terhad kpd 60 kereta/van/4WD) dan juga penyediaan makanan yg dianggarkan dalam RM2K++.anggaran 250org makan ( contact saya shukri EES HERBS 019-5407859 utk sponsor makanan) .
Sehubungan dengan itu kita mengalu2kan sumbangan makanan ruji , spt biasa beras , gula , kopi, ikan kering, ikan masin, biskut kering, makanan kanak2 dll..toiletries , detergent dan lain2 yg dipikirkan perlu mengikut kemampuan tuan puan semua.
Barangan2 sumbangan boleh diserahkan kepada :
Mohd Monier 012-4128209 ( kulim/padang serai) Zaidi 019-5598822 (Lunas dan kaw. sekitar), Zairi 012-4071785 (Seberang Perai Selatan),Haji Fendi 012-4097268 , Shukri 019-5407859 (Sebrang Perai Tengah), Wahab 019-4700759, Sattar 019-4766155, Radhi 012-4725232 ( Seluruh Pulau Pinang), Din Stonkol Tropedo 019-4571447 , Mohd Fazal 019-4756918 ( Seberang Perai Utara) ,Aznee Othman 012-4323305 (Kedah Selatan, Sg Petani dan kaw sekitarnya) dan Nurulhuda Alias 0195744208 aliyas 0195748208 huda (KL/Selangor) .
Sekian Harap Maklum.
Shukri -019-5407859
NGO Wargakilang
Sunday, April 6, 2014
WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg - GERIK, Perak
http://moniermatdin.blogspot.com/2014/04/wargakilang-jln-jln-masuk-kg-gerik-perak.html
(Perjalananan merentas Banjaran Bintang melalui "lebuh raya" baru Baling-Gerik)
(Sudah jadi lumrah pada kami di NGO Wargakilang, setiap kali masuk kampung pasti ketemu dengan dapur kayu tradisional seperti ini)
Tak tau nak habag rasa gembira dan puas hati masuk kg, NGO mcm kami ini berpeluang bertemu face to face dengan kaum NGO (Noreh Getah Orang) seperti sdra Huzaini dalam gambar ini.
Sdra Huzaini berkongsi cerita dengan kami kisah pahit maung kehidupan sebenar seorang warga penoreh getah orang hidup di kg pedalaman ini. Pendapatan RM400 - RM500 sebulan (setelah dibahagi dua dgn tuan pokok getah) dengan tiga orang anak2 kecil bersekolah, tolak perbelanjaan sekolah, makan dan minum apalah yang tinggal.
Rumah lama ini pula bukanlah rumah beliau atau pun rumah pusaka keluarga - tetapi rumah seorang saudara yang diizin tumpang sambil menjaga pokok2 dan semak samun di sekelilingnya. Andai diminta pergi, entah ke manalah mereka sekeluarga 5 beranak ini nak menghala.
Isteri beliau berulang cerita, hat penting sekali ialah perbelanjaan tusyen anaknya tahun 6 yang nak ambik UPSR tahun ini itu, RM50 sebulan. Kata beliau, mcm mana pun mesti usaha juga utk cari RM50 duit tusyen tu w/pun hujung bulan duit motong getah dan sedikit duit niaga goreng pisang (baru beberapa hari bermula) tepi jln tu, bila tolak bil air bil api dan makan minum serta perbelanjaan sekolah, tiada apa yg tinggal.
Bila kami tanya mcm mana dgn tusyen tu, ada kesan ka ke atas prestasi pelajaran anaknya. Isteri sdra Huzaini jawab:
"ALHAMDULILLAH - SEKARANG DAH MULA DAPAT "B"
"A" tak ada ke?
"Belum ada, tapi alhamdulillah dah mula dpt B, insyaallah nanti dapatlah "A"
Besarnya harapan dan pengorbanan insan yg bernama Ibu dan Bapa ini.
Ringkas cerita, bagus keluarga ini - w/pun hidup dlm kesusahan tetapi sedaya upaya pendidikan anak2 tetap diberi keutamaan. Sesiapa yg nak sponsor yuran tusyen anak beliau utk jangkamasa 5 enam bulan lagi sebelum UPSR nie (RM50x6 = RM300), 3 hb Mei nanti boleh ikut kami, mai bagi sendiri, insyaallah.
Perjalananan seterusnya membawa kami ke sebuah lagi rumah seorang NGO (Noreh Getah Orang), sebuah rumah bata mcm rumah kotak size 20x10 lebih kurang, betul2 di tepi caruk sungai.
(Untung tuan rumah ini, "pejabat" beliau tempat kerjanya seberang jalan saja)
(Sepasang suami isteri dan 4 orang anak2 yg masih bersekolah dlm rumah kecil sesempit ini)
(Sdra Rozali berkain pelikat, seorang NGO menoreh getah orang, sama saja kisah mereka di semua tempat yg kami kunjungi. Hitung panjang pendapatan bulan RM400 ke RM500 sebulan, tolak perbelanjaan sekolah anak-anak, bil rumah dan makan minum, tiada apa yg tinggal. Insyaallah di ruang halaman rumah beliau ini akan kami jadikan center tempat agihan untuk penerima2 yg sudah dikenal pasti di kawasan ini)
(Sesekali masuk kg bertemu dgn caruk sungai tempat air dari ulu bermula, memang teruja)
Dan, bagi kami yg selalu masuk kg ini, sesekali dlm ramai2 keluarga yg kami kunjungi alhamdulillah Tuhan pertemukan kami dengan insan-insan terpilih yg dlm beberapa siri Jln2 Masuk Kg sebelum2 ini menjadi kisah2 mistik yg tak dpt dihuraikan dgn akal. Misalnya, ada yg mendapat zuriat setelah lama berkahwin hasil doa insan2 yg punya "aura" tersendiri seperti dlm gambar di bawah ini.
(Pak Mat - ditakdirkan buta sejak usia 17 tahun)
(Mak Jang, isteri Pak Mat, seorang isteri yang tabah, punca utama pendapatan hasil mengasuh anak2 orang)
Bersembang dgn Pak Mat seperti berkuliah dengan ustaz-ustaz. Pak Mat suka bercerita kisah Nabi-Nabi yang redha dengan takdir dan tabah menempuh UJIAN. Apa tidaknya, Pak Mat sudahlah matanya kelam, cuba lihat dilehernya, kesan dialisis sakit buah pinggang yang terpaksa ditempuhnya beberapa kali sebulan.
Walaupun Pak Mat buta, cuma harapkan wang JKM RM300 sebulan dan isterinya, Mak Jang pula hanya mengambil upah mengasuh anak org dgn pendapatan yg tak seberapa sebulan; namun dengan IZIN TUHAN (tak tau lah apa amalan dan doa mereka suami isteri), Anak Lelaki mereka seorang di Mesir, seorang lagi tengah tunggu nak ke Yaman, seorang lagi di Pusat Tahfiz di Pulau Pinang, seorang lagi di Tahfiz di Kelantan dan seorang lagi di sekolah asrama berdekatan.
Hebat !! - kelu tak tau nak tulis apa. Ini semua kerja Tuhan.
Cumanya dalam hati kecil saya mengatakan bahawa Pak Mat dan Mak Jang ini mungkin adalah insan2 terpilih seperti yg pernah kami temui sebelum-sebelum ini, yg mana DOA mereka mudah dimakbulkan. Wallah hu taala aklam.
Pada 3 Mei nanti, selain rumah Pak Mat, kita juga akan singgah ke rumah anak2 yatim/miskin Ummu Salamah di Gerik Perak. Kisah Mistik dari Rumah Anak Yatim Ummu Salamah ini pernah saya paparkan di blog saya tak lama dulu, boleh google tengok.
(Sdra Mufahudin, Pengurus Rumah Ummu Salamah ini adalah sahabat sebelah katil saya waktu di MRSM)
Akhir sekali, dlm ramai2 keluarga yg dikunjungi itu, hati kecil saya paling tersentuh dgn rumah sdra Man, seorang warga NGO (Noreh Getah Orang) yg kisahnya ada saya paparkan di Facebook saya seperti di bawah.
(Perjalanan merentas ladang getah menuju ke rumah Man)
(Bergambar kenangan di rumah Man)
Saya naik sayu sebab saya tak rasa ramai kita sedar, dan saya juga tak rasa semua pemimpin2 politik kat atas sana (tak kira warna bandera) sedar bahawa cerita kemiskinan di bawah ini memang benar2 realiti, dan bukanlah sebuah cerita fantasi yg ditulis suka2 sebab nak cari publisiti.
Sdra Man ini bergelut setiap hari utk mencari sesuap nasi dan secupak rezeki utk anak isteri, dgn pendapatan tiga pat ratus sebulan menoreh getah di pokok orang. Bayangkanlah kalau musim hujan atau pun musim kemarau panjang hasil susu kurang - apalah nasib mereka anak isteri.
Sdra Man nie bukannya seorang yg pemalas; beliau seorang yg rajin - keliling rumah tanam ubi kayu, pisang, betik dll sebagai makanan spare dan juga utk dijual mungkin. Masalahnya, pokok2 tersebut terutama anak2 pokok pisang kena dikepung dgn cacang2 (belahan) buluh.
Pasal pa? - sebab BABI banyak berkeliaran.
Aduhai, kesiannya nasib org2 miskin kaum penoreh di pedalaman - sudahlah harga getah sekerap jatuh merudum mencecah RM2 sekilo - nak tanam ubi kayu, pisang dll sebagai makanan spare pun, terpaksa bergelut berlawan dgn menatang BABI. Kesian nasib mereka ini.
Insyaallah, pada tarikh 3 Mei ini kami bercadang ke sana lagi. Kalau ada masa, meh la join kami.
Moga kerja buat kita ini ada manfaatnya.
Terima Kasih
moniermatdin@yahoo.com
6.4.14
http://www.moniermatdin.blogspot.com
www.facebook.com/wargakilang
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment