Di petik dari: Fitrah Islami Online Solat wajib di lakukan mengikut hukum dan syarat syarat yang telah di tetapkan syariat,di samping itu ia wajib di lakukan dengan khusyuk, tawadhuk dan rasa penuh kehambaan kepada Allah. Jika tidak ada perkara ini di dalam diri ketika melakukan solat maka sesorang itu tidak akan rasa ia sedang menyembah Allah.Maka sudah tentu dia tidak akan rasa bertuhan.Apabila tidak ada rasa bertuhan maka dia tidak rasa dia itu hamba. Ibadah orang saperti ini hanya akan menambahkan dosa terhadap dirinya sendiri.Dan tidak dapat melahirkan peribadi orang yang merendah diri dan berkasih sayang.Tetapi apa yang akan lahir ialah sifat sombong, riak dan ingin di puji, rasa diri ahli ibadah dan bersih dan sebenarnya tidak akan melahirkan rasa takut pun kepada Tuhan. Solat yang sepatutnya menjadi penghubung di antara diri seseorang hamba dan Khaliqnya sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba dengan Tuhan nya. Dosa saperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak sedar atau tidak rasa dia berdosa kepada Allah.Akhirnya dia mati dalam su'ul khatimah kerana selama ini dia rasa dia berbuat baik bukan berbuat dosa dan derhaka.Rupa rupanya dia melakukan dosa di atas saluran yang baik.Melakukan dosa sedangkan dia dalam solat.Membuat dosa dan derhaka dalam ketaatan.Lahirnya nampak taat tapi batinya derhaka. Mereka sangka ibadah mereka memusnahkan mazmumah tapi cara ibadah mereka sebenarnya menyuburkan nya. "SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH ORANG ORANG YANG BERIMAN (YAITU) ORANG YANG KUSYUK DALAM SOLATNYA" – AL MUKMINUN AYAT 1-2. Wallahu alam! Salaam & Regards Amri el Wahab
(Visit my Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com; http://fitrahislami.wordpress.com;Welcome to my Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com)
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment