Tuesday, April 29, 2014

Re: RG2011... Fw: Wajib Tarik Balik Kenyataan Dan Bertaubat.

 

Hudud itu adil.....

kenapa hudud hanya utk org Islam sahaja. Adakah undang2 Allah tidak layak pada org bukan Islam?



2014-04-29 11:49 GMT+08:00 arie ace <ariee4999@gmail.com>:
 

tu alasan kartina sajer..
macam jugak kebanyakan pemimpin melayu sendiri yg terang2 tolak hudud..


2014-04-28 15:16 GMT+08:00 Jack <ajak32@yahoo.com>:
 

Nak tanya hang plak kartina..hang dok sebok2 kata hudud kat kelantan ciptaan pas bukan 100% persen mengikut hudud Allah..cuba buktikan kat mana hudud pas tak ikut Al Qurban..buktikan kat kami yg yg mana satu hudud yang dcipta pas...cuba hang bagi bukti pulak.. jenis.cakap ikut sedap je nih..kao dh tak hendak seribu daya dan bersalah gini la jadinya...

From: Kartina Idris
Sent: Monday, 28 April 2014 03:33
Subject: Re: RG2011... Fw: Wajib Tarik Balik Kenyataan Dan Bertaubat.

 

Hazriza cuba hang bagi satu ayat atau nas mengatakan hudud tu untuk orang Islam saja? Hukum hudud di Kelantan tu siapa yang tulis? Nabi ke?

Betul hudud tu hukum dari alQuran, tapi hudud yang nak dijadikan undang2 di kelantan tu bukan 100% mengikut hudud Allah.


2014-04-24 9:46 GMT+08:00 hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com>:
 

 

 

Hati-2 bercakap puan kartina..

Jika x pandai dlm bab agama..

Jgn nak tunjuk pandai..

Diam adalah lebih baik…

Baik puan p belajar agama balik..

 

Poligami, hudud semua hokum Allah puan.. bukan ciptaan parti pas,,

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Kartina Idris
Sent: Wednesday, 23 April, 2014 11:11 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Wajib Tarik Balik Kenyataan Dan Bertaubat.

 

 

Tun Mahathir pertikaikan Hudud ciptaan Pas kerana ianya bukan 100% seperti kehendak alQuran. Takkan itu pun nak suruh Tun tarik balik kenyataan beliau dan bertaubat.

Pandangan Tun ini sudah lama dikeluarkan oleh beliau tapi ramai yang tak faham atau sengaja tak mahu faham.

 

2014-04-23 0:22 GMT+08:00 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>:

 

Masya Allah!!! Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan: Dr. Mahathir Wajib Tarik Balik Kenyataan Dan Bertaubat.. Jom Terjah!!!

telokbakong.blogspot.

sedakasejahtera.blogspot

 

 

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan dan meminta bekas Perdana Menteri itu menarik balik kenyataannya dan bertaubat.

"Tun Mahathir selaku salah seorang pemimpin dunia Islam yang disegani, sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan dalam hal yang berkaitan dengan perundangan syariah," kata Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan.

 

Beliau merujuk kepada kenyataan Dr. Mahathir yang disiarkan oleh media termasuk Astro AWANI pada 17 April lalu.

Dalam kenyataan bekas Perdana Menteri itu meminta kerajaan negeri Kelantan mengkaji semula hasratnya mahu melaksanakan undang-undang jenayah syariah hudud dan qisas di negeri itu dengan memberikan penekanan kepada aspek keadilan.

Beliau menyifatkan hudud dan qisas yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan PAS itu lebih memberi penekanan kepada bentuk hukuman dan bukannya keadilan.



Laporan lain berkaitan isu hudud

Dr. Mahathir memberikan contoh kemusykilan hukuman yang berbeza ke atas orang Islam yang mencuri yang dikenakan hukuman potong tangan sedangkan orang bukan Islam yang melakukan kesalahan yang sama hanya dikenakan hukuman penjara.

"Adil atau tidak?" tanya Dr. Mahathir.

Menurut Amidi, kenyataan bekas Perdana Menteri itu boleh menimbulkan kekeliruan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa hukum Islam adalah berat, tidak munasabah dan terlalu kejam".

Jelas beliau, beban pembuktikan di bawah peruntukan hudud adalah jauh lebih tinggi berbanding undang-undang jenayah sivil bagi menjadi hak tertuduh dan menjadi amaran serta pendidikan kepada masyarakat.

"Keindahan hukum Islam terletak kepada proses perbicaraan, pembuktian dan urus tadbirnya," tambahnya.

ABIM berpendapat kenyataan Dr. Mahathir yang menumpukan kepada hukuman boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap hukum hudud.

Badan itu juga berpandangan penentangan terhadap usaha kerajaan negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud dan qisas oleh pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mungkin berpunca daripada kenyataan beliau itu.

Langkah kerajaan negeri Kelantan itu adalah sebagai menyahut keterbukaan yang disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa kerajaan Persekutuan sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud dan qisas.

Rang undang-undang persendirian itu dijangka akan dibawa ke Dewan Rakyat pada Jun ini.

Jawatankuasa teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan sebelum itu dijangka akan memberi penerangan dan taklimat kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik yang mereka anggotai berhubung hasrat kerajaan negeri Kelantan itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam reaksinya sebelum ini berkata pendirian DAP berhubung pelaksanaan hudud tidak berubah dan beliau tidak mahu hasrat kerajaan negeri Kelantan itu dieksploitasi oleh Barisan Nasional.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menegaskan parti Islam itu tetap akan melaksanakan undang-undang hududsekalipun ditentang oleh rakannya dalam Pakatan Rakyat kerana ia "tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR" untuk tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu.

Undang-undang jenayah Islam itu juga katanya, telah ada dalam perjuangan PAS lama sebelum pakatan politik tiga parti itu terbentuk.

 





__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (10)

Check out the automatic photo album with 2 photos from this topic.

Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search not only your archive of conversations, but also photos and files stored in your Yahoo Group. Give it a try!

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment