Assalamualaikum w.b.t.,
Bagaimanakah bukan Islam akan mendekati Islam apabila fitnah berleluasa? Apa sumbangan kita dalam dakwah?
Apakah pula sifat-sifat orang munafik? (LINK SINI)
Melayu dulunya Islam sekarang ini sudah terbentuk dalam pelbagai nama... Melayu bohsia/bohjan, Melayu UMNO, Islam Liberal, Melayu Baru, Melayu Barua, Melayu Islam Munafik, dan pelbagai melayu Islam yang jelas tersasar dari ajaran Islam namun cuba untuk menguasai minda umat Islam demi survival politik melayu mereka walaupun tampak tiada langsung ciri dan unsur kemelayuan itu. Yang tinggal adalah ciri kemelayu-duitan, kemelayu-fitnahan, kemelayu-sumpah-laknatan, kemelayu-budget kebinian dan pelbagai lagi...
Jadi tidak hairanlah jika Cina-Muslim, India-Muslim, Indon-Muslim, Bangla-Muslim, Paki-Muslim dan lain-lain bangsa-muslim lebih rela menyisih dari melayu-melayu. Kenapa Islam-Islam itu jauh dari wujud dalam diri kita? Hinakah bangsa lain itu?
Sempena Ramadhan yang tinggal bersaki ini, sama-samalah kita muhasabah diri kita dan memohon keampunan dari Allah s.w.t. tentang apa yang kita buat selama ini. Berapakah ruang masa kita yang kita gunakan untuk menyampaikan agama Allah s.w.t., ini kepada non-muslim? Atau kita lebih banyak menyebarkan fitnah yang menjauhkan non-muslim dari Islam itu sendiri? Sama-sama kita renungkan. Kembalilah kepada fitrah... semoga aidil fitri yang mendatang ini menjadi platform untuk kita kembali kepada fitrah dan membuka minda kita untuk berhijrah dari sistem korupsi dan penuh dengan ketidak-adilan ini dari hasil tangan-tangan manusia yang jelas jauhnya dari fitrah Islam itu sendiri. Kulit Islam tetapi isinya penuh dengan kemunafikan.
Semoga kita semua diampunkan dosa-dosa yang terdahulu, dosa-dosa sekarang, dosa-dosa akan datang samada dilakukan secara tersembunyi atau nampak. Dan sama-sama kita berdoa dan tambah dalam doa kita supaya kemunafikan itu dihancurkan oleh Allah s.w.t. dalam solat-solat kita disaki-saki ramadhan ini. Dan kita doakan yang terfitnah akan terbela, yang memfitnah dihancurkan, yang menekan rakyat dijatuhkan... Amin! Amin! Ya Rabbal Alamin!
Allah hu akhbar! Allah hu akhbar! Allah hu akhbar!
From: TopengPerak® Unmasked <poji2ya@gmail.com>
To: Zulkepli Abu Samah <zas62000@yahoo.com.sg>
Sent: Friday, August 26, 2011 6:35 AM
Subject: RG2011... Mubaligh Politik Tersepit Angkara DUMC
SEBELUM ini media propaganda, TV3 ada menyiarkan berita kononnya ada sebuah kelas tuisyen di Jalan Klang lama yang menyebarkan agama Kristian kepada pelajarnya.
Tambah melucukan bercampur hairan, TV3 mendakwa sekumpulan Qariah Surau Al-Musyrikin (kafir) telah berhimpun di hadapan kelas tuisyen berkenaan kerana membantah tindakan kelas tuisyen itu yang didakwa kononnya menyebarkan agama Kristian kepada pelajar yang beragama Islam.
Saksikan video laporan media propaganda TV3 di bawah ini.
http://youtu.be/HocUXlkssBE
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan laporan pelik dan melucukan dari TV3 ini, ReJaM© telah mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kebenarannya.
Selepas kira-kira setengah hari mencari, ReJaM© berjaya menemukan kelas tuisyen yang dilaporkan. Kelas tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh majoriti kaum Cina dan India serta pendatang asing termasuk warga Indonesia.
Di sebelah kelas tuisyen itu, tinggal seorang warga asing yang sudah mendapat taraf penduduk tetap. Beliau mendakwa tiada satu pun surau di kawasan tersebut, kerana ia merupakan kawasan yang didiami oleh Cina dan India. Malah masjid juga terletak jauh dari penempatan itu.
Di bawah ini rakaman perbualan yang sempat dirakamkan.
Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana TV3 tanpa rasa bersalah mencipta nama surau yang tidak wujud iaitu Surau Al-Musyrikin.
Sifirnya mudah, Jalan Klang Lama terletak di bawah Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Maka TV3 mahu rakyat percaya bahawa Teresa Kok cuba menyebarkan Kristian di kawasannya.
Sila gunakan akal anda sendiri, masuk akal atau tidak pelajar yang beragama Islam pergi ke kelas tuisyen di kawasan setinggan yang didiami oleh Cina, India dan warga asing untuk mempelajari agama Kristian?
Mana-mana ibu bapa beragama Islam yang menghantar anak mereka ke kelas tuisyen Kristian memang nak mampos! Kelas tuisyen itu sudah wujud di situ bertahun-tahun untuk anak orang-orang Cina dan India setempat yang beragama Kristian.
2011/8/26 Zulkepli Abu Samah <zas62000@yahoo.com.sg>
Sent: Friday, 26 August 2011 1:12 AM
Subject: Fw: [MalaysiaNews]Lagi test utk HAMpas..adakah masih hendak berliwat merasa seronok dgn kafir harbi dapig & pkr dlm isu murtad???? jika jawapannya "YES" maka jangan di tangisi kekalahan demi kekalahan di dunia nie apatah lagi di akhirat nanti!!!Thursday, August 25th, 2011Mubaligh Politik Tersepit Angkara DUMC
Oleh Helen Ang – Seperti sirih pulang ke gagang, PAS berikhtiar kembali kepada tunjang perjuangan sebagai sebuah parti berasaskan Islam. Tidak akan berkompromi dalam soal akidah umat Islam, dijanjinya.Jadi pasangan kahwin mutaahnya itu kenalah muhasabah diri juga.Bagi pemimpin-pemimpin Kristian DAP yang masih enggan berdehem, isu Damansara Utara Methodist Church (DUMC) ibarat dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.Putrajaya mahkota yang diidamKelompok yang paling kuat menyokong DAP ialah orang Cina dan penganut Kristian (termasuk Kristian bukan Cina).Manakala kelompok yang paling galak dipinang oleh DAP ialah orang Melayu.Pedati Pakatan yang dalam perjalanan rancak ke Putrajaya tidak dapat tidak terpaksa juga berbekalkan undi Melayu. Pemilih Melayulah yang bakal menjadi penentu siapa menang siapa tewas pilihanraya.DAP cukup yakin undi Cina dan undi Kristian sudah dalam tangan. Golongan Cina dan Kristian dijangka akan memangkah roket biarpun parti itu meletakkan calon tunggul kayu.Lantaran itu, DAP mengalih tumpuan kepada kaum Melayu yang dalam setahun dua ini ditatangnya bagai minyak yang penuh.Helah untuk mencairkan MelayuPemimpin-pemimpin DAP mahu menampakkan yang mereka rela melebihkan Melayu bah lebih prihatin daripada para pemimpin Melayu sendiri.Umum harus faham-fahamlah sama ada mereka itu ikhlas ataupun hanya bermuka-muka.Tengok sahaja bagaimana Teresa Kok mendahului dalam mengucapkan Selamat Hari Raya beberapa hari lepas, tak kisahlah jika masyarakat Melayu masih sedang memenuhi tuntutan puasa apatah untuk sepanjang tiga minggu lagi.Lim Guan Eng yang kiasu (maklumlah orang Tanjung … celup) mengeluarkan perutusan Ramadan Al-Mubarak 1431 A.H.nya sebelum sempat penyimpan mohor besar nak tengok anak bulan.Disamping Adun dan wakil rakyat DAP (yang lelaki) memetik ayat-ayat al-Quran dan Hadis, Adun dan wakil rakyat (yang perempuan) turut menjajakan "Your Allah is my Allah" dengan membuat banyak lawatan ke surau dan masjid mengalahkan Dewan Muslimat.Evangelical Kristian tapi ketagih surau, Si Hannah menggambarkan dirinya sebagai seorang yang "hidup untuk Tuhan".Berhubung kes Melayu murtad yang ingin memeluk agama Kristian, macam manakah ia akan ditangani DAP? Sekutunya PAS sudahpun menyatakan perdirian tegas mempertahankan kesucian Islam.Bagi DAP pula kalau hendak sokong murtad masuk Kristian, nanti masyarakat Melayu tersinggung dan menjauh diri. Namun kalau tidak sokong, masyarakat Kristian pasti terkilan ahli jemaah mereka tidak dibela.Maka kedua-dua Muslim dan Kristian menunggu DAP tunjuk belang.Responses for "Mubaligh Politik Tersepit Angkara DUMC"
usop wilcha says:ORANG MELAYU MEMANG SENANG KENA TIPU,
HATINYA MUDAH CAIR DENGAN SEGALA TIPU MENIPU,
DAP PAKAI 'TUDUNG' DAH DITERIMA PENUH SYAHDU,
HATTA DIPELUK DICIUM WALAU DALAM VIDEO DAH NAMPAK BULU(ELI WONG LE TU),RANCANG DAP NAK HAPUS KUASA MELAYU(HAK ISTIMEWA),
KUASA MELAYU YANG DAH DIMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN DARI ZAMAN DULU,
TOK NENEK KITA DAH JANJI DAN SETUJU,
DEPA DAPAT KERAKYATAN, KITA DAPAT HAK ISTIMEWA MELAYU,HAK ISTIMEWA ITULAH AGAMA ISLAM TAK BOLEH DIUSIK,
BUDAK MELAYU BELAJAR HARUS DIBANTU,
ORANG MELAYU NAK NIAGA PATUT DITOLONG,
RAJA MELAYU TERUS NAUNGI ORANG MELAYU,INI SEMUA BUAT HATI DEPA RENYUK REDAM,
SIFAT TAMAK HALOBA MULA MENCENGKAM,
NAK DIHAPUSKAN SEMUA HAK YANG DAH DISETUJU.
BIAR SEMUA SAMARATA..TAKDE ISTIMEWA..
MALAYSIAN MALAYSIA KATA DEMA,
BUNYI MACAM BAIK TAPI PENUH MUSLIHATNYA.APA NAK JADI SIGN TUNKU, CHENG LOCK DAN SAMBANTHAN,
DULU DAH SETUJU KINI KIT SIANG KATA PERSETANKAN…
DATANG ANWAR BATU API JUAL BANGSA
DEMI NAK MENYELAMATKAN KOTENYA YANG MENGGILA..
AZIZAH PULAK 2 x 5 MENYETUJUINYA…APA NAK JADI…..(gaya lagu SM SALIM)
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment