Wednesday, October 31, 2012

RG2011... Pelaburan emas oleh Genneva hampir cecah RM10b, kata Putrajaya

 

Oleh Ida Lim
October 31, 2012
Semua akaun bank dan lain-lain aset Genneva telah dibekukan oleh BNM sejak 1 Oktober lalu. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 31 Okt — Putrajaya mendedahkan jumlah pelaburan ke atas skim perdagangan emas oleh Genneva Malaysia hampir mencecah sebanyak RM10 bilion yang baru-baru ini diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM), kata Datuk Dr Awang Adek Husin hari ini.

"Maklumat yang saya ada mendapati sebanyak 35,000 pelabur yang sudah dikenalpasti, tetapi jumlah pelaburan keseluruhan mampu mencecah RM 10 bilion," kata timbalan menteri kewangan tersebut di Parlimen semasa sesi soal-jawab hari ini.

Awang Adek sebelum ini memberitahu Parlimen bahawa Genneva memiliki liabiliti yang melebihi asetnya sekaligus menunjukkan bahawa syarikat itu bahawa mereka tidak mampu memberikan pulangan kepada pelaburnya.

Semua akaun bank dan lain-lain aset Genneva telah dibekukan oleh BNM sejak 1 Oktober lalu selepas disyaki syarikat tersebut melanggar beberapa undang-undang perbankan dan kewangan seperti pemberian deposit menyalahi undang-undang, pengubahan wang, pengecualian cukai dan melantik agen tanpa lesen selepas menerima aduan daripada beberapa individu yang membuat laporan kepada polis.

Genneva mempunyai sebanyak 60 ribu pelanggan dan keuntungan bulanan RM2 bilion menurut pelabur yang ditemu bual oleh The Malaysian Insider minggu lepas, tetapi sebaliknya, laman tersebut menyatakan mereka hanya memiliki 50 ribu pelanggan dan memperoleh keuntungan RM3 bilion.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zaeti Aziz juga berkata bahawa bank pusat akan menyiasat dengan cepat ke atas syarikat perdagangan emas tersebut supaya pelanggannya tidak tertunggu-tunggu bagi mendapatkan jawapan ke atas status siasatan bagi kes tersebut.

Genneva, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd, Worldwide Far East Bhd dan Bestino Group Bhd adalah antara 525 invidiu dan syarikat yang menawarkan aktiviti tidak berlesen dan bank pusat telah menyenaraikan mereka dalam pemerhatian pada tahun lepas.

Angka tersebut adalah dua kali ganda sejak 2010 serta merupakan rekod tertinggi sejak 2003.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment