Wednesday, August 24, 2011

Re: RG2011... NGO Wargakilang: Jln-Jln Masuk Kg (Edisi Ramadan 20hb Ogos 2011): Mencari Janji Tuhan

As Salam Semua,

di Johor ada juga  tapi di panggil  kalau tak silap saya kembara Ramadhan saya salah seorang dari ahlinya.

norwati wrote:
Waalaikumsalam kepada En. Mohd. Shukri,

TAHNIAH !!!!!
kerana berjaya menjalankan program JJMK, saya baru mengikuti cerita tuan
pada awal ramadhan tahun ini. Saya sungguh terharu dengan program murni tuan.
Saya berharap ianya akan tersebar di negeri2 lain. Saya ni dari Johor Bahru. Adatak
wakil dari Johor, tertarik sangat2 dengan program tuan.

SEMOGA PROGRAM MURNI INI AKAN MEMBERI KESEDARAN KEPADA
GOLONGAN ATASAN.

Terima kasih.






Mohd Shukri Mohamed Talib wrote:
As Salam Semua,

Bagi pihak wargakilang, saya ucapkan jutaan terimakasih kepada semua penyumbang2 dan perserta2 yg mengikuti program JJMK Edisi Ramadan pada 20hb Ogos 2011 yg lalu. Semoga Allah memberkati kerja2 kita semua. InsyaAllah

Tak lupa juga ucapan terimakasih kepada semua org2 kuat team wargakilang Monier, Aznee, Fendi, Wahab,Halim,Lukman dan Sattar.

Dibawah adalah nukilan dari penulis tetap wargakilang sebagai penutup JJMK Edisi Ramadan 2011.

Shukri
NGO Wargaklilang
Ko-ordinator Zon Utara
 
Jln-Jln Masuk Kg: Mencari Janji Tuhan
Kejap tadi ada kawan dari pedalaman Kuala Ketil, Kedah call; dia tanya tak dak bantuan ka tahun ini? Saya tanya bantuan apa, dia kata ya lah bantuan untuk org2 miskin yang hangpa selalu dok buat tiap-tiap tahun bulan posa tu. Saya kata, baru kelmarin dulu 20 Ogos 2011 kami masuk belah area Belantek sana nu, dekat 60 buah kereta lebih.

Tadi pulak kat Surau, lepas Isyak tunggu terawih, Cikgu Din yang jadi penunjuk jalan untuk kami masuk kampong area Kubuq Panjang, Pendang Kedah tahun lepas habag, waktu dia balik kampong di Pendang sana nu semalam, Tok Imam masjid tu tanya dia, tak dak lagi ka program macam tahun lepas tahun ini? Cikgu Din kata, tahun ini depa (NGO WARGAKILANG) pi kot lain pulak kot.

Ahad weekend baru ini, waktu saya bawa balik satu Triton kain baju terpakai yg kwn-kwn bagi, bawa balik ke kampong halaman saya di Baling sana nu; waktu depa pakat dok berebut pilih baju tu, Tok Esah cakap depa dok sebut nama saya sejak awal posa lagi, bila la si Munir ni nak bawa balik baju-baju ni macam tahun sudah-sudah?

Hish, rupa-rupanya dalam sedaq tak sedaq, kerja amal yang kawan-kawan dok buat thru WARGA KILANG ini, walaupun tak organize tara mana, tapi hebat jugak kesannya; rasa bersalah pulak bila dok terima call dan feedback macam tu. Orang dok mengharap, tapi kita tak berkemampuan.

Kami ni bukanlah NGO besaq2 yang ada ramai kakitangan dan dana berpikoi-pikoi. Kami hanyalah sebuah NGO kecik, yang penerajunya tak sampai pun 10 orang, di mana kami sesama kami selalu mengingatkan antara kami bahawa modus operandi kami ialah sebagai PENUNJUK JALAN mcm kaum Aborigin yang menjadi pemandu arah dan pemikul brg kpd expedisi masuk rimba di hutan-hutan Amazon sana nu.

Bezanya, kami tak charge apa-apa, cumanya mengharap janji-janji Allah SWT, sebab kami yakin janji Allah adalah benar seperti mana firmannya dalam surah At-Taubah 111, barangsiapa yang mengorbankan masa dan tenaga, jiwa dan raganya untuk kerja-kerja macam ini, insyaallah akan dibalas dengan balasan syurga di sana kelak, di hari yg tiada apa yang mampu membantu kita melainkan kerja amal dan kerja buat kita yang baik sewaktu masih hidup di dunia ini.

Kerana memikirkan kami ini hanyalah sebuah NGO keciklah, makanya pada hari Sabtu 20 Ogos 11 lepas, saya agak terkejut bila melihat lebih drpd 60 buah kereta/MPV/4WD berbagai jenama menyertai expedisi Jln-Jln Masuk Kg membantu fakir miskin di bulan Ramadhan kali ini. Tak sangka pula ramai yang nak ikut mai.

Walaupun nama kami WARGAKILANG, tapi waktu saya bagi bagi briefing di Masjid Lubuk Merbau itu, saya nampak ramai juga yang datang bukan geng kerja kilang.

Antara bukan orang kilang yang saya ingat ialah Pak Ya dan Team Rukun Tetangga Tmn Utama, Mergong, Dr Nazri dari UUM, Sdra Azrul dari UiTM Permatang Pauh bersama para pelajarnya, Sdra Shamsul daripada sebuah NGO bernama PAKSI dari Perak, Encik Yusuf Presiden NGO Pertama dari Kuala Lumpur dan yang tak sangka sekali ialah seorang Tuan Imam dari Bertam Perdana, Hj Elias bersama beberapa orang anak kariahnya. Mereka ini masing-masing datang kerana ingin menyumbang dan melihat sendiri kerja-kerja amal dan CSR ini secara lebih dekat.

Pun begitu, majoriti yang memeriahkan aktiviti JJMK kali ini ialah pekerja-pekerja kilang dari berbagai buah factory di sebelah sini, dari level Security Guard, Clerk hinggalah ke level GM. Antaranya ialah dari kilang INTEL (depa saja!), Osram, Motorola, Siltera, Toray, Fuji, Seagate, Naza Gurun, Hoya, Celestica, Dell, Lumiled, Venture dan Schenker Logistic dll yang tak sempat saya catat. Ada juga wakil daripada KCSC (Kulim Hi-Tech Park Company Security Committee), gabungan lebih drpd 20 buah kilang-kilang industri di Kulim Hi-Tech yg turut serta.

Ada juga yang datang secara sendiri dan tidak mewakili mana-mana kilang atau pun pertubuhan seperti sdra Kamarul, sdra Zamros dan sdra Mansur suami isteri dari Perlis.

Ada sahabat suruh saya tulis sikit sebagai penutup Jln-Jln Masuk Kg kami untuk tahun ini.

Saya tak tau nak tulis apa sebab dok tengok ramai dah yang menulis dalam blog masing-masing seperti Pak Ya Mergong, Tuan Lukman, Puan Azura, Cikgu Shakir dan lain-lain.
Kalau saya nak tulis pun, saya nak habag kata perjalanan Jln-Jln Masuk Kg kali ini memang antara yang paling best.

Apa tidaknya, makcik kakak dan para penerima sumbangan itu nampak seronok dan gembira sungguh. Bila tengok wajah-wajah depa ini. Bila tengok depa gembira, kami pun jadi tumpang
gembira, tak rasa langsung keletihan atau pun penat di bulan puasa ini.


Tapi, sepanjang pemerhatian saya, saya dok nampak yang paling seronok tak sangga sekali ialah budak-budak. Cuba lihat gambar-gambar di bawah ini:
 

Anak-Anak di Kota Aur Belantek ini begitu seronok sekali dengan kunjungan kami, selain dpt pelbagai jenis biskut dan makanan, dapat mainan pulak lagi. Bagi mak ayah depa, benda-benda macam toys, teddy bear dan mainan ini duduk last sekali dalam priority list depa. Nak beli teddy bear macam mananya, nak beli barang makan pun kena berkira. T.kasih lah kpd sapa-sapa yang terlintas hati bawa mai barang mainan tu. Saya pun tak terpikiaq nak bawa benda-benda macam toys dan anak patung ini, dlm kepala dok ingat gula beras kopi saja!

Di bawah ini pula ialah gambaq seorang budak kecik yang waktu kami pi survey/riki seminggu sebelum ramadhan dulu, dia bertelanjang bogel saja, tak pakai seluar dok berlari kat halaman rumah.


Rumah pun daif ber-attap rumbia saja.


Ini pula gambaq dia waktu kami pi bagi sumbangan untuk 8 buah keluarga di rumah Che Ros hari itu.


Bila saya tengok dia pakai baju Kedah KFA yang usang tu, memang nampak sangat dia tak ada baju baru sebab menjadi kecenderungan orang kampong untuk berhias pakai lawa-lawa bila ada tetamu mai dari jauh macam kami ini.
Orang-orang mcm depa ni lah yang selalunya berebut-rebut bila saya dok hantaq kain baju terpakai kampong-kampung pedalaman seperti ini.

Cakap pasal anak-anak, lihat pula anak Puan Rashidah ibu tunggal yang kematian suami 4 bulan yang lalu ini. Seronok tak kira dia bila dapat teddy bear – besaq pulak tu; dan di celah-celah itu pula ada seorang cik kak itu mai huluq kat dia pensil warna dan alat tulis Lagi sekali tak terpikiaq pula saya nak bawa benda-benda macam tu bawa mai. So, t.kasih lah kpd sapa-sapa yang terlintas hati nak bawa benda-benda macam itu, besaq manafaatnya buat adik kita ini.

Sebenarnya jiwa saya agak sensitive bila melibatkan anak-anak ini, mungkin sebab saya sendiri anak ramai, maka jadinya saya mudah terasa kalau ada isu bersangkut dgn anak-anak ini.

Mungkin itu juga antara sebabnya saya dan rakan-rakan di WK memilih untuk membawa rombongan masuk kampong kali ini ke Pondok Mat Nahu sebagai persinggahan akhir kami untuk JJMK kali ini.

Waktu kami mai melawat depa dua tiga bulan yang lalu, bila tengok betapa daifnya tempat anak-anak di sini belajar, tempat depa tidur, makan dan masak tu, saya bertekad suatu hari nanti kalau diizinkan saya nak bawa kwn-kwn yang selalu dok ikut kami masuk kg tu mai singgah sat tengok pondok ini.

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya juga bawa team JJMK Wargakilang mai ke sini, dan Alhamdulillah lah juga buat pertama kalinya dalam sejarah Jln-Jln Masuk Kg Wargakilang, inilah kali pertama expedisi kami berakhir dengan majlis tazkirah.



Sesungguhnya lain benar rasanya berada dalam majlis tazkirah, dalam madrasah usang, dalam kawasan pondok pengajian jauh di pedalaman, disampaikan oleh seorang Mudir yang begitu humble sekali orangnya, dalam bulan Ramadhan pulak tu. Satu pengalaman yang tersendiri buat kami.

Ustaz Kamel ini hebat ilmu mantiknya; antara yang saya ingat ialah bab yang menyatakan perihal kelebihan bersedekah dan memberi sumbangan. Kata Ustaz, bila mana kita bagi sedekah kpd org miskin katakan RM50, sebelum duit itu sampai ke tangan org miskin itu, duit yg kita bagi tu akan sampai kat Tuhan dulu, kemudian baru duit tu sampai kat org miskin tu. Hebatnya bersedekah - nak habag katanya setiap amalan bersedekah itu akan dicatat di sisi Tuhan.

Lagi satu kata Ustaz, kita kena ingat satu perkara, duit yg ada di tangan kita ini, katakan RM50, belum tentu lagi jadi milik kita, macam-macam boleh jadi; tapi kalau kita bersedekah di jalan Tuhan, duit itu sudah tentu jadi hak kita...di Akhirat kelak, kerana itulah janji-janji Tuhan dalam Al-Quran.

Bila saya dengar Ustaz cakap mcm tu, saya teringat surah At-Taubah ayat 111 yg saya tulis di awal tulisan saya tadi; dlm surah tu Tuhan habag kata DIA dah janji mcm tu dalam kitab Taurat, kitab Injil dan juga dalam kitab Al-Quran; kemudian Tuhan tanya lagi siapakan yang lebih benar janjinya berbanding janji Tuhan?

Tuan-tuan dan puan-puan, mendengarkan tazkirah ringkas Ustaz Kamel di Pondok Mat Nahu ini menyedarkan saya bahawa antara sebab utama saya dan rakan-rakan masih beristiqamah dengan kerja-kerja kebajikan ini ialah satu sebabnya kerana mencari JANJI-JANJI TUHAN. Kami yakin Janji Allah itu benar, akhirat itu benar dan balasan pahala syurga neraka itu benar.

Kerana itu juga, kami bertekad, dengan segala kudrat yg kami ada, insyaallah akan kami usahakan agar suatu hari nanti Pondok Mat Nahu ini akan punya sebuah Dewan Solat yang sempurna. Kpd rakan-rakan yang ingin membantu, bolehlah hubungi coordinator kami, sdra Aznee at aznee_othman@live.com 012-4323305 untuk tujuan koordinasi. Ini adalah satu lagi pintu peluang untuk kita semua bertemu dengan janji-janjiNYA, insyaallah.

Sumbangan boleh disampaikan melalui account AGROBANK bernombor 1-00-5101-00003934-0 diatas nama " MADRASAH AHMADIAH ADDINIYAH ISLAMIAH"



Last sekali, waktu dok browse thru gambar-gambar dalam FB Wargakilang, saya terjumpa foto Makcik Tua di bawah ini, antara penerima sumbangan kami di Masjid Nami. Cuba hangpa tengok, Makcik ini duduk bertinggung tak bangun-bangun, dok jaga brg2 dia tu takut orang ambik. Nak habag kata, beras 3 kampit 10kg itu bagi kita tak dak apa halnya, tapi bagi orang miskin macam Makcik ini, mahal nilainya.


Sesungguhnya wajah-wajah macam makcik inilah yang selalu muncul dalam sujud akhir solat hajat saya tiap kali saya bertawasul mohon apa-apa bantuan dari Tuhan!
 
Moga ada menafaatnya.
Monier.
 
 


No comments:

Post a Comment