Friday, April 11, 2014

RG2011... Fw: mat bangla saman kerajaan RM3 juta!

 



Apabila mat bangla saman kerajaan RM3 juta!

"Hakim pun turut terkejut apabila mengetahui bahawa anak guam saya sudah menjalani hukuman penjara dan disebat.

"Ini adalah kes yang mana sistem kehakiman dilakukan secara tergesa-gesa, adakah perlaksanaan hukuman yang terburu-buru itu sebabnya diketahui oleh pihak polis, imigresen? Adakah penyelewengan berlaku?," kata Raveentharan dalam satu sidang media hari ini.

SEORANG pekerja Bangladesh memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia, Jabatan Imigresen untuk RM3 juta kerana didakwa disebat ketika di dalam penjara sementara menunggu rayuan sabitan kesnya.

Pekerja itu, Alamin Sheikh Badsha Sheikh, 28 tahun, seorang pekerja binaan sebelum itu dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan tiga sebatan pada Julai tahun lalu selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan gagal menunjukkan dokumen perjalanan dan permit yang sah.

Menurut laporan The Malaysian Insider (TMI), dia ditahan pada bulan Jun tahun lalu dan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bulan berikutnya di mana Alamin mengaku bersalah tanpa diwakili peguam.

Selepas dia dijatuhkan hukuman, barulah majikannya tampil dengan dokumen sah untuk membuktikan sebaliknya.

Ketika menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, dia telah disebat di Penjara Pokok Sena.

Peguam Alamin kini, S Raveentharan berkata anak guamnya disebat tiga kali dengan rotan pada 9 Oktober tahun lepas hanya kira-kira 16 hari sebelum rayuan kesnya didengar di Mahkamah Tinggi.
 
Pada prosiding rayuan itu, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim mengenepikan sabitan bersalah ke atasnya yang dibuat di bawah Akta Imigresen.

"Hakim pun turut terkejut apabila mengetahui bahawa anak guam saya sudah menjalani hukuman penjara dan disebat.

"Ini adalah kes yang mana sistem kehakiman dilakukan secara tergesa-gesa, adakah perlaksanaan hukuman yang terburu-buru itu sebabnya diketahui oleh pihak polis, imigresen? Adakah penyelewengan berlaku?," kata Raveentharan dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata, Alamin yang tidak diwakili peguam ketika didakwa, mengaku bersalah tanpa memahami tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Laporan TMI menyebut Alamin tidak hadir pada sidang media berkenaan kerana sedang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Langkap, Perak sementara menunggu proses penghantaran pulang.

Menurut Raveentharan, anak guamnya akan menyaman kerajaan Malaysia atas penderitaan, turut menamakan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Pegawai Penyiasat Jabatan Imigresen, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Pulau Pinang dan Pegawai Penyiasat Polis sebagai defendan.

"Pihak kami memohon saman sebanyak RM1 juta bagi setiap sebatan," katanya.

Dalam kenyataan tuntutan saman itu yang difailkan hari ini di Mahkamah Tinggi, Alamin juga menuntut ganti rugi umum dan ganti rugi khas untuk kesakitan, penderitaan dan juga masalah psikologi yag dialaminya.

Raveentharan berkata Alamin juga akan menjalani pemeriksaan perubatan untuk melihat kecederaan kekal yang dialami selepas disebat di penjara.

"Hukuman sebat itu mencetuskan kebimbangan dia tidak akan boleh mendapatkan zuriat pada masa akan datang," katanya.

Selain itu, Alamin turut menuntut ganti rugi kehilangan pendapatan sebanyak RM1,300 sebulan sepanjang dipenjarakan dari Julai ke November 2013.

Dia juga menuntut ganti rugi RM2,500 sehari bagi tempoh 90 hari ketika dipenjarakan.
sumber

PBO: TOLONG JANGAN BAYAR SAMAN GUNA DUIT RAKYAT. MEREKA YANG CUAI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS SILA KELUARKAN DUIT POKET SENDIRI
 
 

GARA-GARA PENJARA CUAI ,KERAJAAN KENA BAYAR RM400,000 !

telokbakong.blogspot
pascawanganbukitsentosa2.blogspot
 

Bapa kepada tahanan yang mati dalam penjara dapat gantirugi RM400,000

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment