Thursday, November 1, 2012

Re: RG2011... Wargakilang News: JJMK Kelantan: Bukannya Nak Basmi Kemiskinan

 

Salam:
Tuan shukri saya ada terbaca kisah Puan Suhana dengan anak-anaknya tinggal bersama hampir 20 ekor ayam dalam sebuah bangsal memproses ayam yang sempit dan berbau, saya sangat bersimpati dgn beliau,kalau boleh saya ingin membantu beliau, minta tuan beri alamat,no,talipon,akaun bank puan Suhana, atau minta beliau hubungi saya HP: 013-4535568

sekian
wahab b sulaiman
Bagan Ajam
Butterworth

2012/10/30 Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>

As Salam,

Tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi utk Program JJMK Kelantan yang akan  berlansung pada tarikh 11/11/2012, 7.30a.m . Diharap pihak2 yang mampu dapat membantu kami di NGO wargakilang melaksanakan program ini dengan jayanya. InsyaAllah, mudah2an diberkati.

Shukri
NGO Wargakilang







JJMK Kelantan: Bukannya Nak Basmi Kemiskinan


Baru-baru ini Ustaz Ismail Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir Sik Kedah mai rumah saya nak bincang bab bantuan untuk Rohingya. Sembang pi sembang mai, masuk bab sedekah dan isu basmi kemiskinan.

Saya minta pandangan Ustaz tentang modus operandi kerja rakan-rakan di NGO Wargakilang yang lebih kepada menghulurkan sumbangan barangan  kepada keluarga-keluarga miskin yg kami temui, yang sudah pastinya tidak mampu membasmi masalah kemiskinan itu sendiri.

Ustaz kata: "Mana-mana kerajaan atau pun sesiapa saja yang kata dia nak basmi kemiskinan, sesungguhnya mereka itu adalah manusia yang TAKBUR – orang yang cakap itu tak faham sunnatullah. Tuhan sudah tentukan semua kejadian ini,ada bendanya yang berlawanan, ada neraka ada syurga, ada kiri ada kanan, ada lelaki ada perempuan, ada sihat ada sakit, ada tua ada muda, ada kaya dan ada MISKIN".

Ustaz kata lagi: "Orang Miskin itu sebenarnya adalah tiket untuk orang kaya masuk syurga kalau orang kaya itu rajin bersedekah kpd golongan miskin dan susah ini. Ada pun anta semua di Wargakilang ini hanyalah sebagai WASILAH atau pun sebagai Wakil Tuhan tukang bawa rezeki untuk keluarga2 yang berkenaan. Bila org2 miskin itu berdoa mengadu untung nasib mereka kepada Tuhan, Tuhan tidak turunkan terus dari langit kampit beras itu di hadapan mereka, tetapi Tuhan bawakan rezeki kepada mereka melalui Wargakilang ini. Mulia sebenarnya kerja buat anta semua ini".

Lega saya bila Ustaz cakap macam itu sebab kami di NGO Wargakilang tengah plan nak masuk kg di Negeri Kelantan. Kami duk risau nanti orang ingat kami sengaja nak memburuk-burukkan kerajaan Kelantan pula sebagaimana kami dituduh cuba memburuk-buruk kerajaan Terengganu bila kami buat program Jln-Jln Masuk Kg (JJMK) di perkampungan Nelayan di Kemaman bulan Ramadhan hari itu.

Sembang pasal nak masuk kg di Kelantan, insyaallah jika tidak ada aral melintang, kami akan ke sana pada 11 hb Nov 2012 ini. Sahabat kami anak-anak jati Kelantan di sana sudah pun mengenal pasti hampir 30 buah keluarga yang bakal menerima sumbangan kami nanti.

Antara yang akan kami kunjungi ialah keluarga Pok Soh di Bachok, Kelantan.
(7 beranak dari 4 generasi, Datuk-Anak-Cucu-Cicit tinggal dalam sebuah rumah yang sempit tanpa bilik)
Seterusnya ialah sebuah rumah usang yang sedang mereput dimakan anai-anai di Kedai Lalat, Kota Bharu.
(Rumah ini dihuni oleh dua beradik yang cacat penglihatan, Che Nab dan Che Jah – dua orang individu miskin yang layak menerima sumbangan beras FIDYAH)

Kami juga akan berkunjung ke sebuah rumah keluarga OKU di PPRT Kg Tepus.
(Pak Lah, 53 tahun OKU sejak kecil, terpaksa bertongkat untuk bergerak ke sana sini).

Telah berkahwin, tetapi isterinya juga OKU, cacat penglihatan. Ada 2 orang anak perempuan yang masih bersekolah. Selain bantuan pihak berwajib, mereka hanya mengharapkan bantuan jiran dan saudara mara untuk kelansungan hidup.

Sebenarnya, kita yang hidup senang dan agak selesa sekarang ini jangan duk ingat kita akan selesa selama-lamanya, kadang-kadang bila datang Ujian Tuhan, hidup kita boleh berubah 180 darjah. Misalnya dalam kes Puan Rahana, 44 tahun di bawah ini.

Dulunya tidaklah susah sangat, suami bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Perubahan roda hidup mentakdirkan keluarga 8 orang anak ini kehilangan punca pendapatan apabila mana ayah mereka diserang penyakit dementia (nyanyuk), dan tidak mampu bekerja lagi. Sewaktu lawatan NGO Wargakilang pada bulan Sept lalu, keluarga ini masih belum menerima bantuan dari JKM.
(Tak pasti sama ada keluarga ini pernah merasa Ayam KFC sebelum ini, namun boleh nampak anak-anak Puan Rohana macam tak sabar-sabar nak merasa ayam KFC yang dibawa oleh Team WK Kelantan)

Kami cuma berharap kemiskinan keluarga yang menghempap secara tiba-tiba ini tidak akan mengganggu prestasi pembelajaran anak-anak beliau, terutama anak sulungnya, yang beroleh keputusan cemerlang 9A dalam PMR tahun lepas. Sekarang ini kami dimaklumkan sedang belajar di SMKA di pinggir Kota Bharu - dengan berbasikal dari rumah ke sekolah beberapa kilometer saban hari.

Orang alim kata Kaya dan Miskin ini hanyalah Ujian Hidup semata. Kalau orang miskin itu sabar dan redha dengan Ujian itu, insyaallah mereka akan mendapat pahala. Kalau orang Kaya bantu orang Miskin dengan lebihan rezeki yang mereka ada, insyaallah mereka juga akan beroleh pahala. Namun begitu, kadang-kadang Ujian hidup ini begitu mencabar sekali tak mampu untuk kita menanggungnya, seperti dalam kisah Pn Suhana dari Kg Pauh Lima di bawah ini.

Setelah dicerai talak 3, beliau merempat membawa diri bersama 4 orang anak-anaknya menumpang tinggal di wakaf orang, dan kemudiannya berakhir di sebuah bangsal memproses ayam. Kisah lara hidupnya ini pernah tersiar di sebuah akhbar tempatan tak beberapa lama dulu.
(Petikan akhbar: kisah Puan Suhana dengan anak-anaknya tinggal bersama hampir 20 ekor ayam dalam sebuah bangsal memproses ayam yang sempit dan berbau)
 
(Bangsal Proses Ayam tempat tinggal Puan Suhana)

Lalu, seperti juga kisah-kisah kemiskinan lain yang sering tersiar di akhbar-akhbar arus perdana, seperti juga nasibnya kertas suratkhabar berkenaan yang akhirnya dibuat bungkus nasi lemak kemudian dicampak ke dlm tong sampah dan dilupakan orang, maka begitu juga dengan kisah Puan Suhana, menjadi celebrity hanya buat seketika.

Sewaktu mengunjungi beliau baru-baru ini selepas beberapa bulan kisah beliau tersiar di akhbar, kami dapati keadaan hidup beliau tidak jauh berbeza, cuma sudah tidak lagi tinggal di bangsal berkenaan tetapi menyewa sebuah rumah berdekatan dengan sewa RM200 sebulan.

Puan Suhana mengadu kepada kami masalahnya yang mungkin terpaksa kembali tinggal di bangsal proses ayam tersebut kerana tidak mampu untuk menanggung sewa, belanja makan minum dan sakit demam beliau anak beranak – yang hanya bergantung kepada bantuan yg tidak seberapa dari pihak berwajib dan sedikit pendapatan hasil upah menjadi pembantu di tempat proses ayam berkenaan.

Kami cuma berharap Puan Suhana akan terus tabah menghadapi ujian hidup yang sedang melanda beliau ini. Namun begitu, ujian hidup beliau ini mungkin tidak seperit dugaan hidup yang sedang melanda keluarga Abg Anuar Nawi dalam kisah terakhir ini.

Abg Anuar seorang tukang besi bekerja sendiri dengan punca pendapatan yang tidak menentu, punya 7 orang anak – semuanya masih bersekolah kecuali yang bongsu 5 tahun.Ujian hidup mentadkirkan isterinya jatuh lumpuh selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di leher.
(Abg Anuar dan salah seorang anaknya di sisi isterinya yang terlantar lumpuh)

Bekerja sendiri tanpa order yang menentu, kadang-kadang mereka sekeluarga terpaksa ber-ikat perut bila tiada tempahan baru. Jika isterinya sihat, bolehlah juga isterinya ini membantu di mana yang perlu. Walaupun begitu, antara tabah Abang Anuar tetap redha dengan takdir yang menimpa dirinya ini - perlu menjaga isterinya yang terlantar, dan dalam masa yang sama terpaksa mengambil alih tugas sebagai Ibu kepada 7 orang anak-anaknya itu. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahunya yang memikul.

Baru-baru ini sahabat kami, sdra Jaafar anak Kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur berkunjung ke rumah beliau di Kedai Lalat, Kota Bharu ini. Dalam lapurannya kepada kami, sdra Jaafar menulis:

"Anak sulung Abg Anuar belajar di sebuah kolej swasta di Nilai. Dgr khabar, pinjaman PTPTN masih tak diluluskan sebab mak/bapak dia takder slip gaji. Kalau orang keje kampung ... usahkan slip gaji... gaji pun belum tentu ada. Ayah dia ada citer... kadang2 anak dia tepon.. duit dah habis... selalu sangat menahan lapar sebab x kehabisan wang belanja."

Weekend baru ini, sdra Jaafar, berjaya menjejaki Amirul, anak sulung Abg Anuar di Nilai, N9, sedang menuntut di sebuah kolej swasta di sana dalam bidang Pengurusan Hotel Tahun 1, masih tidak menerima pinjaman PTPTN. Kerap benar menahan lapar dan dahaga kerana sering keputusan wang; pun begitu agak cemerlang dalam pelajaran, semester baru-baru dapat CGPA 3.01.
(Wajah innocent Adik Amirul - sedang mengisi borang pendapatan keluarga yg diusahakan oleh Sdra Jaafar)

Entahlah bila menatap wajah adik Amirul ini, rasa sebak pun ada. Perit sebenarnya hidup sebagai anak orang susah di rantau orang ini. Sakit demam lapar dan dahaga tiada yang peduli….

Saya pun tak tahu nak komen apa dah. Kalau ada masa, meh lah join kami Jln-Jln Masuk Kg membantu org-org miskin dan susah di Kelantan pada 11 Nov 2012 ini, tempat berkumpul di Masjid Bandar Bachok, jam 8:00-8.30 pagi. Sila bawa barang-barang sumbangan masing-masing untuk disampaikan sendiri secara peribadi.

Macam yang Ustaz Ismail kata, kami hanyalah nak pi bagi sumbangan nak pi kutip pahala - bukannya nak basmi kemiskinan, hanya mereka yang takbur sahaja yang berkata demikian.

Sekian, moga mampu menjadi tazkirah buat semua.

moniermatdin@yahoo.com
12.10.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com
 







__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (6)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment