IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.
Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.
Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.
"Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.
Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.
Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.
"Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah," katanya.
"Saya dengar orang jerit minta tolong, kuat sangat," kata Nur Azlina Ahmad, penumpang lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, awal pagi tadi.
Nur Azlina, 23, berkata, ketika kejadian, lori dipandu suaminya, Abu Mansor Mohd, 45, berada di laluan kiri dan dipandu perlahan.
Bagaimanapun menurutnya, secara tiba-tiba, kenderaan mereka dirempuh kuat dari arah belakang.
"Serentak itu saya dengar suara lelaki menjerit, ada juga yang minta tolong," katanya.
Nur Azlina bersama suami dan anak perempuan mereka, Nurieman Diana Qhaleesha dalam perjalanan menghantar barang simen, besi dan mozek ke Bukit Mertajam.
Ketiga-tiga mereka selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Takziah untuk keluarga Karpal Singh...
Karpal Singh meninggal dalam kemalangan + Laporan Polis & Gambar
1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt:
960/14
2. Tkh: 17/04/2014
3. Masa: 0110hrs
4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara)
5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987
6. Kend Terlibat:
K1: M/Mpv No.KS 9898
(Toyota Alphard)
K2: M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi Canter - 5 tan)
7. Mangsa:
M1: Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut)
Kpt: 400628-07-5079
Umur:74thn
Alamat: No.144 A, Jalan Utama
10450, Georgetown,
Pulau Pinang
M2: Nama: dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut)
M3: Nama: (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Kpt: belum diperolehi
Umur: -
Alamat:-
M4: Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera)
Kpt: 760409-07-5211
Umur: 38thn
Alamat: 14-1-4 City Gardens Persiaran Raja
Chulan, 50200, W. P.
M5: Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera)
Kpt: Warganegara India
Umur: 27thn
Alamat: -
M6: Nama: Abu Mansor bin Mohd (pemandu M/Lori/cedera)
Kpt: 690830-05-5 053
Umur: 45thn
Alamat: No 528 Blok B,
Flat Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya,Selangor
M7: Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera)
Kpt: 910829-08-6356
Umur: 23thn
Alamat: No 17-12 Blok C
PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810
Petaling Jaya,Selangor
M8: Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti
Abdullah
(penumpang M/Lori/tidak
cedera)
Kpt: 101230-10-2508
Umur: 4thn
Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor
8. Ringkasan/Siasatan Awal:
Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.
Siasatan:
1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)
Peg Penyiasat:
ASP Abd Aziz Abd Rahman
KBKA/KTD
IPD Kampar
Pemandu lori positif dadah
Kampar: Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon, mengesahkan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), membabitkan kematian bekas Pengerusi DAP Karpal Singh dan pembantunya, awal pagi tadi, positif dadah jenis ganja.
Menurutnya, saringan awal ujian air kencing positif dadah jenis ganja dan pemandu lori terbabit ditahan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.
"Ujian makmal akan dilakukan bagi mendapatkan keputusan lebih tepat,"katanya. HM
Karpal: Ujian awal air kencing pemandu lori mengandungi kesan ganja - Polis
Astro Awani | Kemas kini: April 17, 2014
KUALA LUMPUR: Ujian air kencing terhadap pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan pemimpin veteran dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dipercayai mempunyai pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata siasatan awal polis menerusi saringan ujian air kencing kepada pemandu lori tersebut mendapati terdapat kesan-kesan dadah jenis ganja.
"Terdapat adanya kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut namun begitu kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut," katanya kepada Astro AWANI.
Lori yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan besi.
Dalam kejadian, pada jam 1.10 pagi itu, lori berkenaan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang dinaiki Karpal.
Akibatnya kenderaan mereka melanggar bahagian belakang bucu lori tersebut.
Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian.
KM 301.6 di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara sering menjadi lokasi kemalangan. - astroawani
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment