Tak kisahlah apo laie yg nak naik ya Pak Mail..dah guno tu..bayor ajelaa...
Itulah tanda 'kasih syg' kito kepada kerajaan Msia.. ;)) ahakss..!
Rejeki dia lah tu gaji dapat banyak tu....mudah2an lagi banyak pendapatan yg dia dapat, lagi banyak dia bersedekah,menyumbang & membantu golongan2 yg memerlukan..aminn..
From: para_jump101 airborne <air_strike101@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tue, May 31, 2011 2:04:55 PM
Subject: Re: RG2011... SEMASA: Tarif elektrik dijangka naik setiap enam bulan?
Pada penghujung tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Nor telah mendapat kenaikan gaji sehingga mencecah RM 1 juta sebulan. apabila ianya dipersoalkan oleh banyak pihak, menteri yang berkaitan menegaskan ianya adalah wajar dengan memberi alasan bahawa pengalaman dan pengetahuan luas Ketua Eksekutif TNB itu amatlah sukar ditemui di negara ini. Malahan menteri berkenaan juga menyatakan jika Ketua Pegawai Eksekutif itu berkhidmat di luar negara, berkemungkinan besar beliau akan mendapat tawaran gaiji dan lain-lain faedah keistimewaan bakal diperolehi oleh Datuk Che Khalib itu. Persoalannya, jika benar beliau boleh mendapat gaji dan faedah yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi di negara ini, sebaiknay beliau dibenarkan pergi berhijrah ke negara uyang membuat tawaran sedemikian jika beliau berminat. Negara 1Malaysia seharusnya berbangga dengan tawaran yang diberikan kepada anak Melayu dan warganegara ini. Seandainya bekas PM Malaysia, Tun Mahathir ditwarakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu contohnya, adakah kerajaan Malaysia tidak membenarkan beliau menerima tawaran sedemikian sedangkan itu adalah satu penghormatan tertinggi yang diperolehi oleh beliau dan negara. Apakah Kerajaan Malaysia akan memberikan tawaran balas mengatasi tawaran gaji, elaun dan lain-lain faedah kepada beliau lebih dari tawaran yang diberikan oleh PBB. Tidakkah itu satu alasan yang paling bangang pernah kita dengar. Demikianlah mengenai kenaikan (maaf pelarasan sebenarnya) ke atas tarif elektrik yang akan dikuatkuasakan oleh TNB. Pastinya ia suatu yang akan menambahkn kesengsaraan kepda rakyat terutam yang berpendapatan rendah, apa lagi kepada yang dhaif dan miskin tegar. Jika kenaikan (maaf,; pelarasan) perlu dibuat ke tarif elektrik disebabkan kenaikan kos bahan bakar yang terpaksa ditanggung oleh TNB, menagap tidak gaji Ketua Pegawai Eksekutif TNB itu dikenakan pelarasan juga dengan mengurangkan sedikit gaji, elaun dan faedahfaedah yang dinikmatinya, mungkin 5% atau kurang dari itu. Demikian juga gaji dan elaun pegawai-pegawai kanan TNB itu perlu dikurangkan kepada peratus yang lebih kecil bagi mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oelh TNB. Apabila kos bahan bakar dan lain-lainbahan mentah yangdiperlukan oleh TNB bagi menjana elektrik kembali stabil pada harga sebelumnya, maka bolehlah gaji-gaji dan elaun mereka yang terlibat diberikan semula. . Demikian juga dengan gaji-gaji dan elaun Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan YB-YB wakil-wakil rakyat yang pada satu ketika dahulu menerima kenaikan juga pelrlu diselaraskan terlbih dahulu bagi mengurangkan impak yang ditanggung oleh rakyat. Janagn hanya berkokok melaungkan slogan "Rakyat Didahulukan" tetapi hanya sekadar laungan dan tertera papar di papan-papan Bil Board persimpangan jalan. Satu ketika dahulu, semasa Allahyarham Tun Hussein Onn menjadi PM Malaysia, perkara seperti di atas pernah dilakukan. Tidak ada pun slogan sedemikian dipekik, dilaung dan dijaja ke seluruh pelusuk negara. Ia telah dan pernah diamalkan sebelum ini dimana sebanyak 10% dari gaji-gaji Menteri, Timbalan Menteri, SUP.telah dikurangkan. Mereka tetap juga boleh hidup seperti sediakala, . Mereka dan keluarga mereka masih tetap dapat menikmati penginapan, kereta, makanan, pakaian dan tetap juga bergaya. Namun apa yang berlaku sekarang ini, rakyat jelatalah yang akan menjadi mangsa akibat pelarasan tarif atau apa jua pelarasan yang diputuskan oleh kerajaan. Rakyat perlu didahulukan. sedangkan menteri-menteri dan ketua eksekutif kerajaan enak dibuai dibuai dengan segala nikmat kemewahan. Dengan pelarasan tarif elektrik ini, pastinya lain-lain barang-barang keperluan dan perkhidmatan akan bakal menerima pelarasan juga. Kita tunggulah pengumuman demi pengumuman dari masa ke semasa. Terima kasih kepada Kerajaan 1Malaysia. para_jump101 . --- On Mon, 5/30/11, Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com> wrote:
|
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment