Tuesday, April 15, 2014

RG2011... MH#370 : Pegawai AS pula dedahkan telefon pembantu juruterbang berhubung menara di Pulau Pinang, tetapi..

 

MH#370 : Pegawai AS pula dedahkan telefon pembantu juruterbang berhubung menara di Pulau Pinang, tetapi..


Seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata telefon bimbit milik pembantu juruterbang MH370 dihidupkan dan berhubung dengan menara telekomunikasi di Pulau Pinang, tetapi tidak menunjukkan sebarang panggilan dibuat, lapor CNN.

Ini susulan daripada siasatan penyiasat memeriksa jutaan rekod telefon bimbit untuk mencari bukti mengenai kewujudan panggilan dibuat dari pesawat itu selepas ia hilang, katanya.

Sebahagian dakwaan itu menguatkan lagi laporan akhbar New Straits Times pada hujung minggu lalu, yang memetik penyiasat Malaysia sebagai berkata Fariq Abdul Hamid cuba membuat panggilan telefon dari telefon bimbitnya ketika pesawat Malaysia Airlines itu terbang merentasi Pulau Pinang, pada waktu ia dilaporkan hilang.

Bercakap kepada CNN, pegawai AS memetik maklumat daripada penyiasat Malaysia yang berkata telefon pembantu juruterbang itu mencari perkhidmatan telekomunikasi kira-kira 30 minit selepas pihak berkuasa percaya pesawat itu membuat pusingan kembali ke semenanjung Malaysia.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sebelum itu ditanya mengenai dakwaan berkenaan, berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar) kerana jika ia benar, kita sudah tahu mengenainya lebih awal," katanya.

Penganalisis keselamatan yang bercakap kepada CNN mempersoalkan prosedur keselamatan pesawat yang hilang itu, jika benar telefon bimbit Fariq dihidupkan.

Telefon bimbit perlu dipadamkan sepanjang penerbangan sebagai sebahagian syarat keselamatan penerbangan.

"Pada pendapat saya, adalah amat jarang berlaku seseorang menghidupkan telefon bimbit dalam kokpit.

"Ia tidak sepatutnya dihidupkan langsung. Ia adalah dalam senarai semak setiap penerbangan yang saya tahu," kata David Soucie.

Pencarian pesawat itu kini dilakukan di dasar laut sejak semalam, dengan menggunakan Bluefin-21 yang sofistikated, sebuah kenderaan robotik bawah laut yang boleh berjalan sehingga 5km kedalaman di laut.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama yang berpangkalan di Perth hari ini berkata, Bluefin-21 melengkapkan misi enam jamnya dan kembali ke permukaan, untuk membolehkan data diambil dan dianalisis.

Robot itu akan dihantar semula ke dasar laut lewat hari ini, bergantung kepada keadaan cuaca, katanya lapor The Malaysian Insider

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment