Sunday, April 13, 2014

RG2011... Fw: perlu transplan hati segera, ayuh kita bantu w.pun seposen

 



Mohd Habib perlu transplan hati segera, ayuh kita bantu w.pun seposen

kedahlanie.info
 
KULIM - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya! Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak kecil menanggung kesakitan.

Namun mata sayu melihat tubuh si kecil, Mohd Habib Rayyan yang semakin kurus manakala bahagian perutnya semakin membesar.

Bapanya, Rosli Md Noh, 37, berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu dikesan mengalami sejenis penyakit hati selepas dibawa ibunya, Azlina Ahmad, 32, ke Hospital Kulim dan mendapat rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Pihak hospital meminta kami menyediakan kos rawatan sekitar RM200,000 untuk merawat penyakit anak saya," katanya yang bekerja sendiri.

Bagaimanapun, kekangan kewangan keluarga itu menyebabkan Adun Bandar Baharu, Norsabrina Mohd Noor tampil meringankan beban keluarga itu.

"Saya amat bersyukur apabila wakil rakyat kawasan prihatin dengan masalah kami, dan bersetuju memberi bantuan kerana saya dan isteri tidak mampu menanggung kos rawatan yang tinggi," katanya.

Menurutnya, anaknya yang berusia dua tahun itu disahkan menghidap penyakit hati kronik dan perlu mendapatkan rawatan susulan di Singapura.

Sementara Norsabrina yang juga Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi berkata, perbelanjaan dan kos rawatan akan ditanggung sepenuhnya beliau dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

"Kita akan uruskan semua perbelanjaan keluarga adik Mohd Habib Rayyan sepanjang berada di Singapura. Berhubung bayaran perubatan kanak-kanak itu di sana, saya akan bincang dengan Abdul Aziz," katanya.

Azlina ketika dihubungi, berkata, doktor di Singapura telah mengesahkan anaknya itu perlu menjalani transplan hati dengan segera.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Azlina di talian, 0174230358 atau salurkan sumbangan kepada Tabung Adik Mohd Habib yang dilancarkan beberapa hari lalu, akaun Maybank, 558211512260 (Azlina Ahmad).

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment