Kapal Australia kesan dua isyarat, yakin temui serpihan MH370 sehari dua ini, lapor media
April 09, 2014
Kapal respons kecemasan daripada kapal pertahanan Australia Ocean Shield dalam pencarian serpihan di Lautan Hindi untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 semalam. Dua lagi isyarat dikesan kapal pencari Australia hari ini. – Gambar Reuters, 9 April, 2014.
Kapal pencari Australia menerima dua lagi isyarat dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang dan pihak pencari yakin boleh menemui serpihan kapal ini dalam sehari dua ini, lapor AFP hari ini.
Koordinator pencarian ini, Ketua Marshal Udara (B) Angus Houston mengumumkan penemuan maklumat baru ini.CNN pula melaporkan, kapal Ocean Shield mengesan isyarat itu yang sejajar dengan penentuan tempat pesawat itu - kedua-duanya pada Selasa, kata Houston.
Sehingga kini kapal itu telah mengesan empat isyarat dari kawasan yang luas itu: dua Sabtu lepas dan dua lagi pada Selasa.
"Saya yakin kita mencari di kawasan yang betul tetapi kita perlu mengenalpasti gambar serpihan sebelum kita boleh sahkan dengan yakin ini adalah tempat terakhir MH370," kata Houston seperti yang dilaporkan oleh CNN.
Bagaimanapun, kata Houston: "Saya tidak akan sahkan apa-apa sehingga sesaorang melihat sendiri serpihan."
Hari ini adalah hari ke 33 pencarian pesawat MH370 itu yang hilang dari radar pada 8 Mac dengan membawa 239 di atasnya.
"Kita perlu kekalkan keyakinan dan bertanggungjawab," kata Kaptan Mark M. Matthews dari Navy Amerika Syarikat, memberitahu CNN. "Kerana kita tidak mahu memberikan harapan palsu."
Mereka berjuang mengejar masa kerana bateri perakam pesawat hanya disahkan untuk 30 hari sahaja.
Kotak yang disimpan di ekor pesawat, ia direka bentuk untuk menyampaikan isyarat, signal yang kuat sebaik sahaja menyentuh air.– 9 April, 2014.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment