Salam to all muslim bro and sis, Sebagai Tambahan tulisan saudara kita dibawah... Ilmu tasauf adalah Ilmu yang membicarakan tentang hati / nafs. Mula disusun dan disebarluaskan pada abad ketiga hijrah. Terbitnya Ilmu ini adalah buah dari amalan zikirullah. Mempelajarinya tidaklah membuatkan kita menjadi baik kerana nafsu tidak dapat ditundukkan hanya kerana kita tau Ilmunya. Benda benda mazmumah itu adalah 'Penyakit' bagi hati / Nafs. Ubatnya dalah zikirullah sebagaimana Sabda nabi. Analoginya, bolehkah kita sembuh dari sakit pening kepala jika kita tau mengenai punca sakit kepala tetapi tidak pula mengambil ubatnya? Walaupun yang menyembuhkan adalah Allah swt tetapi Allah pun Maha Berhukum pula. Dan hukum Allah itu Maha Exact. Misalnya kalau rumusan H20 menjadi air maka tak boleh dikurangi salah satu sukatannya. Nabi ada menyebut " Setiap sesuatu penyakit ada ubatnya dan ubat bagi penyakit hati adalah zikirullah" Sementara kebanyakan kita mengertikan zikir itu sebagi ingat Allah. Bagaimana caranya mengingat sesuatu yang tak pernah kita lihat? Maka layaknya zikirullah itu adalah dengan mengamalkan zikir mengikut methodenya yang tertentu sebagaimana memakan ubat mengikut dosage dosagenya yang tertentu. Methode didalam bahasa arab disebut tharekatullah. atau Pelaksanaan Teknik bagaimana caranya mengingat Allah. Sungguh indah jika setelah mempelajari Ilmu tasauf maka dikerjakan pula amalannya iaitu berzikirullah itu sehingga terbit rasa takarrub kepada zat Allah sehingga terlaksana seperti firmanNya " Wahuwa-makum-ainama kuntum" Aku beserta kamu dimanapun kamu berada. Jika perasaan ini sudah berujud dimana mungkin kita berani berbuat dosa. Kerana itulah bagi mukmin yang sebenarnya wajib baginya syurga. Zikirullah itu ada yang namanya zikir hassanat dan ada ayng namanya zikir darajat. Zikir hassanat itu tidak perlu mencari Pimpinan kerana ianya umum maka siapa yang mengamalakan diberi pahala oleh Allah swt. Zikir darajat ini pula hendaklah ditarbiyah oleh Guru yang mursyid sebagaimana disebutkan oleh hujjatul Islam Imam al Ghazali R.A. " Cari olehmu Guru yang mursyid yang sanad silsilahnya sampai kepada Rasulallah saw sebagai Imamul Mursyidin. Ertinya zikirullah itu diijazahkan oleh Ulama yang benar benar Pewaris Nabi bukan sekedar yang mewarisi cerita mengenai nabi nabi. Ada disebutkan dalam sebuah ahdis Qudsi: " Laa-ilaha-ill-allah itu adalah kalimahKu dan ia adalah Aku jika ia datang dari sisiKu. Barang siapa menyebut / mengamalkannya maka dia masuk dalam bentengKu dan barangsiapa telah masuk dalam bentengKu maka amanlah dia dari azabKu" Analoginya: Jika sesuatu Surat Penghormatan / Perlantikan / Bintang dll. itu baru SAH atau laku jika ianya ditanda tangani oleh YDP Agung / Wakilnya yang sah. Apatah lagi Kalimatullah....yang "membakar dosa-dosa dan memadamkan api neraka....." Kerana itu lah Allah sendiri turun tangan menyalurkannya kedalam ruh Rasulnya sebagai Pembawa RahmatNya bagi sekelian alam. Dimana diturunkan nabi nabi? Wali? tidakkkah didunia....Untuk kita ambil pelajaran / kalimatullah yang Haq dari mereka itu. Mohon ampun dan maaf. Hnay sekedar sharing saja. HBI --- On Wed, 31/10/12, Kamal Zaman <kamalzaman@gmail.com> wrote:
|
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment