Thursday, November 1, 2012

Re: RG2011... Wargakilang News: JJMK Kelantan: Bukannya Nak Basmi Kemiskinan

Salam:
Tuan shukri saya ada terbaca kisah Puan Suhana dengan anak-anaknya tinggal bersama hampir 20 ekor ayam dalam sebuah bangsal memproses ayam yang sempit dan berbau, saya sangat bersimpati dgn beliau,kalau boleh saya ingin membantu beliau, minta tuan beri alamat,no,talipon,akaun bank puan Suhana, atau minta beliau hubungi saya HP: 013-4535568

sekian
wahab b sulaiman
Bagan Ajam
Butterworth

2012/10/30 Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>

As Salam,

Tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi utk Program JJMK Kelantan yang akan  berlansung pada tarikh 11/11/2012, 7.30a.m . Diharap pihak2 yang mampu dapat membantu kami di NGO wargakilang melaksanakan program ini dengan jayanya. InsyaAllah, mudah2an diberkati.

Shukri
NGO Wargakilang

JJMK Kelantan: Bukannya Nak Basmi Kemiskinan

Baru-baru ini Ustaz Ismail Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir Sik Kedah mai rumah saya nak bincang bab bantuan untuk Rohingya. Sembang pi sembang mai, masuk bab sedekah dan isu basmi kemiskinan.

Saya minta pandangan Ustaz tentang modus operandi kerja rakan-rakan di NGO Wargakilang yang lebih kepada menghulurkan sumbangan barangan  kepada keluarga-keluarga miskin yg kami temui, yang sudah pastinya tidak mampu membasmi masalah kemiskinan itu sendiri.

Ustaz kata: "Mana-mana kerajaan atau pun sesiapa saja yang kata dia nak basmi kemiskinan, sesungguhnya mereka itu adalah manusia yang TAKBUR – orang yang cakap itu tak faham sunnatullah. Tuhan sudah tentukan semua kejadian ini,ada bendanya yang berlawanan, ada neraka ada syurga, ada kiri ada kanan, ada lelaki ada perempuan, ada sihat ada sakit, ada tua ada muda, ada kaya dan ada MISKIN".

Ustaz kata lagi: "Orang Miskin itu sebenarnya adalah tiket untuk orang kaya masuk syurga kalau orang kaya itu rajin bersedekah kpd golongan miskin dan susah ini. Ada pun anta semua di Wargakilang ini hanyalah sebagai WASILAH atau pun sebagai Wakil Tuhan tukang bawa rezeki untuk keluarga2 yang berkenaan. Bila org2 miskin itu berdoa mengadu untung nasib mereka kepada Tuhan, Tuhan tidak turunkan terus dari langit kampit beras itu di hadapan mereka, tetapi Tuhan bawakan rezeki kepada mereka melalui Wargakilang ini. Mulia sebenarnya kerja buat anta semua ini".

Lega saya bila Ustaz cakap macam itu sebab kami di NGO Wargakilang tengah plan nak masuk kg di Negeri Kelantan. Kami duk risau nanti orang ingat kami sengaja nak memburuk-burukkan kerajaan Kelantan pula sebagaimana kami dituduh cuba memburuk-buruk kerajaan Terengganu bila kami buat program Jln-Jln Masuk Kg (JJMK) di perkampungan Nelayan di Kemaman bulan Ramadhan hari itu.

Sembang pasal nak masuk kg di Kelantan, insyaallah jika tidak ada aral melintang, kami akan ke sana pada 11 hb Nov 2012 ini. Sahabat kami anak-anak jati Kelantan di sana sudah pun mengenal pasti hampir 30 buah keluarga yang bakal menerima sumbangan kami nanti.

Antara yang akan kami kunjungi ialah keluarga Pok Soh di Bachok, Kelantan.
(7 beranak dari 4 generasi, Datuk-Anak-Cucu-Cicit tinggal dalam sebuah rumah yang sempit tanpa bilik)
Seterusnya ialah sebuah rumah usang yang sedang mereput dimakan anai-anai di Kedai Lalat, Kota Bharu.
(Rumah ini dihuni oleh dua beradik yang cacat penglihatan, Che Nab dan Che Jah – dua orang individu miskin yang layak menerima sumbangan beras FIDYAH)

Kami juga akan berkunjung ke sebuah rumah keluarga OKU di PPRT Kg Tepus.
(Pak Lah, 53 tahun OKU sejak kecil, terpaksa bertongkat untuk bergerak ke sana sini).

Telah berkahwin, tetapi isterinya juga OKU, cacat penglihatan. Ada 2 orang anak perempuan yang masih bersekolah. Selain bantuan pihak berwajib, mereka hanya mengharapkan bantuan jiran dan saudara mara untuk kelansungan hidup.

Sebenarnya, kita yang hidup senang dan agak selesa sekarang ini jangan duk ingat kita akan selesa selama-lamanya, kadang-kadang bila datang Ujian Tuhan, hidup kita boleh berubah 180 darjah. Misalnya dalam kes Puan Rahana, 44 tahun di bawah ini.

Dulunya tidaklah susah sangat, suami bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Perubahan roda hidup mentakdirkan keluarga 8 orang anak ini kehilangan punca pendapatan apabila mana ayah mereka diserang penyakit dementia (nyanyuk), dan tidak mampu bekerja lagi. Sewaktu lawatan NGO Wargakilang pada bulan Sept lalu, keluarga ini masih belum menerima bantuan dari JKM.
(Tak pasti sama ada keluarga ini pernah merasa Ayam KFC sebelum ini, namun boleh nampak anak-anak Puan Rohana macam tak sabar-sabar nak merasa ayam KFC yang dibawa oleh Team WK Kelantan)

Kami cuma berharap kemiskinan keluarga yang menghempap secara tiba-tiba ini tidak akan mengganggu prestasi pembelajaran anak-anak beliau, terutama anak sulungnya, yang beroleh keputusan cemerlang 9A dalam PMR tahun lepas. Sekarang ini kami dimaklumkan sedang belajar di SMKA di pinggir Kota Bharu - dengan berbasikal dari rumah ke sekolah beberapa kilometer saban hari.

Orang alim kata Kaya dan Miskin ini hanyalah Ujian Hidup semata. Kalau orang miskin itu sabar dan redha dengan Ujian itu, insyaallah mereka akan mendapat pahala. Kalau orang Kaya bantu orang Miskin dengan lebihan rezeki yang mereka ada, insyaallah mereka juga akan beroleh pahala. Namun begitu, kadang-kadang Ujian hidup ini begitu mencabar sekali tak mampu untuk kita menanggungnya, seperti dalam kisah Pn Suhana dari Kg Pauh Lima di bawah ini.

Setelah dicerai talak 3, beliau merempat membawa diri bersama 4 orang anak-anaknya menumpang tinggal di wakaf orang, dan kemudiannya berakhir di sebuah bangsal memproses ayam. Kisah lara hidupnya ini pernah tersiar di sebuah akhbar tempatan tak beberapa lama dulu.
(Petikan akhbar: kisah Puan Suhana dengan anak-anaknya tinggal bersama hampir 20 ekor ayam dalam sebuah bangsal memproses ayam yang sempit dan berbau)
 
(Bangsal Proses Ayam tempat tinggal Puan Suhana)

Lalu, seperti juga kisah-kisah kemiskinan lain yang sering tersiar di akhbar-akhbar arus perdana, seperti juga nasibnya kertas suratkhabar berkenaan yang akhirnya dibuat bungkus nasi lemak kemudian dicampak ke dlm tong sampah dan dilupakan orang, maka begitu juga dengan kisah Puan Suhana, menjadi celebrity hanya buat seketika.

Sewaktu mengunjungi beliau baru-baru ini selepas beberapa bulan kisah beliau tersiar di akhbar, kami dapati keadaan hidup beliau tidak jauh berbeza, cuma sudah tidak lagi tinggal di bangsal berkenaan tetapi menyewa sebuah rumah berdekatan dengan sewa RM200 sebulan.

Puan Suhana mengadu kepada kami masalahnya yang mungkin terpaksa kembali tinggal di bangsal proses ayam tersebut kerana tidak mampu untuk menanggung sewa, belanja makan minum dan sakit demam beliau anak beranak – yang hanya bergantung kepada bantuan yg tidak seberapa dari pihak berwajib dan sedikit pendapatan hasil upah menjadi pembantu di tempat proses ayam berkenaan.

Kami cuma berharap Puan Suhana akan terus tabah menghadapi ujian hidup yang sedang melanda beliau ini. Namun begitu, ujian hidup beliau ini mungkin tidak seperit dugaan hidup yang sedang melanda keluarga Abg Anuar Nawi dalam kisah terakhir ini.

Abg Anuar seorang tukang besi bekerja sendiri dengan punca pendapatan yang tidak menentu, punya 7 orang anak – semuanya masih bersekolah kecuali yang bongsu 5 tahun.Ujian hidup mentadkirkan isterinya jatuh lumpuh selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di leher.
(Abg Anuar dan salah seorang anaknya di sisi isterinya yang terlantar lumpuh)

Bekerja sendiri tanpa order yang menentu, kadang-kadang mereka sekeluarga terpaksa ber-ikat perut bila tiada tempahan baru. Jika isterinya sihat, bolehlah juga isterinya ini membantu di mana yang perlu. Walaupun begitu, antara tabah Abang Anuar tetap redha dengan takdir yang menimpa dirinya ini - perlu menjaga isterinya yang terlantar, dan dalam masa yang sama terpaksa mengambil alih tugas sebagai Ibu kepada 7 orang anak-anaknya itu. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahunya yang memikul.

Baru-baru ini sahabat kami, sdra Jaafar anak Kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur berkunjung ke rumah beliau di Kedai Lalat, Kota Bharu ini. Dalam lapurannya kepada kami, sdra Jaafar menulis:

"Anak sulung Abg Anuar belajar di sebuah kolej swasta di Nilai. Dgr khabar, pinjaman PTPTN masih tak diluluskan sebab mak/bapak dia takder slip gaji. Kalau orang keje kampung ... usahkan slip gaji... gaji pun belum tentu ada. Ayah dia ada citer... kadang2 anak dia tepon.. duit dah habis... selalu sangat menahan lapar sebab x kehabisan wang belanja."

Weekend baru ini, sdra Jaafar, berjaya menjejaki Amirul, anak sulung Abg Anuar di Nilai, N9, sedang menuntut di sebuah kolej swasta di sana dalam bidang Pengurusan Hotel Tahun 1, masih tidak menerima pinjaman PTPTN. Kerap benar menahan lapar dan dahaga kerana sering keputusan wang; pun begitu agak cemerlang dalam pelajaran, semester baru-baru dapat CGPA 3.01.
(Wajah innocent Adik Amirul - sedang mengisi borang pendapatan keluarga yg diusahakan oleh Sdra Jaafar)

Entahlah bila menatap wajah adik Amirul ini, rasa sebak pun ada. Perit sebenarnya hidup sebagai anak orang susah di rantau orang ini. Sakit demam lapar dan dahaga tiada yang peduli….

Saya pun tak tahu nak komen apa dah. Kalau ada masa, meh lah join kami Jln-Jln Masuk Kg membantu org-org miskin dan susah di Kelantan pada 11 Nov 2012 ini, tempat berkumpul di Masjid Bandar Bachok, jam 8:00-8.30 pagi. Sila bawa barang-barang sumbangan masing-masing untuk disampaikan sendiri secara peribadi.

Macam yang Ustaz Ismail kata, kami hanyalah nak pi bagi sumbangan nak pi kutip pahala - bukannya nak basmi kemiskinan, hanya mereka yang takbur sahaja yang berkata demikian.

Sekian, moga mampu menjadi tazkirah buat semua.

moniermatdin@yahoo.com
12.10.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com
 
__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (6)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RE: RG2011... Fw: 4 NEGERI PAKATAN HARAMKAN KAMERA AES

Sebenarnya saman menyaman ini adalah bertujuan mendidik masyarakat,bukan mengaut keuntungan darinya, dengan segala kekuatan yg ada selama ini pada krjn,samada melalui polis,trafik,jpj,puspakom,rela dan tah apa2 agensi nampaknya krjn gagal dengan sistem mereka,kerna jumlah kesalahan lalulintas semakin naik dari tahun ke tahun, ini mungkin ada salah pada dasar sistem yg mereka gunakan itu, sama juga dalam undang2 berkaitan akhlak,jikalau kaki zina dikena hukum 3k Cuma,rasanya sampai bila pun ia tidak akan dapat atasi masalah tersebut,suruh guna hudud pun masalah,ramai ularmak yg bantah dari sokong pulak...lebih sudu dari kuah..

Jadi setiap tahun ada saja sistem yg baru diperkenal ttp masih berlandas pada dasar yg sama,iaitu saman menyaman,dan AES yg terbaru,adakah ia dapat menurunkan jumlah kesalahan lalulintas? Saya berani gerenti,tidak, mark my word,save it,kita tengok nanti perangkaan kesalahan lalulintas th 2013 dan seterusnya.

Yg sebenarnya,sistem dan jugak pereka sistem itu (krjn) lah yg harus diubah,kerna mereka mrk gagal dulu kini dan mungkin selamanya,beri saja peluang kpd orang lain utk majukan sistem yg baru.Tak usahlah bebankan rakyat yg dah sedia terbeban.

Keadaan sedikit berbeza jika singapura dirujuk,dinegara tersebut,terbukti saman menyaman telah berjaya mendidik rakyatnya...apa sebab? I dunno...tapi yg pasti mereka tidak menggunakan orang tengah yg akan dapat RM16.00 dari setiap saman yg dikeluarkan,dan walaupun ada diantara undang2 yg kelihatan bodoh disana,cthnya larangan makan chewing gum,ttp ada juga undang2 yg membebaskan manusia supaya bertindak bijak,contohnya melanggar lampu isyarat,di spore,melanggar lampu isyarat tidak disaman selagi tidak ada eksiden,maknanya jika tiada kenderaan dilaluan bertentangan kita pun boleh jalan wpun lampu merah,buat apa nak tunggu mcm lembu nfc adanya...kalo eksiden..baru org yg langgar isyarat itu yg akan kena.

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of amri el wahab
Sent: Wednesday, October 31, 2012 3:11 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: 4 NEGERI PAKATAN HARAMKAN KAMERA AES

Menyusahkan kaki langgar undang undang jalan raya, bukan apa.

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

2012/10/31 EffDee SilRange <effdee25@gmail.com>

Haram je, menyusahkan rakyat sume ni..

2012/10/29 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>

4 NEGERI PAKATAN HARAMKAN KAMERA AES - SYABAS PAKATAN!

asalkanbukanumno.blogspot.

ABU admin

INI CONTOH KAMERA AES  YANG TERBAIK

KOMENTAR TUKAR TIUB

inilaha bukti kerajaan pakatan

kameras AES yang baik

adalah kamera AES yang  menyembah bumi

pastikan kamera ini menyembah bumi

kerana  tujuan kamera ini ialah

untuk merompak harta rakyat

 INI CONTOH BELUM BERAPA BAIK

PAKATAN MAHU TANGGUH LULUS KAMERA AES DI NEGARANYA

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kesemua empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.

AES INI TUJUAN KAYAKAN KRONI

"Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat," katanya.

Kamera AES kini dalam proses percubaan, dipasang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 14 buah kamera dipasang di jalan raya.

Lim berkata, kelulusan dari pihak kerajaan negeri diperlukan untuk projek yang melibatkan kerajaan persekutuan untuk membincangkan isu tanah.

Pihak berkuasa tempatan akan menangguhkan kelulusan untuk pemasangan kamera AES hingga mereka mendapat lebih banyak maklumat tentang penggunaan kamera tersebut,

 kata Lim.

DI SERDANG MAJLIS TEMPATAN WAJIB BUKA 

"Buat masa sekarang, kita akan tangguhkan dahulu untuk perbincangan."

Beliau berkata, kerajaan negeri mahukan pandangan dari orang ramai terhadap kamera tersebut.

"Kita bukan nak galakkan mereka sesuka hati membuat kesalahan tetapi biarlah secara betul," kata beliau lagi.

Pelaksanaan AES Di Empat Negeri PR Ditangguhkan

intanhijau2.blogspot.

(mstaronline)

Lim Guan Eng: Pelaksanaan "AE" Di Empat Negeri Di Perintah Pakatan Rakyat Akan Di Tangguhkan !

pahangdaily

KUALA LUMPUR, 29 Okt -  Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto) berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi. "Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES. Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara. Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa. "Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya. Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES. Guan Eng berkata setakat ini kerajaan negeri Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat. "Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan. "Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya. Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had laju. "Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam. Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang. "Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya.

[Kerajaan yang memikirkan kebajikan dan masalah rakyat pasti akan menangguhkan projek yang jelas bersikap "mendera" seperti AES ini. Kontrak diberikan kepada syarikat yang sudah pasti akan mencari keuntungan berdasarkan komisyen yang bakal diperolehi mereka. Apakah ini bermakna pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, lantaran itu memberi kontrak kepada dua syarikat berkenaan yang jelas sekali akan meraih keuntungan lumayan atas projek ini sebenarnya. Perlaksanaan yang dibuat secara tergesa-gesa ini sudah pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat dan ia mempercepatkan lagi kejatuhan regim UMNO Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang ini pastinya. Lakukan perubahan sekarang!].

“Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat,” katanya.
Kamera AES kini dalam proses percubaan, dipasang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 14 buah kamera dipasang di jalan raya.

--
Walk on, Walk on...
With hope in your heart..
And you"ll never walk alone..

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (8)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Fw: 4 NEGERI PAKATAN HARAMKAN KAMERA AES

AES adalah bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalanraya, ianya dilaksanakan bagi kepentingan pihak tertentu yang telah berjaya mempengaruhi kerajaan untuk diimplimentasikan. Kita juga harus ingat  bahawa melanggar peraturan jalanraya dan kejadian kemalangan banyak berlaku pada musim cuti dan musim perayaan, maka sebab demikian jawatankuasa yg dilantik bagi mengkaji masalah kemalangan telah memutuskan satu sistem keselamatan penggunaan jalanraya dilaksanakan. Hasil apa yg diputuskan tersebut  adakah ianya akan dapat membantu rakyat dalam mendisplinkan  setiap orang? Terdapat unsur-unsur positif dan negatif yang harus kita ketahui :-      1. Unsur positif : a. Rakyat akan lebih berhati- hati ketika memandu dan memastikan tiada perlanggaran  peraturan jalanraya.                              b. Kadar kemalangan boleh dikurangkan.                                          c. Sikap pemanduan akan bertambah baik.                                                            2. Unsur-unsur  negatif  :- a. Bagi pemandu yg melakukan banyak kesalahan saman yang tidak mampu membayar saman akan memandu kenderaan mereka tanpa insuran dan cukai jalan dimana ianya disekat dari diperbaharui.                                        b. Akan mengalakkan unsur rasuah kpd pihak berkuasa disebabkan Pemandu yg lakukan kesalahan akan cuba memberi rasuah kpd pihak berkuasa apabila mereka ditahan atas kesalahan memandu tanpa roadtax dan insuran.      c. Kemera-kemera yg dipasang akan dirosakkan oleh pihak yg. tidak senang hati terhadap sistem yg diwujudkan .      d. Kebanyakan rakyat akan kurang memberi sokongan kpd kerajaan dan ujudnya penentangan.                             e. Akan timbul gejala sosial dan jenayah berpunca masalah kewangan yg dihadapi ramai pihak.                         d. Tuduhan rasuah dan penyelewengan     dan tidak telus terhadap kerajaan akan terus meningkat.

Sent from my iPhone

On 31/10/2012, at 13:09, nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com> wrote:

Tak kisah la nak haramkan pun, tapi apa alternatifnya untuk kesan pesalah trafik yang langgar had laju? Takkan nak biarkan saja...sekarang pun dah makin banyak kes langgar lari.  

From: EffDee SilRange <effdee25@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, October 31, 2012 11:58 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: 4 NEGERI PAKATAN HARAMKAN KAMERA AES

Haram je, menyusahkan rakyat sume ni..

2012/10/29 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
 
4 NEGERI PAKATAN HARAMKAN KAMERA AES - SYABAS PAKATAN!

asalkanbukanumno.blogspot.
ABU admin
 
INI CONTOH KAMERA AES  YANG TERBAIK
<images1.jpg>

KOMENTAR TUKAR TIUB
inilaha bukti kerajaan pakatan

kameras AES yang baik
adalah kamera AES yang  menyembah bumi

pastikan kamera ini menyembah bumi
kerana  tujuan kamera ini ialah
untuk merompak harta rakyat

 INI CONTOH BELUM BERAPA BAIK
 <kamera>

PAKATAN MAHU TANGGUH LULUS KAMERA AES DI NEGARANYA
 
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kesemua empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.

AES INI TUJUAN KAYAKAN KRONI
 <images.jpg>
"Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat," katanya.

Kamera AES kini dalam proses percubaan, dipasang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 14 buah kamera dipasang di jalan raya.

Lim berkata, kelulusan dari pihak kerajaan negeri diperlukan untuk projek yang melibatkan kerajaan persekutuan untuk membincangkan isu tanah.

Pihak berkuasa tempatan akan menangguhkan kelulusan untuk pemasangan kamera AES hingga mereka mendapat lebih banyak maklumat tentang penggunaan kamera tersebut,
 kata Lim.

DI SERDANG MAJLIS TEMPATAN WAJIB BUKA 
<AES-Hospital-serdang.jpg>
"Buat masa sekarang, kita akan tangguhkan dahulu untuk perbincangan."

Beliau berkata, kerajaan negeri mahukan pandangan dari orang ramai terhadap kamera tersebut.

"Kita bukan nak galakkan mereka sesuka hati membuat kesalahan tetapi biarlah secara betul," kata beliau lagi.

Pelaksanaan AES Di Empat Negeri PR Ditangguhkan

intanhijau2.blogspot.
 
(mstaronline)

Lim Guan Eng: Pelaksanaan "AE" Di Empat Negeri Di Perintah Pakatan Rakyat Akan Di Tangguhkan !

pahangdaily
 
KUALA LUMPUR, 29 Okt -  Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto) berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi. "Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES. Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara. Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa. "Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya. Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES. Guan Eng berkata setakat ini kerajaan negeri Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat. "Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan. "Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya. Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had laju. "Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam. Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang. "Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya.

[Kerajaan yang memikirkan kebajikan dan masalah rakyat pasti akan menangguhkan projek yang jelas bersikap "mendera" seperti AES ini. Kontrak diberikan kepada syarikat yang sudah pasti akan mencari keuntungan berdasarkan komisyen yang bakal diperolehi mereka. Apakah ini bermakna pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, lantaran itu memberi kontrak kepada dua syarikat berkenaan yang jelas sekali akan meraih keuntungan lumayan atas projek ini sebenarnya. Perlaksanaan yang dibuat secara tergesa-gesa ini sudah pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat dan ia mempercepatkan lagi kejatuhan regim UMNO Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang ini pastinya. Lakukan perubahan sekarang!].
 
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kesemua empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.
"Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat," katanya.
Kamera AES kini dalam proses percubaan, dipasang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 14 buah kamera dipasang di jalan raya.

--
Walk on, Walk on...
With hope in your heart..
And you"ll never walk alone..

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (7)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... TAZKIRAH: PERLUNYA MENGAMAL TIGA SERANGKAI ILMU - TAUHID, FIQH DAN TASAUF SERENTAK.

Salam to all muslim bro and sis,

Sebagai Tambahan tulisan saudara kita dibawah...

Ilmu tasauf adalah Ilmu yang membicarakan tentang hati / nafs. Mula disusun dan disebarluaskan pada abad ketiga hijrah. Terbitnya Ilmu ini adalah buah dari amalan zikirullah. Mempelajarinya tidaklah membuatkan kita menjadi baik kerana nafsu tidak dapat ditundukkan hanya kerana kita tau Ilmunya. Benda benda mazmumah itu adalah 'Penyakit' bagi hati / Nafs. Ubatnya dalah zikirullah sebagaimana Sabda nabi.

Analoginya, bolehkah kita sembuh dari sakit pening kepala jika kita tau mengenai punca sakit kepala tetapi tidak pula mengambil ubatnya? Walaupun yang menyembuhkan adalah Allah swt tetapi Allah pun Maha Berhukum pula. Dan hukum Allah itu Maha Exact. Misalnya kalau rumusan H20 menjadi air maka tak boleh dikurangi salah satu sukatannya.

Nabi ada menyebut " Setiap sesuatu penyakit ada ubatnya dan ubat bagi penyakit hati adalah zikirullah"

Sementara kebanyakan kita mengertikan zikir itu sebagi ingat Allah. Bagaimana caranya mengingat sesuatu yang tak pernah kita lihat? Maka layaknya zikirullah itu adalah dengan mengamalkan zikir mengikut methodenya yang tertentu sebagaimana memakan ubat mengikut dosage dosagenya yang tertentu. Methode didalam bahasa arab disebut tharekatullah. atau Pelaksanaan Teknik bagaimana caranya mengingat Allah.

Sungguh indah jika setelah mempelajari Ilmu tasauf maka dikerjakan pula amalannya iaitu berzikirullah itu sehingga terbit rasa takarrub kepada zat Allah sehingga terlaksana seperti firmanNya " Wahuwa-makum-ainama kuntum" Aku beserta kamu dimanapun kamu berada. Jika perasaan ini sudah berujud dimana mungkin kita berani berbuat dosa. Kerana itulah bagi mukmin yang sebenarnya wajib baginya syurga.

Zikirullah itu ada yang namanya zikir hassanat dan ada ayng namanya zikir darajat. Zikir hassanat itu tidak perlu mencari Pimpinan kerana ianya umum maka siapa yang mengamalakan diberi pahala oleh Allah swt.

Zikir darajat ini pula hendaklah ditarbiyah oleh Guru yang mursyid sebagaimana disebutkan oleh hujjatul Islam Imam al Ghazali R.A. " Cari olehmu Guru yang mursyid yang sanad silsilahnya sampai kepada Rasulallah saw sebagai Imamul Mursyidin. Ertinya zikirullah itu diijazahkan oleh Ulama yang benar benar Pewaris Nabi bukan sekedar yang mewarisi cerita mengenai nabi nabi.

Ada disebutkan dalam sebuah ahdis Qudsi: " Laa-ilaha-ill-allah itu adalah kalimahKu dan ia adalah Aku jika ia datang dari sisiKu. Barang siapa menyebut / mengamalkannya maka dia masuk dalam bentengKu dan barangsiapa telah masuk dalam bentengKu maka amanlah dia dari azabKu"

Analoginya: Jika sesuatu Surat Penghormatan / Perlantikan / Bintang dll. itu baru SAH atau laku jika ianya ditanda tangani oleh YDP Agung / Wakilnya yang sah.

Apatah lagi Kalimatullah....yang "membakar dosa-dosa dan memadamkan api neraka....." Kerana itu lah Allah sendiri turun tangan menyalurkannya kedalam ruh Rasulnya sebagai Pembawa RahmatNya bagi sekelian alam.

Dimana diturunkan nabi nabi? Wali? tidakkkah didunia....Untuk kita ambil pelajaran / kalimatullah yang Haq dari mereka itu.

Mohon ampun dan maaf. Hnay sekedar sharing saja.

HBI

--- On Wed, 31/10/12, Kamal Zaman <kamalzaman@gmail.com> wrote:

From: Kamal Zaman <kamalzaman@gmail.com>
Subject: RG2011... Re: [PerisikRakyat] TAZKIRAH: PERLUNYA MENGAMAL TIGA SERANGKAI ILMU - TAUHID, FIQH DAN TASAUF SERENTAK.
To: PerisikRakyat@yahoogroups.com
Cc: "Al Falaah Group" <al-falaah@yahoogroups.com>, "Hidayah Net" <hidayahnet@yahoogroups.com>, "Ingatan Group" <ingatan@yahoogroups.com>, "PenawarKu" <Penawarku@yahoogroups.com>, "RG09 group" <respeks_group@yahoogroups.com>, "SahabatTazkirah" <SahabatTazkirah@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, 31 October, 2012, 1:13 PM

kelas ko ni kat mana...kawan nak ikut berguru...
baca tulisan hebat...
hi hi hi ok ke

2012/10/31 amri el wahab <amriwahab@yahoo.com>
 
Kita Belajar Ilmu Fiqh untuk mengesahkan amal zahir. Belajar Ilmu Tauhid (Aqidah) supaya hati (ruh) kenal Allah dan tidak sesat jalan hidup.
Kita belajar dan menghayati ilmu tasauf agar dapat mengubati penyakit mazmumah saperti ego,bongkak,takabbur atau riak.Penyakit penyakit ini adalah syirik kecil yang tersembunyi pada diri kita yang boleh membatalkan amal Fiqh dan amal Tauhid.

Ilmu tasauf mendidik hati manusia yang berakhlak "keras/kasar/biadab".Tasauf mengajar jadi "ihsan", sentiasa yakin bahawa "Allah tahu dan melihat apa yang kita buat".Buat hati jadi lembut, perangai juga lembut, tidaklah lagi melihat keburukan orang, mengata orang, memaki hamun orang,mengaibkan orang,dan suka buruk sangka terhadap orang.Tasauf mengajar kita supaya sentiasa bersedia memaafkan kesalahan orang lain.Belajar Fiqh dan Tauhid sahaja tidak cukup untuk mendidik hati.Ilmu Tasauf menjernihkan hati.

Kesimpulannya: Ilmu Aqidah adalah pokoknya, Fiqh adalah batangnya, Tasauf adalah buahnya.

Semoga posting ini ada manfaatnya.Wallahu'alam.

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)