Wednesday, October 31, 2012

RG2011... Pelaburan emas oleh Genneva hampir cecah RM10b, kata Putrajaya

 

Oleh Ida Lim
October 31, 2012
Semua akaun bank dan lain-lain aset Genneva telah dibekukan oleh BNM sejak 1 Oktober lalu. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 31 Okt — Putrajaya mendedahkan jumlah pelaburan ke atas skim perdagangan emas oleh Genneva Malaysia hampir mencecah sebanyak RM10 bilion yang baru-baru ini diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM), kata Datuk Dr Awang Adek Husin hari ini.

"Maklumat yang saya ada mendapati sebanyak 35,000 pelabur yang sudah dikenalpasti, tetapi jumlah pelaburan keseluruhan mampu mencecah RM 10 bilion," kata timbalan menteri kewangan tersebut di Parlimen semasa sesi soal-jawab hari ini.

Awang Adek sebelum ini memberitahu Parlimen bahawa Genneva memiliki liabiliti yang melebihi asetnya sekaligus menunjukkan bahawa syarikat itu bahawa mereka tidak mampu memberikan pulangan kepada pelaburnya.

Semua akaun bank dan lain-lain aset Genneva telah dibekukan oleh BNM sejak 1 Oktober lalu selepas disyaki syarikat tersebut melanggar beberapa undang-undang perbankan dan kewangan seperti pemberian deposit menyalahi undang-undang, pengubahan wang, pengecualian cukai dan melantik agen tanpa lesen selepas menerima aduan daripada beberapa individu yang membuat laporan kepada polis.

Genneva mempunyai sebanyak 60 ribu pelanggan dan keuntungan bulanan RM2 bilion menurut pelabur yang ditemu bual oleh The Malaysian Insider minggu lepas, tetapi sebaliknya, laman tersebut menyatakan mereka hanya memiliki 50 ribu pelanggan dan memperoleh keuntungan RM3 bilion.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zaeti Aziz juga berkata bahawa bank pusat akan menyiasat dengan cepat ke atas syarikat perdagangan emas tersebut supaya pelanggannya tidak tertunggu-tunggu bagi mendapatkan jawapan ke atas status siasatan bagi kes tersebut.

Genneva, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd, Worldwide Far East Bhd dan Bestino Group Bhd adalah antara 525 invidiu dan syarikat yang menawarkan aktiviti tidak berlesen dan bank pusat telah menyenaraikan mereka dalam pemerhatian pada tahun lepas.

Angka tersebut adalah dua kali ganda sejak 2010 serta merupakan rekod tertinggi sejak 2003.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Khalid didesak jawab isu PKNS

 

Tanyakan tentang TEKUN kuar seorang duaje yang berjaya kat Talibesen
Siapalah agaknya yang paling berjaya...................................................?

--- On Wed, 10/31/12, rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg> wrote:

From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
Subject: Re: RG2011... Khalid didesak jawab isu PKNS
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>, "Idaman_Group@yahoogroups.co.uk" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>, "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>, "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>, "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>, "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, October 31, 2012, 7:29 AM

 
 
Kalau Noh Omar yang desak tak perlu layan la...
Dah banyak sangat isu dok desak TSKI & jawapan telah diberikan tapi saja aje buat2 kecuh.
Yang dah sahihnya Noh Omar ni memang salahguna kedudukan untuk tapak tanah perniagaan kolam udang...
Otak udang!
 
 

From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "Idaman_Group@yahoogroups.co.uk" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>; "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 29 October 2012, 11:28
Subject: RG2011... Khalid didesak jawab isu PKNS
 

Khalid didesak jawab isu PKNS

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my
NOH (duduk tengah) bersama penduduk melapah lembu korban pada majlis korban perdana Parlimen Tanjung Karang di Kuala Selangor semalam.
KUALA SELANGOR – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bertanggungjawab untuk memberi penjelasan rasmi kepada rakyat berhubung dakwaan penjualan lima aset milik perbadanan itu.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, perkara yang amat penting untuk diketahui umum adalah sama ada penyusunan semula semua aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu melibatkan pinjaman wang daripada pihak bank.
"Kita juga mahu mengetahui jika aset-aset tersebut dijual, adakah kadar sewa yang dikenakan kepada peniaga akan dinaikkan," katanya selepas program Korban Perdana di Tanjong Karang di sini semalam.
Akhbar baru-baru ini melaporkan PKNS didakwa bercadang meluluskan penjualan lima asetnya iaitu Menara PKNS Petaling Jaya pada harga RM90 juta, Pusat Konvensyen Shah Alam (RM97 juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM85 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... 10 Anak Bukan Alasan Datin Noor Kartini Abai Penjagaan Diri

 

Allhamdulillah
Sayangkan anak tangan tangankan,sayangkan isteri tinggal tinggalkan tetapi
sayang....................................................................................................!

--- On Wed, 10/31/12, Hussaini Kamal <hussaini.kamal@gmail.com> wrote:

From: Hussaini Kamal <hussaini.kamal@gmail.com>
Subject: RG2011... 10 Anak Bukan Alasan Datin Noor Kartini Abai Penjagaan Diri
To:
Date: Wednesday, October 31, 2012, 6:24 AM

 

Bagi Datin Noor Kartini Binti Noor Mohammed biar sibuk dengan tugas sebagai suri rumah sepenuh masa melayan anak-anak dan suami, namun anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini masih mampu menyediakan ruang dan masa untuk diri sendiri.
Berkahwin dalam usia muda tidak sedikit pun membuatkan dia kekok untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan juga isteri mithali. Mesra disapa dengan panggilan Aunty Tini, isteri Dato' Abdul Halim Khan Bin Lal Khan ini mengakui cukup selesa dan tidak bosan biarpun rutin hariannya lebih banyak tertumpu di rumah selain keluar menghantar dan menjemput anak-anak dari sekolah.
"Saya berkahwin pada usia muda iaitu 18 tahun. Selepas mendirikan rumah tangga saya tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, menguruskan keperluan rumah tangga, menghantar dan menjemput a n a k - a n a k dari sekolah. Walaupun ada pemandu dan pembantu rumah, namun saya lebih selesa melakukan sendiri semua kerja rumah.
"Dari sebelum mendapat anak sehinggalah yang bongsu kini berusia enam tahun, rutin harian saya tidak banyak berubah terutama dalam hal-hal penjagaan anak-anak. Setiap pagi selepas bangun tidur, saya siapkan kelengkapan anakanak ke sekolah. Kemudian, saya akan ke pasar membeli barang dapur dan siap memasak, saya akan keluar mengambil anak-anak dari sekolah," ujarnya.
Tiada Masalah Urus Anak
Sambungnya mungkin ramai yang berpendapat, mempunyai anak ramai membuatkan seseorang itu tiada masa untuk diri sendiri. Tetapi Datin Noor Kartini pula sebaliknya kerana sejak dahulu lagi dia memang mementingkan penjagaan diri.
"Semuanya bergantung kepada niat masing-masing. Jika mahu penampilan diri kekal maka haruslah untuk berusaha menjaganya. Saya sendiri sejak zaman bujang sehingga berkahwin dan memiliki anak cukup menitikberatkan penjagaan diri terutama dalam hal pengambilan makanan tambahan untuk kesihatan selain memastikan nutrisi yang diambil cukup lengkap.
"Pada saya anak bukan alasan untuk seseorang itu mengabaikan penampilan diri. Alhamdulillah, saya boleh 'maintain' sehingga kini dan yang lebih menggembirakan saya apabila dikurniakan anak-anak yang tidak banyak kerenah baik dari kecil sehinggalah sudah besar seperti sekarang," ceritanya ramah.
Dalam pada itu katanya walaupun punya ramai anak namun wanita ini tidak pula menghadapi masalah untuk mengatur jadual anak-anak.
"Selepas pulang dari sekolah, mereka akan menyiapkan kerja sekolah sebelum keluar bermain. Waktu malam pula akan ada ustaz yang datang ke rumah untuk mengajar mengaji Al-Quran. Mereka akan solat berjemaah bersama ustaz sebelum ulang kaji pelajaran dan setelah itu barulah mereka tidur. Soal penat tidak timbul kerana apabila mereka mendapat pemakanan yang betul serta vitamin yang cukup, tiada sebarang masalah.
"Dalam mendidik anak, saya tidak suka membiasakan anak-anak menangis. Apabila mereka tidak menangis, automatik mereka tidak merengek. Jika dibiarkan mereka menangis, ini yang menyebabkan mereka menggunakan tangisan untuk menarik perhatian. Memang mudah menjaga mereka semua termasuk yang bongsu. Tiada masalah bila dikejutkan pada waktu pagi dengan mudah dia bangun. Tetapi ada juga yang agak 'liat' untuk bangun,"seloroh Datin Noor Kartini yang berdarah kacukan Pakistan-Arab.
Latih Anak Amal Suplemen

Akui ibu kepada selebriti popular Neelofa ini dia sentiasa menggalakkan anak-anak mengambil makanan tambahan seperti vitamin biarpun ada antara mereka tinggal di asrama. Sedari usia 14 tahun, Datin Noor Kartini sudah melatih anak-anak mengambil makanan tambahan seperti vitamin C dan produk Kidsvita yang dikeluarkan sendiri oleh syarikatnya, BellaVita Health Care International Sdn Bhd yang bergandingan bersama anaknya, Nabila dan Neelofa.

"Masyarakat kita rata-rata masih belum sedar akan kepentingan makanan tambahan dalam diet harian jika dibandingkan dengan masyarakat di luar negara. Sebenarnya ia banyak membantu daya ingatan selain pembelajaran.
"Atas sebab inilah juga saya terfikir idea untuk mengeluarkan produk makanan kesihatan. Ini adalah bisnes famili dengan kerjasama seorang profesor untuk menghasilkan formula yang sesuai. Setelah produk dikeluarkan, kami sekeluarga menggunakannya bagi melihat maklum balas sebelum mengeluarkan di pasaran.
"Alhamdulillah, setakat ini sambutan amat baik. Menjaga penampilan bukan hanya setakat cantik luaran semata-mata. Tambahan pula, saya melihat ada antara saudara yang mempunyai masalah kesihatan seperti obesiti dan sebagainya. Melihatkan mereka sukar bergerak dan melakukan aktiviti seperti orang biasa membuatkan kita tidak mahu mengalami nasib yang sama,"jelas Datin Noor Kartini yang minat memasak selain berkunjung ke spa jika ada masa terluang.
Buat Korban Setiap Tahun
Ditanya persiapan sambutan hari raya Aidiladha, Datin Noor Kartini berkata setiap kali menjelang raya, rumah ibunya paling meriah dengan kehadiran sanak saudara .
"Berbeza dengan sambutan hari raya Aidilfitri yang cukup meriah dengan pelbagai jenis juadah tetapi raya Aidiladha disambut sederhana. Biasanya kami menyediakan menu yang ringan kerana akan ada korban.
"Selesai membuat korban, barulah memasak daging tersebut sama ada buat daging bakar atau sebagainya. Boleh dikatakan setiap tahun saya dan suami membuat korban dan insya-Allah tahun ini pun kami akan membuat korban.
"Memandangkan keluarga kami besar jadi setiap kali sambutan raya baik Aidifitri mahupun Aidiladha memang sangat meriah. Rumah umi saya menjadi lokasi untuk tumpuan sanak-saudara yang lain tambah-tambah pula air tangan umi menjadi kegemaran selain bergotongroyong memasak beramai-ramai," ujar Datin Noor Kartini.
Terima Tempias Anak Glamor
Punya anak bergelar pelakon terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini mengakui tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
"Waktu awal-awal pembabitan Neelofa dalam bidang seni, ada yang cakap selepas ini kehidupan anak sudah berbeza. Pada awalnya saya anggap itu hanya gurauan tetapi bila sudah merasainya sendiri memang betul apa yang orang cakap. Tidak dinafikan memang susah nak menyesuaikan diri tetapi lama lama okey.
Ditambah pula, ada saudara yang pernah menyertai Dewi Remaja seperti Neelofa, jadi dari situ kita dapat pengalaman serba sedikit. Sebagai public figure, kita tidak dapat lari dari tontonan masyarakat, tetapi sebagai ibu saya tahu siapa Neelofa sebenarnya dan itu sudah cukup membuatkan saya percaya dengan apa yang dilakukan.
"Jika ada masa, saya akan menemani Neelofa ke majlis tertentu tetapi jarang berkesempatan berbuat demikian kerana sibuk dengan urusan adik-adiknya yang masih bersekolah,"ulas Datin Noor Kartini yang turut menerima tempias glamor Neelofa apabila ada yang mahu bergambar dengannya.
Tak reti-reti nak singgah
http://anjunginspirasi.blogspot.com/

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Hari Raya Qurban, apa yang kau korbankan?

 

Sedang saya lepak-lepak, seorang sahabat datang menyapa.
 
"man (ni nama glamer saya di pejabat), ko buat korban dimana tahun ni? Ko korban berapa bahagian?"
 
Saya tergamam seketika. Bukan sebab terkejut. Tapi serba salah untuk jawab soalannya. Entah mengapa, saya berasa malu. Malu dengan Allah, malu juga dengan diri sendiri, juga terasa malu dengan sahabat yang bertanya.
 
Sebabnya, soalan yang ditanyakan, semacam sahabat itu yakin dan percaya, saya ni memang akan buat korban setiap tahun. Sedangkan, saya tak buat.
 
Soalan sahabat itu membuat saya termenung. Saya bermonolog sendiri. Merenung diri. Bercakap dalam hati. Soalan demi soalan menyergah hati. Menuntut jawapan dari empunya diri.
 
Apalah teruknya aku ni, korban setahun sekali pun tak mampu nak buat? 1 bahagian korban, tak sampai 500 ringgit. Setahun sekali jer pun. Hutang kereta, hutang rumah, setiap bulan mampu aku bayar tanpa gagal. Itu hanya tuntutan dunia. Korban ini tuntutan Allah. DIA cuma minta setahun sekali jer. Itupun bukan untuk DIA . Tapi semuanya untuk aku juga. Macam-macam Allah dah janji kepada orang yang berkorban ikhlas kepadaNYA. Keampunan, pahala berganda dan hajat diperkenan. Aku tak tahu ker ini semua??? Yaa, aku memang tahu. Tapi mengapa aku masih tak sanggup untuk buat korban walau 1 bahagian??????
 
Hati saya terus dihujani soalan dari hati ke sanubari.
 
Nabi Allah Ibrahim alaihissalam tuwassalam sudah membuktikan CINTANYA PADA ALLAH. Nabi Allah Ismail alaihissalam tuwassalam juga sudah buktikan cintanya. Rasulullah Habibullah Sayyidina Muhammad sollallahu'alaihi wasallam juga sudah buktikan. Para sahabat radhiallahu'anhum ajma'in juga sudah buktikan cinta mereka, dan mereka semua telah pun mendapat title 'radhiallahu'anhum' (Allah redha dengan mereka), begitu juga para tabi'in, tabi' tabi'in, salafussoleh, dan alim ulama, semuanya sudah membuktikan cinta mereka. Malah ramai orang hari ini, tak kira mereka miskin atau kaya, berharta atau tidak, masing-masing berusaha membuktikan cinta mereka kepada Allah. Tapi AKU? Apa usaha aku? Apa bukti cinta aku kepadaNYA? Nak korban sikit duit setahun sekali pun tak mampu?!!! (Eh betul ker tak mampu??) Operator kilang yang bergaji lebih rendah dari aku pun mampu, kenapa kau yang kononnya berpangkat pengurus, masih 'tak mampu' buat korban, walau 1 bahagian??? Apakah cinta kau itu cuma cinta palsu???
 
Kata-kata hati itu menghentak sanubariku.
 
Aduuhhhh….aku malu…! Aku malu….! Aku malu…!
 
Betapa jauhnya level pengorbanan aku dengan mereka semua. Betapa lemahnya iman aku. Betapa kurangnya amal aku. Apakah dengan keadaan diriku ini mampu mendapat rahmat dari Allah? Kalau aku mati dalam keadaan begini, apakah aku tidak malu dengan Tuhanku? Apakah dengan keadaan diriku yang begini, mampu menyelamatkan aku dari murka Tuhanku???
 
Allahu robbi. Allahummaghfirli zunuubi. Maafkan aku atas kecuaian diri ini. Ampunkan aku atas kealpaan diri ini. InsyaAllah, aku berjanji untuk buat islah diri selepas ini.
Masih adakah ruang untuk aku memperbaiki diri??? Allahu robbi, aku tagih taufik dariMU yaa Allah. Tolonglah aku. Bantulah aku. Aku mahu menjadi hambaMU yang taat.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... 10 Golongan Yang Tidak Diterima Solat - Ustaz Kazim Elias

 
01. 10 Golongan Yang Tidak Diterima Solat - Ustaz Kazim Elias
 
 
 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

Re: RG2011... Gara-gara video lagu ini.. M.Nasir mula dikutuk pencacai Umno...

 

Ha..ha..ha  malaysia maju berkembang kerana ada orang2 Cina, bukan kerana ada org2 UMNO, siapakah yg paling ramai berniaga dalam malaysia bukan kah org cina, siapakah  yg paling ramai  menjadi jutawan, berapa peratuskah  org Cina yg kaya dan berapa peratuskah org melayu yg kaya...adakah org2 UMNO  sedar atau tidak siapakah  yg betul2  membangunkan malaysia...

2012/10/17 Anak Omak <budak.kmns@yahoo.com>
 

Pelik gok!!!.... hahaha. Kalau tak leh buat pilihan baik tak yah guna sistem demokrasdi...
Kita balik sistem beraja sepenuhnya hehe. ke guane...

From: JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
Date: Tue Oct 16, 2012 6:30 pm
Subject: Re: RG2011... Gara-gara video lagu ini.. M.Nasir mula dikutuk pencacai Umno..
lebak_s
Offline Offline
Send Message Send Message
Edit Membership Edit Membership

kenapa pula perlu diungkit tentang status kerakyatan dia?...sedangkan dia yg memohon, bukannya diberi dengan percuma sepertimana sesetengah imigran yg diberi secara percuma? kenapa perlu minta ditarik balik gelaran dato dia? sedangkan yg memberi gelaran dato adalah raja/sultan dimana kita sedia maklum institusi raja tidak terlibat dengan mana2 politik? salah ke rakyat di sebuah negara demokrasi berparlimen ini memilih mana-mana parti politik? adakah parti politik yang menjamin masa depan kita semakin cerah?kenapa seseorang itu akan di cop pengkhianat sekiranya terlibat dengan aktiviti pembangkang?terlibat x semestinya menyokong. dh dia mencari rezeki dgn lagu. kalo dh org upah dia suruh gubah lagu, takkan dia nk tolak rezeki. lainlah kalo dia buat dengan percuma... sejak zaman sekolah lagi aku pikir benda ni. bilalah mentaliti rakyat di bumi yg dah merdeka ini akan berubah....
 
JO 9 D
From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: IG <idaman_group@yahoogroups.co.uk>; Chainz of Frenz group <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; mat rock <matrocke1@gmail.com>; Pak Belang Groups <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; Mahligai <mahligai@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, October 14, 2012 8:24 PM
Subject: RG2011... Gara-gara video lagu ini.. M.Nasir mula dikutuk pencacai Umno..
 
 
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 09 Okt 2012
Kecoh dibeberapa blog hiburan dan juga blog pencacai UMNO bila mana Sifu Industri muzik Malaysia, Datuk M.Nasir dikhabarkan semakin aktif berpolitik bersama-sama Pakatan Rakyat. Semuanya gara-gara Parti Keadilan Rakyat memuatnaik sebuah video lagu berjudul ‘Panji Keadilan’ dilaman You Tube. Ini kerana walaupun tidak dinyatakan dalam deskripsi video, ianya jelas merupakan suara M. Nasir dakwa mereka.. Ini dari sebuah Blog Hiburan..
Lama kita tidak dengar kisah selebriti menyertai mana mana parti politik dan jika anda berminat ya, Abby Abadi masih aktif di Twitter berdakwah bersama politik̢۪nya.

Tetapi ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang kini di̢۪khabarkan semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang.

Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang di̢۪nyanyikan oleh M. Nasir.

Walaupun tidak di̢۪nyatakan dalam deskripsi video, ia̢۪nya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir dan lagi lagu ini pula di̢۪cipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano.

Seorang pengirim e-mail kepada kami hari ini menyatakan beliau risau jika M. Nasir turut di̢۪heret oleh parti pembangkang untuk menjayakan agenda politik mereka.

Kita sendiri tidak tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini sekadar projek seni beliau yang lain̢۪nya ~ RotiKaya
Ini pula dari blog pencacai UMNO yang merupakan teman tapi musuh satu Parlimen dengan aku..
Sapa yang tak kenal dengan M Nasir beb.. Gua sebelum ni pun minat dengan lagu-lagu ciptaan beliau..

Tapi semenjak kontroversi kenyataan M Nasir yang persoalkan 'siapa Mahathir' tak lama dulu, gua dah mula 'dingin' dengan individu yang digelar sifu dalam industri muzik negara ni..

Yang terkini, M Nasir didakwa menjadi penyanyi kepada lagu rasmi PKR iaitu Panji Keadilan.. Dah habis fikir ke M Nasir tu bila dia terima tawaran untuk nyanyi lagu rasmi parti pemuja Anwar tu beb?

Kalau betullah M Nasir yang menyanyikan lagu PKR tu, gua anggap dia memang manusia yang tak kenang budi dan tak tahu diuntung..

Kita semua tahu bahawa M Nasir adalah warganegara Singapore dan telah mendapat PR di negara ni.. M Nasir juga menjadikan Malaysia yang aman damai ni sebagai tempat dia untuk cari rezeki..

Dan kalau M Nasir tergamak untuk bersekongkol dengan Pakatan laknatullah tu, gua rasa dia berhak untuk dimaki hamun oleh gua..

Apapun.., kita tunggu penjelasan dari tuan empunya diri.. Itupun kalau dia berani bagi kenyataan lah yee.. ~ Media Permatang Pauh
Lebih banyak lagi kutukan dalam Blog-blog pencacai UMNO.. korang carilah ya.. kalau malas tak apa.. korang anggaplah semua blogger pencacai UMNO tu sama saja sifatnya dengan blog 'Teman tapi Musuh satu Parlimen dengan aku tu.. Mengapa agaknya M.Nasir dikutuk oleh kebanyakkan Blogger pencacai UMNO? Adakah mereka terlupa bahawa artis juga adalah sebahagian dari rakyat Malaysia yang mana demokrasi adalah amalan negara kita. Oleh kerana demokrasi yang diamalkan setiap rakyat termasuk artis adalah bebas untuk menyokong mana-mana parti politik.. Itu adalah hakikat demokrasi.. Jadi kalau pencacai-pencacai UMNO tu mahu semua artis hanya menyanyikan lagu menyokong UMNO/BN.. korang suruh Najib tukar demokrasi tu kepada kuku besi.. Ini adalah Video tersebut...
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Weird Car Parade

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

"Save a tree. Don't print this e-mail unless it's absolutely necessary."

 

CONFIDENTIALITY POLICY:

 

THIS E-MAIL AND ANY ATTACHMENTS SENT WITH IT ARE STRICTLY CONFIDENTIAL AND PROPRIETARY TO SILTERRA MALAYSIA SDN BHD, AND ARE INTENDED SOLELY FOR THE ADDRESSEE OR ENTITY TO WHOM THEY ARE ADDRESSED. IF YOU ARE NOT THE INTENDED ADDRESSEE OR PERSON RESPONSIBLE FOR DELIVERING THIS E-MAIL TO THE INTENDED RECIPIENT, YOU MUST NOT READ, COPY, FORWARD OR DISTRIBUTE IT OR TAKE ANY ACTION IN RELIANCE THEREON.  PLEASE INFORM THE SENDER IMMEDIATELY IF YOU RECEIVE THIS E-MAIL IN ERROR, DELETE THIS E-MAIL FROM YOUR SYSTEM AND DESTROY ALL COPIES OF IT - ANY USE, DISCLOSURE, FORWARDING OR PRINTING OF ITS CONTENTS IS STRICTLY PROHIBITED.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___