omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!!
PETALING JAYA : Wira PERKASA Malaysia yang merupakan sayap pemuda kepada PERKASA menentang keras langkah memberikan kebenaran membina kuil di Putrajaya.
Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris berkata, tindakan pihak tertentu mendirikan kuil di Presint 20 juga dianggap tidak wajar dan mahukan penjelasan berhubung cadangan tersebut.
"Kami amat dukacita dengan berita yang diterima apabila kuil yang paling unik telah dibina dan akan siap tidak lama lagi.
"Siapa yang telah memberi kelulusan bagi projek ini? Begitu mudah menyerahkan tapak untuk membina kuil di situ. Mengapa mesti di Putrajaya? Kawasan itu majoriti dihuni oleh orang Melayu," katanya dalam kenyataannya hari ini.
Tegasnya, Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) gagal dalam membuat keputusan perancangan perbandaran.
Irwan mendakwa, kebanyakan kuil yang dibina di seluruh negara kini amat mudah untuk mendapat kelulusan dan dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
"Ingat, Islam agama Persekutuan Malaysia. Jika kita buat permohonan untuk membina masjid ada sahaja alasan untuk meluluskannya. Tapi jika kuil, bina dahulu baru dapat kelulusan.
"Mana pergi integriti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan kakitangan kerajaan. Jangan kita jadi pengecut dan pak turut. Ikut sahaja apa yang diminta. Malulah kepada anak bangsa Melayu kerana kita mempunyai kuasa tapi kepimpinan yang layu dan lesu," tegasnya.
Beliau berkata, walaupun ia sekadar isu pembinaan kuil, pihaknya terhina dengan tindakan Menteri dan Presiden Ppj yang berbangsa Melayu telah meluluskan pembinaan kuil dengan mudah tanpa bertanya kepada penduduk di Putrajaya.
KUIL DI BINA DI PRESINT 20 ADALAH SEBAGAI GANTI KUIL-KUIL YANG DIROBOHKAN SEMASA PEMBINAAN PUTRAJAYA KATA KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
omakkau.blogspot.
Posted by OMAK KAU!!!!
Semalam pihak Wira PERKASA iaitu sayap kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa(PERKASA) telah mendesak pihak Menteri Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya tampil menjelaskan isu pembinaan kuil di kawasan Presint 20. Wira PERKASA telah menentang pembinaan kuil tersebut kerana beranggapan kawasan tersebut adalah majoriti didiami oleh orang melayu beragama Islam.
Untuk mengelak keadaan menjadi lebih teruk,Kementerian Wiayah Persekutuan melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah mengeluarkan satu kenyataan media untuk menjawab dan menerangkan perkara ini.
Pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berkeluasan 1833.89 meter persegi yang dicadangkan di Presint 20, sebenarnya merupakan kuil penggantian kepada 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya.
Jadi kalau diikutkan dari penjelasan Kementerian Wilayah Persekutuan cadangan pembinaan sebuah kuil Hindu di Presint 20,Putrajaya tidak wajar dijadikan isu.
Sebelum wujudnya Putrajaya kawasan tersebut sebenarnya adalah ladang yang mempunyai banyak kuil dari kuil yang bersaiz kecil hinggalah kuil yang bersaiz besar.
Antara kuil hindu yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jalan B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11.
Selain itu dakwanaan yang menyatakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) gagal membuat keputusan perancangan perbandaran dan banyak kuil dibina di seluruh negara kerana amat mudah mendapat kelulusan. Perkara ini juga adalah tidak tepat memandangkan kuil di Presint 20 tersebut sudah pun terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya tahun 1997 lagi.
Selari dengan Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan amalan beragama, maka Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan turut merizabkan lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat termasuk kuil di Presint 20 yang baru sekarang mencetuskan kontroversi.
Selain itu, pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanamkuil ini juga sama sekali tidak menggunakan peruntukan kerajaan sama ada dari Kementerian Wilayah Persekutuan mahupun Perbadanan Putrajaya.
Tidak lama dulu bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu memberitahu kuil yang hendak dibina di Presint 20 adalah yang paling unik di negara ini.
Kuil yang menelan belanja RM12 juta itu menggabungkan ciri dari utara dan selatan India serta mampu menampung sehingga 10,000 orang ketika perayaan.
Menurut Samy Vellu ia dapat memenuhi keperluan penganut Hindu di Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya yang terus meningkat.
Pendapat admin sendiri Isu ini merupakan isu sensitif yang sepatutnya tidak dibincangkan di khalyak ramai kerana pasti akan ada pihak yang tidak berpuas hati kerana perkara ini menyentuh sensetiviti agama. Hal-hal yang berkaitan dengan sensetiviti beragama sepatutnya tidak disentuh demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment