Friday, April 11, 2014

RG2011... Fw: TINDAKAN TIDAK CERDIK SEORANG YB.

 



TINDAKAN TIDAK CERDIK SEORANG YB.

http://biaqpila.blogspot.com
mummyrokiah.blogspot.
 
Di dalam keghairahan berposting dalam FB untuk menunjukkan beliau kerap turun kawasan seorang YB dari Pendang telah melakukan satu kesilapan yang amat besar apabila memaparkan visual seorang warga emas sedang uzur tanpa menutup aurat. 
 
Posting YB tersebut yang berbunyi "Melawat orang sakit di Kg Baru" ternyata tidak prihatin dan tidak bijak kerana ini boleh mengundang aib kepada keluarga warga emas tersebut yang sedang sakit. 
 
Penggunaan media sosial untuk mencari pengaruh haruslah bijak dan berhati-hati. Jangan dijadikan visual orang sakit dan tua sebagai alat mencari pengaruh pengundi konon perihatin dan mesra rakyat. 
 
Adalah tidak wajar warga emas yang hampir nyanyuk dan tidak sedar ada orang yang merakam wajah mereka untuk dipaparkan satu dunia melihatnya. 
 
Mereka sudah daif, dengan hanya dihulur bantuan beberapa ringgit ada pula golongan yang mengambil kesempatan mencari populariti politik di atas keuzuran mereka. 
 
Kita harus sedar wajah di dalam gambar itu juga mempunyai hak samaada mahu atau tidak memberi kebenaran menyiarkan gambar mereka di dalam FB.
 
Jika mereka tidak rela mereka boleh mengambil tindakan undang-undang kerana mencuri rakam gambar mereka ketika mereka sedang sakit.
 
Bayangkan bagaimana perasaan kita jika gambar ibu atau saudara kita yang sedang tergedang sakit tanpa tutup aurat didedahkan sebegitu?

comment:

  1. Anonymous

    yb mana kalau berani dedahkan la, bagi sekali link fb atau twitter dia, tulis tampa link serupa macam fitnah la.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment