Sunday, April 13, 2014

RG2011... Fw: IBU SEDIH BAYI MENDERITA

 



 

IBU SEDIH BAYI MENDERITA

telokbakong.blogspot.
syed-othman.blogspot
 



PASIR GUDANG – Seorang ibu meluahkan rasa tidak puas hati dan mahu penjelasan teliti daripada pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) berhubung penyakit kulit yang dihidapi bayinya yang didakwa bertambah teruk selepas menerima rawatan di hospital berkenaan.

Naziah Mat Nasir, 26, berkata, bayinya, Muhammad Adam Aryan Muhammad Danial, 14 bulan, merupakan anak yang aktif, meskipun menghidap penyakit kulit kering menggelupas (eczema) pada badannya sejak berusia setahun.

Bagaimanapun menurutnya, keadaan kulit bayinya mula menampakkan bintik-bintik merah, seterusnya menjadi kering, merekah dan pecah-pecah darah selepas dimasukkan darah serta protein di HSI pada 25 Mac lalu.

"Pada hari pertama dimasukkan darah ketika ditahan di wad HSI, saya agak terkejut kerana kulit anak saya bertukar kemerah-merahan dan kaki kanannya kehitaman, namun doktor yang merawat memberi jaminan tak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

"Bagaimanapun selepas tiga beg darah dimasukkan selama tiga hari dirawat di hospital itu, saya menjadi panik kerana kulit anak saya mula menjadi kering, merekah dan pecah-pecah darah sehingga tidak henti-henti menangis," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Naziah berkata, selepas 12 hari dirawat di HSI, bayinya dibenarkan pulang Isnin lalu tanpa sebarang penjelasan teliti berhubung penyakit bayinya, walaupun keadaan bayi masih belum pulih seperti sediakala.

Menurutnya, berat badan bayinya juga semakin susut kerana hilang selera makan dan hanya bergantung kepada susu serta memerlukan penjagaan rapi kerana tidak berhenti menangis sekiranya cuaca terlalu panas.

"Saya bukan nak tuding jari mencari kesalahan hospital, tetapi saya mahukan penjelasan teliti mengenai keadaan anak saya dan kaedah yang terbaik untuk pulihkan kembali dia seperti sediakala.

"Saya dah tak sanggup tengok anak menderita, siang dan malam menangis, sedangkan sebelum ini dia anak yang tak banyak ragam," katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Alam, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya mahukan penjelasan secara telus daripada HSI dalam masa terdekat untuk memulihkan kembali bayi ini.

"Kita hormati institusi kesihatan di negara ini, cuma kita mahukan penjelasan yang boleh membantu keluarga ini.

"Sekiranya penjelasan yang dibuat tidak boleh diterima keluarga ini, kita bersedia untuk sediakan guaman," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah HSI, Dr Arbain Lani ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya akan membuat semakan dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

"Kita akan jalankan siasatan segera dan menghubungi keluarga itu semula," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment