Tuesday, April 15, 2014

RG2011... Fw: Ke mana pergi dana R&D RM1.152b Mosti?

 



Ke mana pergi dana R&D RM1.152b Mosti?

kedahlanie.info
 
  
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli akan mendedahkan dakwaan "penyelewengan" sebahagian dari RM1.152 bilion geran Kajian dan Penyelidikan (R&D) yang diperuntukkan kerajaan kepada kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti)

Menurut beliau, pengakuan menterinya Datuk Dr Ewon Ebin bahawa hanya 20 hasil kajian R&D itu dikomersialkan setiap tahun menunjukkan ia terlalu rendah berbanding perbelanjaan kerajaan.

"Ia menimbulkan persoalan. Ke manakah sebenarnya dana ini digunakan?

"Dalam dua minggu ini saya akan mendedahkan beberapa penyalahgunaan dana R&D Mosti yang menunjukkan bagaimana dana awam digunakan bagi tujuan selain R&D," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Menurut Rafizi, laporan tahunan Mosti menunjukkan antara 2009-2013 sejumlah RM 1.152 bilion dibelanjakan sebagai geran R&D.

Ia melibatkan RM900 juta kepada tabung Science Fund, Technofund, Innofund (STI) dan Human Capital Development Fund RM 246 juta kepada Tabung pengkormersilan R&D (CRDF) dan RM 6 juta kepada Tabung Pengambilalihan Teknologi – semuanya bawah Mosti.

Turut hadir dalam sidang media itu Naib Presiden PKR Lembah Pantai Nurul Izzah dan Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution.

Indeks Kemiskinan Multidimensi

Dalam sidang media yang sama, Nurul Izzah menggesa kerajaan menggunapakai Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI) bagi mengenalpasti kadar kemiskinan sebenar negara.

Izzah berkata kadar kemiskinan negara ini bertambah meruncing apabila kadar hutang isirumah kini mencecah 140 peratus dan sebahagian besarnya menanggung hutang perumahan dan kereta yang begitu tinggi serta membebankan semua golongan, terutamanya golongan muda.

Beliau berkata isu pemotongan subsidi bahan api secara berperingkat seperti yang dibangkitkan Professor Fatimah Kari dari Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan, menyebabkan isi rumah Melayu dan Bumiputera yang miskin adalah golongan yang paling terkesan.

Malah, katanya, kadar kemiskinan ini dijangkakan akan kembali seperti pada 1970 dalam tempoh terdekat atau sederhana sekiranya isu jurang pendapatan tidak dikawal menerusi polisi-polisi kerajaan.

"Sebenarnya, perancangan masa depan rakyat di bawah BN amat menakutkan. Pertama, peratus gaji pekerja yang dibawa pulang daripada KDNK bakal jatuh daripada 28 peratus seperti yang disebut, hingga sekadar 21 peratus menjelang 2020!

"Perangkaan inilah yang disasar PEMANDU dalam Program Transformasi Ekonomi mereka, sedangkan di Korea Selatan pekerja membawa pulang gaji sebanyak 45.8 peratus; walhal Singapura sebanyak 42 peratus," kata Izzah.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment