Tuesday, April 8, 2014

RG2011... Bilangan muflis meningkat, undang-undang akan dipinda

 

Bilangan muflis meningkat, undang-undang akan dipinda, kata menteri

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
April 09, 2014

Bilangan rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis terus meningkat setiap tahun dan sehingga Disember 2013, lebih 250,000 orang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, kata Nancy Shukri (gambar).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata mereka yang diisytiharkan muflis tidak seharusnya menganggap ia sebagai pengakhiran hidup sebaiknya sebagai permulaan dengan merujuk kepada agensi kerajaan.

“Jika kita lihat daripada kategori muflis, 26.54% terdiri daripada masalah sewa beli kenderaan melibatkan sejumlah 33,570 orang daripada 2007 hingga awal tahun ini.“Pinjaman perumahan pula merupakan faktor kedua. Saya berasakan ini bukan masalah ekonomi tetapi keperluan peribadi,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul di Parlimen hari ini.

Nancy berkata kerajaan sekarang dalam proses meminda undang-undang berkaitan muflis agar lebih memberi peluang kepada generasi muda dengan melihat model negara lain. – 9 April, 2014.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment