Wednesday, October 31, 2012

RG2011... Hari Raya Qurban, apa yang kau korbankan?

 

Sedang saya lepak-lepak, seorang sahabat datang menyapa.
 
"man (ni nama glamer saya di pejabat), ko buat korban dimana tahun ni? Ko korban berapa bahagian?"
 
Saya tergamam seketika. Bukan sebab terkejut. Tapi serba salah untuk jawab soalannya. Entah mengapa, saya berasa malu. Malu dengan Allah, malu juga dengan diri sendiri, juga terasa malu dengan sahabat yang bertanya.
 
Sebabnya, soalan yang ditanyakan, semacam sahabat itu yakin dan percaya, saya ni memang akan buat korban setiap tahun. Sedangkan, saya tak buat.
 
Soalan sahabat itu membuat saya termenung. Saya bermonolog sendiri. Merenung diri. Bercakap dalam hati. Soalan demi soalan menyergah hati. Menuntut jawapan dari empunya diri.
 
Apalah teruknya aku ni, korban setahun sekali pun tak mampu nak buat? 1 bahagian korban, tak sampai 500 ringgit. Setahun sekali jer pun. Hutang kereta, hutang rumah, setiap bulan mampu aku bayar tanpa gagal. Itu hanya tuntutan dunia. Korban ini tuntutan Allah. DIA cuma minta setahun sekali jer. Itupun bukan untuk DIA . Tapi semuanya untuk aku juga. Macam-macam Allah dah janji kepada orang yang berkorban ikhlas kepadaNYA. Keampunan, pahala berganda dan hajat diperkenan. Aku tak tahu ker ini semua??? Yaa, aku memang tahu. Tapi mengapa aku masih tak sanggup untuk buat korban walau 1 bahagian??????
 
Hati saya terus dihujani soalan dari hati ke sanubari.
 
Nabi Allah Ibrahim alaihissalam tuwassalam sudah membuktikan CINTANYA PADA ALLAH. Nabi Allah Ismail alaihissalam tuwassalam juga sudah buktikan cintanya. Rasulullah Habibullah Sayyidina Muhammad sollallahu'alaihi wasallam juga sudah buktikan. Para sahabat radhiallahu'anhum ajma'in juga sudah buktikan cinta mereka, dan mereka semua telah pun mendapat title 'radhiallahu'anhum' (Allah redha dengan mereka), begitu juga para tabi'in, tabi' tabi'in, salafussoleh, dan alim ulama, semuanya sudah membuktikan cinta mereka. Malah ramai orang hari ini, tak kira mereka miskin atau kaya, berharta atau tidak, masing-masing berusaha membuktikan cinta mereka kepada Allah. Tapi AKU? Apa usaha aku? Apa bukti cinta aku kepadaNYA? Nak korban sikit duit setahun sekali pun tak mampu?!!! (Eh betul ker tak mampu??) Operator kilang yang bergaji lebih rendah dari aku pun mampu, kenapa kau yang kononnya berpangkat pengurus, masih 'tak mampu' buat korban, walau 1 bahagian??? Apakah cinta kau itu cuma cinta palsu???
 
Kata-kata hati itu menghentak sanubariku.
 
Aduuhhhh….aku malu…! Aku malu….! Aku malu…!
 
Betapa jauhnya level pengorbanan aku dengan mereka semua. Betapa lemahnya iman aku. Betapa kurangnya amal aku. Apakah dengan keadaan diriku ini mampu mendapat rahmat dari Allah? Kalau aku mati dalam keadaan begini, apakah aku tidak malu dengan Tuhanku? Apakah dengan keadaan diriku yang begini, mampu menyelamatkan aku dari murka Tuhanku???
 
Allahu robbi. Allahummaghfirli zunuubi. Maafkan aku atas kecuaian diri ini. Ampunkan aku atas kealpaan diri ini. InsyaAllah, aku berjanji untuk buat islah diri selepas ini.
Masih adakah ruang untuk aku memperbaiki diri??? Allahu robbi, aku tagih taufik dariMU yaa Allah. Tolonglah aku. Bantulah aku. Aku mahu menjadi hambaMU yang taat.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment