Sunday, April 13, 2014

RG2011... Fw: WANITA LOMPAT KELUAR KERETA ELAK DICULIK

 



batuvskayu.blogspot
mutaligat.blogspot.

KOTA KINABALU: Seorang kerani wanita berusia 22 tahun menempuh detik cemas apabila diculik dua lelaki yang melarikan kenderaannya di Plaza Juta Likas, di sini, awal pagi tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun  yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan, dekat sini, bagaimanapun terselamat apabila berjaya melarikan diri dengan melompat keluar  daripada kenderaan di satu lokasi, berhampiran Alam Mesra, di sini.
 
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa meletakkan kereta jenis Perodua  Myvi miliknya di parkir Plaza Juta, Likas untuk pergi ke pejabatnya di kawasan berkenan.
 
Bagaimanapun ketika keluar daripada kenderaannya, dia telah  dihampiri dua lelaki tidak dikenali yang bertindak menolak masuknya ke tempat duduk belakang, sebelum melarikan kereta bersama mangsa.
 
Suspek kemudian memandu kereta terbabit ke arah Alam Mesra sebelum  berlaku pergelutan di antara mangsa dan suspek, namun akhirnya mangsa  bertindak berani dengan melompat keluar daripada kenderaan itu.
 
Mangsa yang tercedera akibat tercampak di atas jalan raya kemudian  meminta pertolongan orang awam lalu membuat laporan polis.
 
Difahamkan juga, mangsa mengalami kerugian lebih RM60,000 akibat  kejadian itu selepas kereta, beg tangan dan beberapa dokumen penting  dilarikan suspek.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner  Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata  siasatan masih dijalankan.
 
"Siasatan awal mendapati mangsa telah bertindak menolak mangsa  sebelum melarikan kenderaan itu bersama mangsa," katanya.
 
Dalam pada itu, beliau turut menafikan kejadian itu ada kaitan  dengan insiden curi kenderaan membabitkan seorang mangsa kanak-kanak  di Likas, Isnin lalu.
 
"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan dihospital susulan kecederaan yang dialaminya," katanya.
 
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa  berhati-hati sekirannya berada di kawasan gelap dan sunyi.
 
"Kalau boleh, cuba elakkan daripada meletakkan kenderaan di kawasan  gelap dan sunyi, lebih-lebih lagi ketika berseorangan," katanya sambil  menambah kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -WB

~ Sumber borneoinsider 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment