Tuesday, April 15, 2014

RG2011... Fw: Graduan Baru Hidup Merempat Petanda Malaysia Sdg Hancur

 



Graduan Baru Hidup Merempat Petanda Malaysia Sdg Hancur

telokbakong.blogspot
malaysiawaves.net

NOTA EDITOR: Syarikat2 tidak perlu bayar gaji tinggi kepada graduan2 baru sbb bilangan mereka yang terlampau banyak. Juga, jumlah pekerjaan juga semakin kurang.

Juga, hasil dari petroleum juga sudah semakin menurun.

Apabila habis duit minyak nanti Ketuanan Melayu akan hilang dan orang Melayu akan hidup merempat di tepi jalan

TULANG BESI
 
Protes anti-GST yang berlaku tahun lepas juga menampakkan kemarahan rakyat Malaysia tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam negara. – Gambar The Malaysian Insider, 14 April, 2014. 
Majoriti graduan baru yang berpendapatan purata gaji RM2,500 sebulan sedang bergelut untuk hidup, dedah tinjauan syarikat pencari pekerjaan atas talian, Jobstreet.

Tinjauan yang dijalankan bulan lepas itu melihat 2,062 graduan baru daripada pelbagai industri yang disoal tentang pendapatan dan perbelanjaan mereka.

Jobstreet melaporkan bahawa 77% responden berkata pendapatan mereka tidak memberi ruang untuk simpanan selepas berbelanja untuk kepentingan asas, dengan 63% responden mengatakan kepentingan tersebut termasuklah kereta dan pinjaman pendidikan, yang menjadi komitmen utama mereka.

Disebabkan kenaikan harga minyak, ramai responden mengatakan kos pengangkutan juga termasuk dalam perbelanjaan utama mereka.

Jobstreet melaporkan 63% responden membelanjakan purata RM1,500 gaji mereka untuk kepentingan ini.

Untuk menjimatkan kos, hampir separuh graduan baru yang ditinjau berkata mereka tinggal di rumah ibu-bapa mereka, 30% menyewa dengan rakan manakala 20% lagi tinggal bersendirian, lapor Jobstreet.

"87% responden mengaku mereka tiada pendapatan lain selain gaji bulanan mereka.

"Ini sebabnya graduan baru meminta gaji lebih daripada purata dalam temuramah pekerjaan."

Tinjauan tersebut juga mendedahkan 60% responden berkata mereka menjangkakan gaji RM3,500 untuk pekerjaan pertama mereka manakala 30% menjangkakan sebanyak RM6,500 untuk gaji permulaan mereka.

Bagaimanapun, 66% majikan memaklumkan Jobstreet mereka hanya bersedia untuk menawarkan graduan baru gaji permulaan antara RM2,500 dan RM2,800, bergantung kepada kelayakan mereka.

Oleh itu, Jobstreet mengatakan ia tidak hairan graduan baru sentiasa mencari pekerjaan baru dengan gaji yang lebih tinggi.

"Ini mewujudkan 'turnover' yang tinggi dalam syarikat berpengalaman yang mengambil graduan baru berkerja, kerana mereka sedang cuba menampung kos sara hidup yang semakin meningkat," kata Jobstreet.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas, Putrajaya mengumumkan beberapa langkah, sebahagian daripada tujuan rasionalisasi subsidi.

Pertamanya harga minyak meningkat, menyebabkan kos barang dan perkhidmatan meningkat.

Kemudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Putrajaya akan berhenti memberi subsidi gula, yang meningkatkan lagi harga barang.

Tarif elektrik juga meningkat dan rakyat semakin marah apabila Putrajaya mencadangkan peningkatkan kadar tol.

Pada malam tahun baru, beribu rakyat Malaysia yang marah berkumpul di Kuala Lumpur dan berjalan ke arah Dataran Merdeka.

Mereka menyuarakan kemarahan mereka dengan kos sara hidup yang meningkat semasa Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai pembaziran dan kebocoran dalam sektor awam.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment