Bantuan banjir dibuang di tepi jalan?
bloglist-malaysia.blogspot.
wargamarhaen.blogspot
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Kalau nak bercerita tentang makanan yang tidak sampai kepada mangsa banjir, rasanya ramai mangsa yang dah bosan mendengarnya. Setiap hari pasti ada yang mengeluh di sana-sini kenapa tidak ada bekalan yang sampai kepada meteka sedangkan semua media tempatan melaporkan begitu banyak bantuan yang dihantar ke tempat kawasan banjir.
Tapi kenapa masih ramai yang tak dapat? Menarik untuk dipanjangkan, perkara yang boleh dikaitkan dengan agihan bantuan banjir ini sebenarnya lebih menjurus kepada sistem pengurusan yang ternyata tidak sistematik.
Ramai yang menyalahkan pihak pengurusan dan masalah ini kata mereka tidak akan berakhir selagi pihak pengurusan masih tidak mahu mencari jalan terbaik untuk memastikan bantuan orang ramai sampai kepada mereka yang berhak.
Sumbangan orang ramai masih terus dikutip dari semasa ke semasa hingga menjadi 'gunung' sumbangan termasuklah pakaian yang akhirnya tidak tahu hendak dicampak ke mana! Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab menerima semua bantuan ini atau akhirnya akan menjadi milik seseorang untuk diagihkan kepada saudara maranya atau orang terdekat?
Bukan untuk menuduh mana-mana pihak tetapi apa yang dilihat dan diluahkan oleh mangsa-mangsa banjir adalah sesuatu yang memang tidak patut berlaku. Kata seorang mangsa yang dikenali sebagai Usman Wahid dari Manik Urai Kelantan, masalah makan tidak sampai satu hal yang telah pun menjadi buah mulut orang ramai tetapi apa yang dikesalkan, sumbangan pakaian yang dikutip daripada orang ramai hanya dicampak di tepi jalan tanpa menyerahkannya kepada mangsa banjir.
"Mungkin sudah terlalu banyak agaknya hasil kutipan pakaian daripada orang ramai tetapi tak perlulah campak di tepi jalan supaya diambil dan dipilih sendiri oleh mangsa banjir. "Ada caranya untuk menyampaikan bantuan pakaian tersebut dengan cara yang lebih berhemah kerana kami juga ada perasaan apalagi dalam keadaan yang dihimpit kesukaran sekarang ini. "Kalau tak tahu nak hantar ke mana, tak payah buat kutipan daripada orang ramai dengan menggunakan nama mangsa banjir sebab akhirnya akan terbuang begitu sahaja,".
Jelasnya, orang yang memberi sumbangan memang tidak pernah tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi pihak yang menjalankan amanah tersebut perlulah bersikap telus dan jujur. Adalanya kata Usman, sesekali, hatinya cukup hiba apabila diperlakukan bergitu oleh mereka yang menyampaikan bantuan orang ramai. "Itu baru bab pakaian yang terlalu banyak disumbangkan. Belum lagi makanan yang diteima sehingga tak muat setor di pusat pemindan banjir.
"Ada mangsa di pusat pemindahan kata sudah muak makan mi segera sebab terlalu banyak sedangkan pada masa sama, masih ramai lagi yang menangis nak makan mi segera seminggu sekali pun cukuplah. "Sampai bila masalah ini akan berakhir? Siapa yang boleh memantau agihan ini yang akhirnya menguntungkan satu pihak dalam mencari nama dan publisiti," ujarnya.
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment