Thursday, April 17, 2014

RG2011... Fw: AIRASIA BERPINDAH KE KLIA2 PADA 9 MEI 2014

 



AIRASIA BERPINDAH KE KLIA2 PADA 9 MEI 2014

bloglist-malaysia.blogspot.
utusankini.com
 
PEMBUKAAN KLIA2 PADA 2 MEI 2014

AirAsia akhirnya setuju memindahkan operasinya ke KLIA2 selepas Putrajaya membuat keputusan mendapatkan kepakaran Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa (ICAO) bagi menilai dan menentukan keselamatan jangka panjang lapangan terbang itu.
"Keputusan ini mencerminkan keutamaan pihak kerajaan dalam isu keselamatan, dan memastikan bahawa KLIA2 adalah selamat untuk kegunaan orang ramai.

"Kami amat berterima kasih atas keutamaan yang telah diletakkan oleh pihak kerajaan dalam isu ini," menurut kenyataan bersama Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz (kiri) dan Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun.

Pada 1 April lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) di Sepang akan ditutup pada 9 Mei.

Mengulas pengumuman itu pada hari yang sama, AirAsia berkata semua operasi penerbangannya akan terus berpusat di LCCT, malah selepas 9 Mei.

Perdana menteri turut mengarahkan AirAsia berpindah mengikut jadual, walaupun kerajaan, menerusi Malaysia Airports Holdings Bhd, bersedia berbincang jika ada sebarang masalah berhubung pemindahan.

Rafidah dan Kamarudin dalam kenyataan hari ini menyebut, Kumpulan AirAsia telah membuat persediaan sejajar dengan spesifikasi Kesediaan Operasi dan Pemindahan (ORAT) dan akan berpindah ke KLIA2 pada bulan depan.

"Walaupun masih terdapat beberapa isu-isu komersial yang tertangguh, perkara ini tidak akan membatas operasi kami di KLIA2 seperti yang dirancang.

"Oleh itu, Kumpulan AirAsia akan berpindah ke KLIA2 pada 9 Mei 2014," kata mereka.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment