Tuesday, April 15, 2014

RG2011... Satelit Hiburan ke-6 MEASAT dilancar tak lama lagi

 

Satelit ke-6 MEASAT dilancar tak lama lagi

 106  0  0
MEASAT dijangka melancarkan satelit keenamnya, MEASAT-3b beberapa minggu lagi.

Dalam kenyataan hari ini, MEASAT berkata pelancaran satelit menggunakan Pelancar Ariane 5 itu akan meningkatkan kemampuan data sokongan dan perkhidmatan video di seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia.

Setelah semua kerja berkaitan integrasi akhir selesai dilaksanakan dan diuji di kemudahan pertahanan dan angkasa Airbus di Toulouse, Perancis, MEASAT-3b diangkut melalui udara ke Kourou, French Guiana untuk dilancarkan.

"Satelit ini akan dilancar ke slot orbit 91.5'E untuk berkolokasi dengan MEASAT-3 dan MEASAT-3a bagi membentuk wilayah satelit Terus ke Rumah (DTH) paling mantap di Asia," kata kenyataan itu.

MEASAT adalah pembekal premium perkhidmatan komunikasi satelit kepada badan penyiaran antarabangsa terkemuka, platform DTH dan pengendali telekom.

Melalui penggunaan lima satelit komunikasi, MEASAT menyediakan perkhidmatan satelit kepada lebih 150 negara di Asia, Timur Tengah, Eropah dan Australia.

- Bernama

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment