Subject: Pembukaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
Berita baik untuk orang Terengganu..perjalanan balik raya korang akan lebih cepat kali ni..Dengan pembukaan pakej 11 dan pakej 12 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2.Berikut petikan dari Laman Web JKR..Rujuk peta di bawah..
Post Last Edit by Vokuro
Sukacitanya dimaklumkan jajaran Pakej 11 dan Pakej 12 akan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 22hb Ogos 2011. Untuk makluman, pakej 11 dan Pakej 12 telah diwartakan sebagai Jalan Persekutuan pada 15hb Mac 2011. Sehubungan itu, orang awam dibolehkan menggunakan jajaran lebuhraya dengan melalui Persimpangan Bukit Besi sehingga Persimpangan Ajill bagi Pakej 10. Seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpangan KualaTerengganu bagi Pakej 11 dan Pakej 12.
sesiapa yg ingin balik kg boleh la cuba gunakan paket2 yang telah di buka itu seperti terkandung di dalam peta yang di warna kan hijau itu.
Pembukaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
LPT Fasa 2 akan dibuka kepada orang ramai mulai 22 Ogos 2011 jam 10 pagi. Tol adalah PERCUMA sehingga tempoh yang telah ditetapkan kerjaan. Bahagian yang akan dibuka adalah :
Persimpangan Bukit Besi - Persimpangan Ajil (42.4 km)
Persimpangan Telemung - Persimpangan Kuala Terengganu (Kg. Gemuroh) (12.6 km)
Jalan Penghubung Bukit Payong (Batu 9 Simpang Udang - Persimpangan Telemung) (16.3 km)
Klik disini untuk peta jajaran LPT Fasa2.
Maklumat Ringkas
- LPT Fasa 2 bermula dari persimpangan jabor di lpt1 sehingga ke persimpangan kuala terengganu di kg. gemuroh : panjang keseluruhan 184km.
- Jalan penghubung bukit payung (bukit payung spur road (bpsr)) merupakan jalan penghubung dari jalan persekutuan 14 di simpang batu 9, simpang undang ke persimpangan telemung di lpt2. dengan panjang 16.3 km
- LPT Fasa 2 mempunyai 2 lorong 2 hala dan bersistem tol tertutup dengan had laju 110 km/jam bpsr juga 2 lorong 2 hala tanpa tol dengan hadlaju 90 km/jam
- Hentian sebelah bukit besi dijangka mulai beroperasi pada januari 2012
- Khidmat ronda disediakan 24 jam tetapi terhad untuk bantuan asas sahaja. khidmat trak tunda adalah di atas tanggungan para pengguna sendiri sepanjang tempoh tanpa tol.
Panduan pengguna untuk ke Sg. Tong, Besut dan Kota Bahru
Terdapat 2 pilihan iaitu dari simpang lampu isyarat Ajil selepas persimpangan Ajil untuk
pilihan 1
Ikut kanan ke kuala berang untuk tujuan Sg. Tong. Besut dan Kota Bharu
pilihan 2
Ikut kiri ke Kuala Terengganu hingga ke Simpang Undang (jarak kira-kira 15km). ikut kiri ke jalan penghubung Bukit Payung sehingga ke Persimpangan Telemung dan terus ke Persimpangan Kuala Terengganu (di Kg. Gemuroh/ Bukit Jong). Ikut kiri untuk tujuan ke Besut dan Kota Bahru. (ke kanan untuk tujuan ke Manir dan Kuala Terengganu)
ak rs yg ni lebih tepat..........jajaran yg dibuka adalah yg kaler hijau tu.......yg kaler hijau putus2 tu masih belum dibuka...
Malay Forum
adakah jalan ini mampu untuk bypass sungai berang?
kebiasaan jalan jerangau jabor ini sesa ...
Vokuro Post
dah bypass sungai berang.......psl bila keluar dari exit ajil tu akan ada simpang tiga......ke kanan adalah ke kuala berang dan ke kiri menghala ke KT...... nama pun jalan persekutuan , mana ada toll tapi kalau ikut maklumat LLM tu maknanya hanya 90 km/j je kat pkg 11 dan 12 tuusaya ingin tanya untuk masuk jalan ini dari bukit besi gimana ya?
bukit besi just after mu ...
Vokuro Post
lepas muktafi billah tu anda akan jmpa simpang tiga.....anda belok ke kanan ikut signbod ke kuala dungun......dlm 700m anda akan jmpa exit bukit besi ni sebelah kiri.....em selalu kat 3 tempat... Kuala ganu, kuala berang, besut/dungun...
Cakkkk....aaaa Post
k. ganu atas getok sutan mahmud jer yg jem..mujur LPT udah buka...kerna ada satu laluan didalam chukai kemaman itu...yakni di bukit kuang....sedang dibuat pembinaan jambatan yang mana lagi 2 tahun bakal siap....jalannya sempit dan sibuk....hari2 biasa pun punyalah kesesakan lalu lintas....apatah lagi hari hujan...saya mohon kamu orang yang ingin pulang ke kuala terengganu (terutamanya) dan kelantan...mohon gunakan hiway sahaja ye....jangan sesekali kamu orang meredah laluan persisiran pantai memasuki bandar2 kecil ini....hazabnya usah cerita lah....saya harap yang ingin pulang ke dungun itu pon jangan sesekali menggunakan laluan persisiran pantai...gunakan hiway LPT ini ye....kerna saya yakin...kenderaan2 yang ingin pulang kekampung ini akan menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di kawasan bukit kuang, chukai kemaman dimana pembinaan jambatan sedang dijalankan...harap semua orang mengambil perhatian diatas informasi iniSungai ular adalah exit terakhir lpt sekarang... Depan sikit dari cherating... Kalau nak gi cherating, kena buat u turn ke arah kuantan semula lepas keluar kat exit sungai ular.
Stretch yg dibuka hanya sebahagian dari lpt fasa trengganu la ya? Maknanya dari lpt sekarang, kena exit kat sungai ular, hala ke bukit besi dan masuk semula hway lpt.
Means fasa dari sungai ular ke bukit besi belum siap la..__._,_.___" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment