Tuan moderator mohon kebenaran & laluan untuk tatapan bersama sahabat ReSpeKs yang lain lainnya....
assallamua'laikum warahmatullahitaalawabarakatuh, salam merdeka dan salam sejahtera...
'emel raya maya' pengganti diri, kad raya dah tak pakai di zaman IT, ramai dah pandai buat sendiri, mana2 pun dah tak nampak di jual lagi, untung entah kemana, selalunya rugi, kalau ada pun... 'mahal' cam ne nak beli, mohon maaf zahir batin di aidilfitri, madah disusun ampun di pohoni, ternoda kata, tersasul puisi, terlanggar bahasa mengguris sanubari, ter'over' hantar emel sampai inbox 'korang' full lagi! pada yang dah di kenali... mahu pun yg belum lagi, kita suku sakat ReSpeKs , memang suka geli geli… semoga bermaafan di hari lebaran ini, mengeratkan silaturrahim amalan murni, sebelum kita semua balik beraya nanti…….
pada yang belum mengenali diri Pak ini... walau pun tak pernah bersua lagi.. semoga 'ikatan persahabatan' di jalini... agar tidak tersinggung menyentuh hati…
'copy & paste' amalan biasa….. sikap kita suka kerja senang ja….. jari dihulur tak sampai pula….. madah menyusul di emel raya….. 'klik & baca' le nanti, Pak punya… tak payah setem tak kene duit pula….. boleh 'forward & reply to all' kepada semua….. baiknya hati 'moderator kita'….. (tau, tak pe....) 'reply' le sebelum bercuti raya….. tak pe'….. dah minta maaf dengan 'dia'…..
nak beritahu ni…duit raya tak dapat nak bagi… lum berjumpa.. cam ne nak beri… 'orang dewasa' memang suka main mercun & bunga api (orang kita le…) anak anak pula tukang nyalakan api disisi... baik baik main… jangan putuskan jari… Pak nak ingatkan…..!!!, jangan lupa diri…..! 'zakat fitrah' wajib di tunaijanji…..
suku sakat ReSpeKs ada di merata negeri…
di utara, selatan, timur, barat lagi... nak kenal, pasanglah reben di kereta sendiri... alahai……., dengarlah celoteh Pak ni..... setahun sekali..., tak baca rugi...... ...kita ada sepuluh jari, lima di kanan, lima lagi di kiri..., di hari lebaran ini, mohon maaf le dari kepala sampai kaki, termakan, terminum, terpegang, tergeli, teraba, tercuit, tergigit, mahu pun terperli, salam ampun dari Pak As di 'alam maya' ini......,
sabau be….. belum habis lagi...
nak luahkan rasa dari sanubari...
mohon lagi kemaafan di hari lebaran ini...
dari hujung rambut sampailah ke bawah tapak kaki... sebab....'korang' belum jawab lagi...
sebelum kita 'exit' emel ini...
untuk balik kampung beraya sakan nanti...
moga kita dapat ber'forum' lagi...
jawab lah... Pak tengah tunggu ni...
hehehe..... huhuhu..... hihihi.....
pulang ke kampung berhari raya, keselamatan keluarga perlu di jaga, pintu & tingkap rumah jangan di buka, nanti 'tetamu kita' bertandang gila...., ingat-ingat lah tarikh cuti sampai bila…, jangan nanti terlajak pula…, moga berjumpa kita di jamuan raya..., agar terhibur membaca seloka, salam ukhwah dari Pak A'syiem Sekeluarga,
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment